Sunday, 28 October 2012

Hampa Hatiku

Assalammualaikum wbt, hati hampa sangat-sangat, kenapa dan kenapa tak diberi peluang ? :'(

Hati sebak tak terkata dibuatnya, mana tak nye masa tu sibuk study untuk mid term , alangkah berdebar hati tatkala nampak mimik muka kawan-kawan yang kecewa, ingatkan lepas exam mid term math baru nak gagahkan diri ni, 

TAPI sebab sifat tak sabar dalam hati yang membuak-buak ni padan muka!

permohonana anda untuk biasiswa dalam negara TIDAK BERJAYA , nampak tak aku highlight colour merah lagi tu? kenapa tak layak? sadissssssss~
 
rasa macam KENAPA TAK DIBERI PELUANG????? selama setahun aku stuggle di matrik untuk dapatkan the best , bersengkang mata belajar benda yang baru ~ well aku belajar ikhlas okayyy jangan salah faham, kerana terlampau kecewa yang teramat-amat sangat, *nampak tak salah penggunaan bahasa tu?*

well terlalu sedih mengadu dengan muka biasa member tanya, 'tak dapat tal de rezeki'

bila cerita kat akak senior, kak mira.. die just nasihat, well aku cakap " okay jer, tak de rezeki nak buat macam mana, mungkin ada yang memerlukan lebih dari saya" *padahal dah mengalir air mata tu* 

hampa sangat-sangat at least bila aku dapat biasiswa tu, kurang la sikit beban ayah dengan ibu, boleh bayar balik yuran yang dieorang dah laburkan kat aku, tapi apakan dayaa, memang dah termaktub tu bukan hak aku, terpaksa la pinjam dengan PTPTN, al maklumlah kalau boleh aku tak nak, takkan nak suruh ayah bayar yuran every sem? mahal, tak sama macam uni lain.. tapi bersyukur sangat PTPTN luluskan permohonan aku,pinjaman penuh *jenuh nak membayar wei*

tapi sampai sekarang still hampa sebab perlu jimat sikit, at least lepas grad, boleh settlekan separuh dari jumlah pinjaman, mampukah aku memegang IJAZAH KELAS PERTAMA????  Room mate bagi galakan, ' boleh start dari sekarang' 

dalam hati? mampukah aku?



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday, 20 October 2012

burger dan Hadiah

Assalammualaikum wbt,

well hati gembira tak terkata bila dah dekat dengan tarikh nak balik ni heee, tadi aku ada meeting Skereteriat Rakan Muda untuk program UUM jom karate, well aku ni semua kalau boleh nak jadi AJK almaklumlah nak cari pengalaman kan? so lepas meeting singgah cafe sat beli burger, so lepas dah siap ke kaunter untuk nak bayar, then tengok akak tu khusyuk sangat dengan TAB dia kot, aku panggil sekali tak dengar, dua kali tak dengar , orang lain yang pandang, seorang lelaki then he smile, okay seriously aku cakap kalau ada perempuan tengok dia confirm cair, BUT NOT FOR ME okayy, *mungkin sebab aku panggil berkali*
then kali ketiga baru dia pandang, dia tanya harga, okay fineee aku pulak yang bagi tau kan?

lepas tu balik bilik buka pintu tengok ada something atas meja, what is it? then tengok la. "HADIAH" dari siapa? i dont know.. then ask my room mate, she said she dont know.. dia cakap dia tengok ada depan pintu, ada kad, tapi dia tak tengok , dia agak aku punya so letak je atas meja aku, bila aku tengok kad memang untuk aku pon :)

nak tau siapa? biarlah rahsia..it is better kan?  btw thanks for the present , memang tak expect langsung akan dapat hadiah dari dia :)




*thanks again, len kali bagi teddy bear pulak :P *



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

"Kalau"

Assalammualaikum wbt,

pernah tak korang guna perkataan 'kalau'? ke selalu jer?

tapi tersangat la pasti perkataan 'kalau' tu sentiasa miniti dibibir gadis-gadis manis dan jejaka-jejaka tampan, ye tak?

Absolutely ye kan?

"okay haziqah apa main point kau kat sini?"

'KALAU LAH AKU YANG DRIVE KERETA TU, MESTI ACCIDENT TAKKAN BERLAKU'

main aku bukan kat satu but focus on perkataan kalau tu, kenapa perlu guna kalau?

eh come on lah even korang yang drive pon doesnt mean accident tu takkan berlaku kan? kenapa perlu soalkan takdir yang berlaku??!!

