Tuesday 31 July 2012

Perkara penting tentang DSLR

Assalammualaikum wbt, ceh entry aku memang sentiasa padat kan sekarang ni? korang ingat tak pasal aku punya choice nak beli nikon D3100 tu? yela luahan perasaan yang tak kesampaian kan. so memandangkan aku ni terlampau free dan minat terhadap DSLR semakin menjadi-jadi, aku pon dengan senang hati nya untuk search info tentang DSLR kan tak kesah what kind of DSLR, janji tahu fungsi kan. yela kita ni umpama budak baru belajar so pemilihan DSLR tu mesti tepat kan? jangan la terlampau excited korang ni beli yang ADVANCE punya tu, silap2 apa pon tak jadi . hahaishhh..

SO kat sini aku bagi tips sikit la kan memandangkan aku dah terlampau rajin sangat menelaah :

mula-mula korang kena ada bajet la kan. takkan nak sediakan bajet setakat rm200-rm300 kan? kalau macam tu beli compact camera jer, sekarang murah dah.SO anggaran bajet bergantung pada korang la what kind of camera yang korang nak.kebiasaannya kena ada rm2000++ . bila dah ada bajet korang search la sikit pasal DSLR kat internet. korang boleh tengok-tengok kat sini . kat sini ada yang jual DSLR tapi korang boleh survey dulu, kat link tu ada DSLR yang dah guna then dieorg jual balik, korang boleh tanya pape info kat situ.
tapi kalau korang ni jenis penganggur macam aku ni, rajin kanlah diri pergi kedai2 yang DIIKTIRAF yer.. sekarang ni kan banyak penipuan.

Then pada kebiasaannya korang-korang yang serious ni perlu tahu model dan jenis camera. kenapa? yela takkan nak main tibai je kan? mesti la korang nak yang memuaskan hati korang kan.Korang prefer la jenama yang korang ada orang nak rujuk. Al maklumlah budak baru belajar.tak pon korang ikut aku nikon. haha :P

another important thing korang kena tahu sebahagian daripada DSLR tu, for example battery grip, tripod, remote, speedlight dan benda2 lain lagi lah. korang boleh check kat link ni (aksesori DSLR) . bagi korang yang baru nak mula macam aku ni, hahaishh cukup body, lense, tripod, speedlight,bag kot. aku rasa la.. baru lagi kan tak expert macam pakar kan?


dan aku nak ingatkan, DSLR ni ada shuttercount, al maklumlah setiap benda kalau pakai pasti perlu ditukar atau diservis kan. setiap DSLR shuttercount berbeza meyh. kalau nak shuttercount banyak kena keluar modal lebih la kan, shuttercount ni bile dah sampai limit die better tuka la kan, ke korang nak beli camera baru? boleh kalau duit ada, untuk yang basic2 ni nak tukar tak de la semahal tahap professional. korang boleh pergi kat kedai camera tanya then dieorang pasti akan explain okay

memandangkan dunia semakin canggih, orang guna memory card la kan untuk store gambar2 ni. ade lagi orang guna film? terbaik la .. nostalgia tu. utuk korang yang basic2 ni terserah la nak beli berapa GB tapi agak2 la. tak payah la pulun macam tahap pro tu. agak2 korang dah pro baru beli lagi kan kalau ade bajet lebih. kalau tak better simpan untuk future. kot2 nak tambah aksesori DSLR korg kan.



korang survey dulu sebelum beli pape , kadang2 seller ni suka amik kesempatan sebab kita tak tau pape pasal DSLR ni. so jangan main beli jer, bila terkena menangis tak berlagu.

*hahaishhh bila aku nak pakai ni*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 30 July 2012

Cinta hakiki Eps 2


seminggu berlalu~~

Nad: Ummi nad nak jumpa kawan kejap. need to do some assignment. can i?

Ummi: okay tapi jangan lambat sangat yer balik, nanti walid marah.

Nad : okay ummi, kalau lambat nad tidur rumah kawan je la. nanti nad text ummi yer.

Ummi:yela, hati-hati yer.

Nad: Assalammualaikum! love u ummi!

ummi memandang nad seraya tersenyum puas melihat anak gadisnya

ShaQ: eh u nak gi clubbing macam ni ker?

Nad: relax lah bro! penyamaran semata-mata. drop kat mana2 stesen minyak, i nak tukar baju

shaQ:terbaikkkk! kalau walid u tau mau die cincang hidup2

Nad:well dunia penuh lakonan *ketawa puas*


di club~~

Sheila: hello nad! lama tak nampak?