'KALAU LAH AKU STUDY BETUL-BETUL TAK DELA RESULT AKU TERUK MACAM NI'

ini sangat lawak, dah jadi baru nak menyesal! well tu salah masing-masing, masa orang lain sibuk struggle nak study korang lepak kat pusat kaeroke ls, hang out dengan boyfriend/girlfriend korang la, tapi janganlah nak guna perkataan kalau tu, dah jadi, just improve kan diri anda :)


'KALAU LAH AKU TAK BELI BARANG TU, MESTI DUIT AKU BANYAK LAGI'

nil lagi lahhh dah beli barang nak ber'kalau-kalau'lah pulak.. well korang beli barang tu keperluan atau kehendak? keperluan jangan lah dipersoalkan lagi. kalau kehendak tu tanya sama hati, sama ada satu pembaziran ataupon tidak ? :)


*setiap yang berlaku itu mempunyai sebab tertentu, jangan lah dipersoalkan lagi*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

ucu's wedding

Assalammualaikum wbt, before this janji nak update about ucu's wedding tapi sebenarnya terlupa yang post tu belum wujud, kerajinan hari ni check balik post terdahulu, so sekarang nak update la :D

during that day sangat busy dan al maklumlah orang kuat , family kami la kan, so masing-masing dengan job masing-masing, aku? goodiesss, macam biasa takkan nak bagi kerja masak-memasak kan? hancussss so tengok picture yang ni jela ek



mereka sedang menolong saya :)







 nenek and her son

ni mak teh dan mak cik :)



*so ni jela dapat share :)*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday, 14 October 2012

The KILLER lecturer

Assalammualaikum wbt..

korang selalu dengar The Killer Subject kan? Pernah dengar The Killer lecturer ?


Well, This is happen to me ! oh noooo ! i hate this but i love my lecturer ! *chewahhh banyak cantik bini dia nak campak mana* begini cerita nya, disebabkan aku ni balik dulu lepas kelas ekonomi, tertido dan terlewat la untuk ke kelas akaun, tapi nasib sangat menyebelahi aku yang baik ini * ^_^ * lecturer tak masuk lagi, then bila dia masuk muka dia oh my! takotnyaaaaa *propa je lebih*

he said " i dont want to repeat the same thing, now MOVE! " haha korang tak faham kan , and he said " people who are sit at the back like a donkey, just follow what human  ask(dia cakap kelas sebelum ni) " okay2 fineeeeeee~ mereka yang dah dimarah tu pon dengan rasa rendah diri dan GERAM sebenarnya melangkah kaki untuk ke sit depan :D nasib baik aku tak duduk belakang,,

And before lecture start he said ' today quiz' okay fineee aku ingat sekdar gurauan and THEN , 15 minute before 5pm , he said 'now quiz, pass up before 5, if not go to my room and find it because there is no number infront there' okay fineeeeee~ memang la kan soalan bagi sekali 5, akaun tu pulak ikan macam isi tempat kosong? well he add more "please pass up before 6pm"

terasa give up di situ dan aku pon buat 1 soalan je sebab masa lagi 5 minit nak pukul 6, then and then cari bilik dia punyalah payah, kami dari fakulti lain nak fakulti lain untuk ke bilik dia berjalan kaki, penat sangat~

bila dah sampai sana , nasib baik ada lecturer EEP yang sangat baik hati :)

dia tunjuk then bila sampai our lecturer ada kat dalam tu , he said "i dont want to accept" okayyyyyyyy aku rasa macam nak pengsan dah bersandar-sandar kat pintu bilik die tu, cakap tak nak? dan aku dengan member perlu bagi 5 alasan kenapa lambat

1. kite org dari COLGIS nak ke COB jauh sir.
2. Kami keluar sebelum pukul 6
3. kami jalan kaki je sir
4. Kami cari bilik sir tak jumpa
5. kami cuba untuk buat quiz ni sir

haha, korang nampak tak alasan budak kecik?

dan bila nak hantar tu dia tanya, siap tak? aku just cakap tak , saya buat 1 soalan jer :D

bangga aku tak siap! haha!

then he said 'SOOOO SADDDDD'

gerammmmmmmmmmm



*kepada sahabat sahabat ku terutama anim bersabarlah okay :)*

okay SIR anda memang mengajar kami :)
thankss mengajar kami erti kepayahan untuk mencapai sesuatu