Nad: slow2 dulu jangan kasi kantoi

sheila: i respect u la. sampai your parents pon boleh terpercaya dengan lakonan u

Nad: see, kalau i jadi pelakon mesti gempak kan?

shaQ: betol! i agree!

mereka hanyut dengan dunia yang memabukkan

                                                         * * * * * * * * * *


dirumah~

Naz: walid, naz keluar kejap nak jumpa kawan.

Walid: keluar la naz, lagipon kamu terlalu fokus kerja sampai lupa nak spend time dengan kawan.

Naz: kerja banyak walid, perlu di utamakan. Naz keluar dulu yer. Assalammualaikum.

Walid: Waalaikumussalam~


BUKIT BINTANG

sheikh: hello bro

Naz: Assalammualaikum sheikh *melemparkan senyuman*

Sheikh: opss thanks bro waalaikumslm

Naz: saling mengingati. so hal apa yang emergency sangat ni?

sheikh: good news, our proposal diterima. tapi.... 

Naz: tapi apa?

sedang asyik naz berbincang dengan sheikh

Sheikh: naz, itu bukan your sister ker?

Naz: mane?

Sheikh: tu la yang pakai short dress. eh macam tengah mabuk jer?

Naz: astaghfirullahalazim.. *menahan malu*

sheikh: sabar bro, aku ingat betul lah adik kau tu dah jadi solehah, kalau parents kau tau..

Naz: Aku pon tak sangka ..



panggilan masuk ditelefon Nad~

Walid: Nad!! balik rumah sekarang!

Nad: Ala walid, nad nak pergi rumah member ni, assignment tak siap lagi.

Walid: walid tahu apa yang kamu buat ! jangan tipu walid.

Nad: yelaa walid. nad balik.

Nad berhenti di stesen minyak untuk menyalin pakaiannya.

Nad: Assalammualaikum wbt

Walid, Ummi, Naz: waalaikummusalam..

Ummi: apa yang kamu dah buat ni nad?

Nad: nad buat apa Ummi?

Naz: Jangan tipu walid dengan ummi nad. Allah larang semua tu tapi kenapa nad buat jugak?

Nad: abang diam la! nad tak buat pape! abang saja nak dajalkan nad kan? biar Walid dengan ummi marah nad?

Naz: Abang nampak depan mata abang nad! kawan abang pon ada sekali.

Walid: Dah jangan nak salahkan abang kamu! nad yang bersalah dalam hal ni! sanggup tipu walid dengan ummi? untuk apa?

Nad: errrr...

ummi: kenapa nad buat macam ni? tak cukup ke didikan agama yang walid dengan ummi bagi?

Nad: hukum agama? nad rasa tak bebas! tu tak boleh ni tak boleh! nad rimas!

satu tamparan hinggap di pipi nad

Walid: nad melampau! walid tak kira, esok walid akan hantar nad ke  rumah tok! nad duduk dengan tok sampai nad sedar diri!

Nad: nad tak nak, macam hidup kat zaman kuno! asyik belajar agama jer kat rumah tok! nad tak nak!

Naz: dengar cakap walid, nad nak walid dengan ummi menangis lagi ke?

Walid: jangan ingkar arahan walid!

Nad: semua tak faham nad kan? nad nak bebas.

Nad berlari menaiki tangga ke biliknya






Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Oh perempuan islam, please!

Assalammualaikum wbt, memandangkan aku sekarang ni banyak sangat masa terluang so post aku agak penuh la kan sebelum ni tak payah cakap .MALAS menguasai diri. eceh entry kali aku nak drop apa yang patut kita-kita sebagai perempuan jaga.OPSSS bahasa aku kan agak KASAR biasalah pendiam ni payah sikit nak cakap mcm ni kat luar. DAN perempuan diluar sana termasuk aku ingat yer pasal ni..

PERKARA YANG KITA PATUT CONCERN


1. Bulu Kening 
Menurut Bukhari Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur dan menipiskan bulu kening atau meminta
supaya di cukurkan bulu kening .


2.  Kaki
Dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki (mengangkat) sehingga menampakkan perhiasan
yang mereka sembunyikan.