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday, 9 October 2012

C.I.N.T.A

cinta? sebahagian daripada kita? perlu ke cinta tu? dan perlu ke kita menafikan kehadiran cinta itu? dan apa persepsi seorang yang tidak percaya akan kewujudan cinta? well korang nampak permainan jiwa kat sini?

sesetangah orang beranggapan cinta itu bukan sesuatu yang kekal malah perasaan manusia yang boleh dipermainkan, dibuang sesuka hati di campak merata-rata.

kadang-kadang manusia ni terlalu berfikiran sempit,sebagai contoh si A ni bercinta dengan si B macam romeo and juliet tu, dan bila Tuhan dah nyata kan depa ni tak dak jodoh, break la kan, si A ni pon frust terlampau2 kononnya sayang sangat padahal belum kahwin pon :)

bila dah jadi macam tu si A nekad tak mau bercinta dan percaya pada cinta, even masih ramai lagi yang perlukan kasih sayang dia, chewahhhhh~
even orang duk cuba kenal dengan dia tapi bila dia dah tak mau mencari cinta dan prinsip hidup dia tak mau bercinta, dan tak perlukan cinta, dia hidup dengan dunia dia, rasa bahagia tanpa kehadiran cinta. hati dikeraskan malah cuba memberontak untuk menafikan kebenaran , memBUSYkan diri dengan kerjaya tapi bukan semudah disangkakan, dia lupa sebenarnya cinta itu bukan perasaan yang dibuat-buat dan dipalsukan, dia lupa perasaan tu bukan nya kita minta tapi lahir dari hati, pernah tak kita suka tengok someone, suka tengok cara dia, tapi at the same time kita cuba nafikan semua tu?padahal hati kata lain. macam mane tu??

sebenarnya hati manusia ni sering dicelarukan dengan tindakan kita sendiri, kerana apa? kerana sikap kita? bukan senang nak mencari cinta yang dirahmati, kerana perlukan pengorbanan, bila pengorbanan di buat kecelaruan hati mulalah bertapak, dan sekali gus mengubah pandangan minda kita terhadap cinta. Aku bukan nak menggalakkan orang-orang kat luar tu terima jer siapa yang bagi cinta kat korang, just nak MENTION kat sini, jangan terlampau taksub terhadap cinta sampai kita binasakan diri kita sendiri, pernah kan dengar kes pasal cinta tiga segi tu? nampak tak ketaksuban seorang lelaki mencintai wanita? sampai dia drag diri die sekali ke kegelapan, Astaghfirullah bukan mudah untuk kita menilai perasaan dia tapi ketidakwarasan hati dan fikiran boleh menimbulkan segala kekecelaruan.

Minta dijauhkan ~

Kat sini just nak HIGHLIGHT jangan terlampau taksub dan jangan terlampau bongkak akan kewujudan cinta itu, kita hanya manusia biasa, sering diuji tanpa mengira masa dan bangsa. Even orang kafir pon diuji apatah lagi kita . maka teguhkan iman tetapkan cinta kepada yang insyaAllah cinta sejati itu akan datang sendiri tanpa kita duga :)


*teringin kenal dengan ustaz :P *


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday, 8 October 2012

Cinta Hakiki Eps 4


Nazri tejaga dari tidurnya lalu bangun untuk mandi dan segera ke Surau untuk mengalunkan Azan subuh~

Allahuakbar Allahuakabar~


Nad: Ummi!!!!!

nad terjaga dari tidurnya kerana mimpi yang hadir seolah-olah cuba memberi peringatan kepada nad, azan yang berkumandang menenagkan hati nad yang bercelaru~


Tok : nad kenapa?

Nad: tak de pape la tok

Tok: sebelum tidur tu baca doa, 

Nad: nad tau la tok, bukan nad tak de didikan agama, walid dengan ummi ajar nad

Tok: menjawab je budak ni, dah bangun! pergi mandi, amik wudhu' lepas tu solat subuh, Tok nak pergi surau

Nad: iyelah atokku tersayangggg, 

Tok : ish budak ni, nak dimarah cucu, tak dimarah menjadi-jadi.

Nad: Tok kejap , siapa yang azan tu? merdunya suara,, jatuh cinta.. *sempat membuat lawak walaupon malam tadi bergaduh besar dengan tok madi*

Tok: tu nazri, budak tu baik, eh kamu ni nak dia jadi zaujah yang solehah dulu.