3.  Wangian
 Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati satu kaum supaya mereka itu
 menciumnya, maka dianggap wanita itu telah melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya


4.  Dada
 Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung sehingga menutupi bahagian hadapan dada
 mereka

5.  Gigi
 Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang merubah ciptaan Allah

6.  Muka dan Leher
dan tinggallah kamu(perempuan) dirumahmu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti 
orang jahiliyah yang dahulu


7. Muka dan Tangan
Asma telah menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah :Wahai Asma sesungguhnya 
seoarang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah

8.  Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya

9.  Mata
Dan katakanlah pada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian daripada
pandangannya

10. Mulut(suara) 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka

12. Pakaian
Barang siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti

13. Rambut
Wahai anakku fatimah!Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya sehingga
mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada
dilihat oleh lelaki bukan mahramnya



sebenarnya semua ni korang boleh tau sendiri kan? just aku drop kat sini nak tambah2kan ilmu ku jugak :)

*jom kita sama2 practikkan walaupun secara perlahan*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday 29 July 2012

Lelaki berjanggut pilihan hati wanita?

Assalammualaikum wbt, hye2 korang hari ni cukup 10 hari kita berpuasa, tak sangka terasa kejap jer, so memandangkan aku dah jadi penganggur terhormat dengan menghabiskan duit ibu ayah aku semula , tak de kej la kan, online memanjang la aku kan tiba-tiba tengah KHUSYUK online aku ternampak satu statement dari seorang muslimah yang cunngg gituu...


"Bila kongsi ciri2 lelaki idaman, ada saja yang tak puas hati .. Lelaki berjanggut hensem apa .. ditegaskan di sini BERJANGGUT okay bukan BERMISAI . Misai ? oh, serabut di situ ..

Pilih Lelaki berjanggut ?? saya sudah ~~ anda bagaimana ??

## Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut seperti :

1- “Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
2- “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
3- “Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

## seriously, kamu hensem apa bela janggut daripada misai .. [petikan blog feberet (^_^)v ]"



hee korang setuju tak? well bagi aku memang la tak ramai perempuan prefer lelaki berjanggut kononnya tak nampak smart kan? but interpretation aku dulu la kan, 'aku tak suka lelaki berjanggut ' tapi tu dulu kay! sekarang ni for me blh tapi bukan berjambang la.. lebih nampak matured + tegas. lagipon dia ikut sunnah kan, so why not kita galakkan ?

so kepada mereka2 kat luar sana bukan aku suruh korang paksa boypren korang tu berjanggut, ini hanya perception aku semata2, kadang2 manusia ni 'eewww dia berjanggut la tak suka' well korang ape yang "ewww" sangat tu? sunnah pon "ewwww" ? tepuk dada tanya minda, jangan tanya selera nanti korang tibai je apa depan mata :)

*bukan berjambang k*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Cinta Hakiki eps 1



pukul 3 pagi..

walid: Nad pergi mana? baru balik ni?

Nad: err.. nad jumpa kawan ada assignment nak siapkan.. 

Walid: sampai pukul 3 pagi? dengan baju macam tak cukup kain?!

Nad :Ala walid nad bukan pergi clubbing pon, lagipon kawan nad perempuan *terpaksa menipu walidnya*

Walid: nad tau tak bila nad balik malam2 macam ni jiran mengata kita? siapa yang malu? walid dengan ummi jugak! nanti dieorang cakap kami tak pandai jaga anak.

Nad: ala walid tak payah la nak fikir apa orang cakap, macamlah dieorang tu perfect sangat?

Walid: habis tu kalau semua manusi tak perfect siapa nak masuk syurga nanti?

Nad: walid dengan ummi je la, banyakkan ibadah boleh bawa nad sekali *sambil tertawa kecil*

Walid: kamu ni nad soal agama main2 pulak? dah pergi masuk bilik! esok jangan keluar! walid tak izinkan! nak ke kuliyah biar pak man hantar, kunci kereta nad walid simpan dulu sampai nad jadi muslimah sejati!

Nad: ala walid ni! kalau abang naz tu semua bagi! nad apa pon tak boleh, ok la nytez walid *tidak puas hati dengan tindakan walidnya*



keesokan hari..

Ummi: nad jom solat subuh berjemaah.*menguak pintu bilik anak perempuannya*

nad: Ala, ummi nad penat kejap lagi nad solat yer *menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya*

Ummi: emm yela, bangun solat ye,

Nad: ish ummi ni nad bangun solat jangan risau la..

20 minit kemudian...

Nad terjaga dan segera mengambil whudu' lalu mendirikan solat, Naz terlihat akan perubahan drastik adik nya. lalu tersenyum bangga akan perubahan adiknya.

pukul 7.30 pagi..