Nad: nad bukan jahat sangat pon, degil jerrr okayyy

Tok: dah2,tok nak pergi surau, kamu jangan tidur pulak.. solat subuh lepas tu kemas rumah

Nad: ha???/ kemas??? *menggaru kepala yang tidak gatal*

Tok madi meninggalkan nad yang seolah-olah kebingungan~


                                                     * * * * * * * * * *

Nad sedang asyik mendengar mp3 nya tanpa menghiraukan waktu zohor~

Tok Madi: Nad!! dah solat belum?

panggilan tok madi tidah diendahkan oleh nad, 

Tok Madi : Nadhirah!!!!!!!

Nad: ish atok ni kan tak boleh tengok nad senang la, *menunjukkan reaksi muka yang tidak puas hati

Tok Madi: pergi ambil wudhu sekarang!

Nad: untuk apa? Nad bukan nak baca Al-Quran pon..

Tok Madi: Tapi kamu belum solat kan????

Nad: iya lahhh Tok!

Tok Madi: Lepas solat ambil tafsir al-Quran..

Nad: nak buat ape?

Tok Madi: banyak tanya , ikut saja! faham?

Nad: iya lah atokku tersayang~~~

Tok madi melepaskan keluhan berat!



                                                      * * * * * * * * * * 


kebiasaannya pada waktu tengahari Mak senah dan kaum-kaum ibu~

Mak Senah : hari tu aku nampak Tok Madi ada bawa seorang perempuan kat rumah dia. siapa tu?

Temah: Ala cucu dia..

Leha: kau percaya? cucu pon lain jadinya~

Mak Senah : ye tak ye jugak, al-maklumlah budak bandar ni bukan kite boleh percaya sangat

Leha : entah2... simpang malaikat 44


Mereka meneruskan gosip murahan mereka~













Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Rakan Muda The Best!

Assalammualaikum wbt,

Tajuk tu? kenapa?? ada masalah? tak de kan so diam :)

since aku join kelab rakan muda, secara tidak langsungnya telah build diri aku untuk menjadi lebih dan lebih lagi? maksudnya? menjadi diluar batasan dan sempadan diri sebenar. kenapa? Firstly aku kenal rakan muda dari kak ikin yang comel tu, dan die tersangatlah baik hati , seriously aku tak tipu k,,

dan sejak attend first meeting tu, aku kenal president untuk kelab ni, seriously mula2 aku agak kekok la kan, ala biasa lah for the first time kannn, then before festival bermula aku pon singgah booth SRM di foyer library tu dan aku jumpa kak nurul, room mate kak ikin.. dia ada bagi tau pasal die dan room mate, dan akak tu sangatttttt comel dan mesra alam..

Abg Daus president club ada kat situ die peramah k,start to fall in love dengan SRM !! okay during the festival, kami rasa macam one big family, dengan mereka aku rasa otak free jer, dengan geng2 SRM yang sporting giler , bahagia sangat, hilang stress aku bila dengan mereka. dan kak nurul, seriously aku nak gelak jer dengar dia bercerita :) comel sangat cara dia cerita tu, so pape pon SRM the best :)

Jatuh hati dah dengan kelab ni, dengan orang kat kelab ni :P



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday, 7 October 2012

Just For Fun

Assalammualaikum wbt,
im officially 19 years old, dah tua ke? =.='
okay2 fine!

It was a great day actually, Room mate tersayang yang wish dulu,then bila aku nak pergi basuh cawan , i saw tiqah dengan air nyer.. dieorang nak kenakan Anim and Tiqah Amr, dan aku terselamat :)

seriously aku salute mereka, anim dan tiqah amr, sporting giler kot boleh tersenyum bagai, ni baru fun kan3?

then ingat panas sampai ke petang, di sebabkan pada malam esoknya terlupa nak cabut kunci, mereka cuba drag aku tapi tak berjaya, dan bila tengok dieorang dah simpan tepung tu, dengar orang jatuh,, niat dihati nak pergi tengok tapi takutttt kena baling tepung.. dan ku gagahkan juga, memang betul pon ada orang jatuh, ingat nak tolong tapiiiiii, aku terkena jugak, aku dengan pegang mop nyer,, haha... tapi sangat seronok dengan mereka, walaupon baru sebulan kenal tapi mereka tetap sahabat yang baik :)
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 5 October 2012