Nad:Morning walid, ummi , abg naz!!!

Walid: awal kamu bangun hari ni nad?

nad: lepas solat nad tak boleh tidur la walid.

walidnya terpinga2 akan perubahan anaknya, lalu tersenyum...sambil mengucap syukur ke hadrat Illahi

                                                               * * * * * * * * *


Seharian nad tidak bersosial bersama rakan-rakannya..

Ummi: nad tak keluar?

Nad: Walid tak bagi la ummi lagipon nad malas la nak keluar.

Ummi: baguslah anak dara tak boleh bersosial selalu.Ummi bangga dengan perubahan kamu.

Nad: *tersenyum*

sedang asyik mereka berbual-bual, walidnya menyerahkan kunci kereta kepada nad.

nad: tak pe la walid , walid pegang la..

Walid:tak pe walid percaya kamu, ambil kunci ni

nad mengambil kunci lalu tersenyum puas, lakonan nyer perlu diteruskan sehingga benar2 mendapat kepercayaan walidnya...



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Diberi peluang atau tidak?

Assalammualaikum wbt, so macam mana puasa ? dah hari ke-9 pon kan?
so memandangkan aku ni berpuasa dan tak nak la hilang free2 jer kan pahala puasa , entry aku kali ni more too islamic sedikit la. so apa yang dimaksudkan dengan entry aku kali ni? lets see..

korang selalu tak layan drama TV kononnya perempuan tu jahil giler then bertaubat? so ada yang bagi tanggapan kat situ 'biasa la tu dah buat dosa taubat balik' ada yang bagi tanggapan 'sesungguhnya hidayah itu datang tanpa diduga'
your choice..

then korang tau kan pasal cerita orang koma ni, ?
Versi 1:
Si A ni dulu punyalah jahil giler then buat semua kemungkaran la, minum arak, zina, kurang ajar dengan orang tua dan segala-gala sifat terkutuk tu dia buat la, nak dijadikan cerita one day dia nak pergi clubbing, so hang out dengan kawan2 dia, balik rumah pukul 3 pagi dalam keadaan mabuk , suddenly dia tak boleh nak kawal pemanduan terbabas dan ACCIDENT pon berlaku *cerita biasa kan?* so kalau dah accident takkan nak campak dalam gaung kan? mestilah hantar kat hospital, then doktor sah kan keadaan dia serious, KOMA la jawabnya kan? then dalam tempoh memerangi maut tu, masa tu ALLAH tu nak buka hijab dia. tercampak pada zaman dan tempat yang tak diketahui*aku tengok drama je ni* tak tentu hala je diri dia tu, then datangnya satu suara yang menyatakan apa yang dia lakukan, ditunjukkan pulak azab yang diterima oleh dia , dibakar la badan2 dia, menjerit bagai minta ampun dari ALLAH,
dan dia akan lalui pengalaman tu sepanjang dia koma, family dia yang menunggu tu dah risau giler sanggup lepaskan anak dia tu, dan si A ni pulak otak die tak berfungsi, bergantung pada mesin jer, tempoh pantauan seminggu jer, kalau tak de respon disahkan meninggal, alih2 masa berjalan sampai la ke hari ke 7, tiba2 si A ni tak terkawal ,ingatkan dah sedar tapi no respon, sampai masa doktor nak sahkan dia meninggal boleh pulak jantung dia berfungsi *keajaiban kan?* dia sedar menangis teresak2 la budak tu minta ampun kat parents die, since dia koma Allah dah buka hijab tu, dia dah nampak semua tu dulu, so bali pangkal jalan la die tu kan *alhamdulillah*




dan aku sebenarnya penat nak cerita versi 2 pulak

Versi 2:
Situasinya sama jer macam si A tu , si B buat maksiat then berlaku something2 then dia koma,, tapi situasi si B ni dalam tempoh dia koma tu, macam2 jadi, setiap pelawat dia akan terbau hangit kesan macam terbakar la,dan dalam tempoh koma tu pulak diminta dia bertaubat tapi dia enggan , dugaan dia tak seberat versi 1 tadi just tercampak ditempat lapang yang menyeru dia kembali kepangkal jalan, finally dia disahkan MENINGGAL DUNIA setelah otak dan jantung gagal berfungsi, semasa mayat nak dimandikan tiba2 bau busuk yang terlampau sangat smpai termuntah orang , lepas tu saat nak ditanam seolah2 bumi tak nak terima mayat tu, muncul la ular besar la itu la ini la. dia terseksa atas dosa2 nya

sebenarnya korang pon dah tau cerita2 macam ni just aku nak kaitkan dengan tajuk entry aku, dan korang pon dah lali dengar kan cerita2 macam ni just nak diberikan gambaran kite hidup sentiasa ade peluang kedua cuma kite je pandai ke tak pandai nak cari peluang tu, takkan nak tunggu sakratulmaut baru menyesal kan? Allah tu maha adil maha pengasih dia takkan hukum hambanya macam tu, pengajaran akan diturunkan untuk hambaNYA walaupon bukan terus kepada kita sendiri, faham kan?
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 28 July 2012

Hari terakhir bekerja !

Assalammulaikum wbt, tanggal 28/07/2012 merupakan hari terakhir aku bekerja*tak sabar actually nak balik*
then dengan muka tersenyum nya la kan aku pergi kerja , dan agak awal la kan aku pergi kerja,

sampai jer nampak kak nana *semalam die tak datang kerja sebab terlajak tidur* so aku nak tanya die something,'sahur pukul berapa?' tapi niat terbantut sebabnya dia cakap kat aku "hari ni pon akak last kerja"

aku dengan muka terkejot beruk nya tapi why? so aku dah tau la kan jawapan nya, meeting tadi depa siap cakap 'hari ni kita akan kehilangan dua orang pekerja sebab nak berhenti' *okay im still alive* haha..\

so kerja hari ni aku mengadap kak fina la, and she always said 'iqah, akak nak ikot iqah la' then aku cakap 'jom pakat ramai kita pi kedah na'

so korang nampak kan main point kat sini, sebenarnya panjang lebar kalau aku nak cerita kan apa jadi on the last day, tapi aku nak tunjuk kat sini yang pergaulan sesama manusia harus diperkukuh supaya ia sentiasa menjadi ingatan kepada sahabat2 kita..


*kak fina next week kita buka sama2 kay, tak payah nak sedih sangat la kan, hidup lagi ni*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Perasaan!

Asslammualaikum wbt,
Puasa kali ni penuh dengan dugaan, manusia? apa mereka fikir? dalam tak sedar dah menyakitkan hati orang lain? dalam tak sedar dia sendiri melupakan sahabatnya? dalam tak sedar dia tidak mengendahkan akan orang disekelilingnya? kenapa aku cakap macam tu ? kerana aku cukup terasa pada mereka-mereka yang terlibat? diary hanya pembuka bicara seketika, akan lenyap apabila buku itu dibasahi dengan air mata*tulisan pon nampak macam tak nampak*

A:eh kau  kenapa nak berdrama sangat?
B:aku punya suka la!
A:kenapa?
B:eh kau jangan tanya kenapa dan kenapa?kau tanya diri kau dulu kenapa dan kenapa?
A:eh budak ni aku tanya memaen pulak
B:ada kau nampak muka aku main2?
A:adela kot , kau kan drama sebabak punya orang
B:so what?
A:pape je la , malas nak layan drama seposen kau tu.masuk panggung tak laku

wah cantik punya ayat kan?tapi bukan pada dunia realiti ku, agak2 korang sakit hati? sakit sangat pon walaupon aku tipu korang pasal drama sebabak tu?

cehh drama tu menipu jer, aku cuma nak tunjuk permainan manusi bagaimana mereka dan mereka mengendahkan sesuatu yang sebenarnya berharga tapi di mata mereka 'ala tak pe la dieorang mesti faham nyer takkan la nak almost of the time kan?'

dapat tangkap tak ape yang aku cuba sampaikan?tak dapat ? kau punya pasal la, cari mereka2 yang expert bab2 memutar belitkan ayat2 ni, confirm faham!

ini hanyalah sekadar luahn aku kepada mereka yang berkenaan, *mohonterasa dan maafterasa*



*jangan pernah menagih kasih dari insan yang melupakan kepentingan kita kepada mereka*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 21 July 2012

Ahlan Wsahlan Ya Ramadhan :)