Festival Eksplorasi Rakan Muda

Assalammualaikum, masa untuk update blog agak terhad so sekarang tengah free, grab la kan.. nanti dah berimbun malas nak update.26sept-1okt yang lepas, satu festival eksplorasi rakan muda dikelolakan oleh skereteriat rakan muda UUM telah diadakan, so aku pon ambil bahagian untuk ajk, masa mula-mula tu untuk dapatkan SIRA, but lepas attend meeting, dan macam2 preparation dibuat rasa happy sangat join kelab ni. Aku diberi tugas sebagai biro aktiviti, so imagine that biro aktiviti ni busy sikit berbanding yang lain kan, lagi2 ketua kite orang kak ikin, mmg dia stress la tapi dia ada kelebihan, depan orang ramai die tak tunjuk , keep on smile, tabik la akak ni..

aku turun masa acara hias kek, time ni lawak giler.. macam funky2 kek tu pon ada tapi support usaha mereka sebab bukan senang nak hias jadi terbaik,
Timabalan pengarah kita bersungguh, chayokkk!
kekreatifan seorang lelaki aka abg ijam

kak ikin tengah interview peserta :P
dan kemenangan di beri kepada timbalan pengarah kiteorang, dapat rasa kek, dapat rasa hamper dieorang lagi :P

pada malamnya pulak kami membuat persediaan untuk gimik perasmian.




ni la gimik perasmian kami, bila VIP tarik jer penghadang semua ais akan berterabur dan  jubin tu akan kelihatan, gempak giler bila tengok depan2, dan ramai member yang datang cakap lain dari yang lain, kreatif tak biro aktiviti :P

dan macam2 lagi aktiviti seperti charity band, UUM got talent, Love letter for Rasulullah dan macam2 lagi, teringat aktiviti baling dart yang dikelolakan oleh saya dan mina, so ada feed back dari orang ramai :)
sampai bergado-gado dengan kak farah :P sebab nak rebut customer :P



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday, 3 October 2012

Tutorial Tajuk Blog BLINK-BLINK

Assalammualaikum, actually aku buat tutorial ni atas permintaan seseorang , benda ni sangat simple dan semua orang boleh buat :)

korang nak tak tajuk blog blink-blink macam aku tu? asyik edit upload je kan? kadang-kadang agak bosan..
nak macam ni tak??
nampak tak tajuk blog yang pink2 tu ?

mula-mula silalah clink web INI .

then next step sila buat begini

nampak tak flash glitter text generation tu? klik situ

dan akan keluar macam ini

nampak tak 'i love u' tu?
kat atas tu korang boleh type text dan tukar font, yang warna warni kat atas tu boleh pilih-pilih free of charge sahaja, ikut kesesuaian blog anda :)

lepas tu jangan lupa copy HTML tau yang kat bawah tu macam ni

dan step seterusnya silalah ke LAYOUT dan Add A gadget, copy paste HTML dan silalah save yer, jangan lupa drag gadget tu bawah header yer :) *kalau nak jadikan sebagai tajuk blog*

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)







Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday, 1 October 2012

Novac sports day

Assalammualaikum wbt, update blog pon kadang-kadang je ni, pada tanggal 25 september kami dan kami beramah mesra dengan senior accounting, ecehhh ayat tak boleh blah la kan, actually mcm ni, accounting course ade build satu kelab which is NOVAC club, ni untuk budak2 akaun aje.. then senior yang baik-baik belaka ni pon rancang satu aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim antara kami, then pada mulanya aku tak mau join penat kot, then aku terfikir agak rugi kalau tak join, dan masa register tu nama aku tercicir, sooooooooooooooooooooooo saddd kannnn!

then aku pon didaftarkan dalam group no 17 okay2 fine fine terima apa adanya, dan kejap hujan kejap tak sabo jela, senior cakap, hujan pon kita main jer, sama2 basah =.=" mana boleh kak nanti kami demam?
dan dia cakap awal2 lagi kot, malam sebelum tidoq ambil panadol =.=!

dan aku rasa macam nak tergelak pon ada sebab game dia kita nampak macam budak-budak bila buat hanya tuhan yang tahu, memerlukan pemikiran jugak :P

actually no la simple2 je tapi sangat2 menarik, yang tak boleh bla, main permainan aku kecik2 dulu, guna burung batu air tu.. siapa kalah kena simbah air, memang tak lah sempat nak buka payung kan habis lencun aku tapi sangattt menarik.. :D

gambaq pon tak sempat ambil, ade sikit je ni





Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com