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah hari ni berjaya berpuasa 1 hari dan aku bersyukur dapat menemui ramdhan untuk yang ke-19 kali, al maklumlah baru 19 tahun hidup tak macam orang tu dah 22 kali jumpa ramadhan :)

sebenarnya entry kali ni nak menjemput kehadiran ramdhan ye la, tahun lepas aku puasa kat matrik jer :'( ,sahur memang payah la aku nak bangun kan, berbuka? of course bersama room mate tersayang :)

so kalian2 kat luar sana kalau tak rasa pape bulan ramadhan ni memang pelik la wei, korang tak terharu ker dapat sambut puasa? terharu la sikit ada yang tak sempat sambut puasa , emm tahun ni aku tak dapat sambut puasa dengan atok sekali, sedih tapi Allah sayangkan dia kan, kita kena terima

soo korang2 kat luar tu buat amal lebih2 sikit bulan puasa ni kerana pahala nya berganda2, bila pahala berganda nafsu pon take over job syaitan, nafsu akan menggandakan usaha nya untuk menjerat manusia, so korang kawal nafsu kay? inshaAllah ramdhan kali ni sangat bermakna, nanti raya pakat2 mai datang rumah saya yer :)
 okay terima la ucapan ikhlas dari saya


*harap dapat puasa penuh*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 17 July 2012

Akhirnya,, :)

Assalammualaikum wbt, detik 13 julai 2012 semakin mencemaskan bagi student stpm, lepasan diploma, matrikulasi especially aku la kan, memang nervous giler + excited nak tau mane la aku akan continue degree aku dan aku berharap first choice aku iaitu UUM bachelor in accounting terpampang depan skrin laptop, sampai demam-demam dibuatnya, korang ingat nak tunggu pukul 12 tu kejap ker? lame seyhhh so aku ni jenis tak menyempat so aku on dan on la, tepat pukul 10pagi 13 julai 2012 terpampang



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
SESI AKADEMIK 2012/2013
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF




No Kad Pengenalan / My Kad:93100414XXXX
Kategori:P - ALIRAN PERAKAUNAN : MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UiTM
Angka Giliran/No Matrik:MA112368XXXX
Nama:NUR HAZIQAH BINTI HUSSIN
 
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

PROGRAM:UE02 - SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
IPTA:UUM - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
URL SURAT TAWARAN:http://www.uum.edu.my/kemasukan



CATATAN : 
1) Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2012 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN pada atau sebelum 22 Julai 2012.


Masa tu jugak lah aku menjerit dan suddenly air mata aku mengalir, bersyukur sangat2 walaupon aku bakal
orang kedah :) tapi impian aku nak masuk the best of university of accounting terlaksana, mane2 pon same jer actually tapi teringin sangat merantau ke negeri orang, asyik selangor jer bosan kan, Alhamdulillah,

Thanks Allah, my parents, friends, family lecturer and everyone :)

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 7 July 2012

Pengalaman Bekerja :)

Assalammualikum wbt,
setelah lama tak mengupdate blog, *eh lame ker?*lam la jugak kan, asyik tertangguh jer nak update blog so hari ni gagahkan niat untuk mengupdate blog, *luahan perasaan actually* so kau kesah? ada aku kesah?
soooooooooo, aku nak update pasal 'working experience' korang2 kat luar sana mesti banyak sangat kan pengalaman bekerja kan? mane tak nyerr asyik kerja dan berhenti jer sampai la mak ayah korang bising baru nak fikir 'apa la nak jadi dengan aku ni?'
so kat sini aku nak cerita pasal pengalam kerja aku.

Memandangkan pada tanggal december 2010 aku mendapat title 'penganggur terhormat' kerana dan kerana aku baru habis spm okay, dengan ke-excited-an yang ada, aku duduk rumah dalam 2 minggu camtu la, so agak sedih kan orang lain sibuk cuti sebulan , aku? tapi ade aku kesah?

Straight tom the point je la kan:
1.Success Electronic and Transformer Sdn.Bhd

so selepas jer aku menamatkan pengajian sebagai budak sekolah "cheeewahh" aku kerja kat kilang ni, actually kawan aku yang offer memandangkan dia pernah kerja situ so aku pon terima je la, nak cari duit wei, haha nak tak nak kerja je la.. aku kerja dalam 2 bulan, tapi kat sini aku boleh nampak la 'friendly' dieorang terutama ketua aku.. haishh, then aku stop sebab aku dah bosan kerja situ, hihi

2. Rasamas @giant Kota damansara

aku kerja sebagai waitress, haha dan kawan  aku yang sama offer, agak penat wei tengah malam aku baru balik, tapi kat sini kan aku jumpa macam-macam perangai, dengan manager aku lagi, haishh tapi aku bertahan 2 minggu jer kerana dan kerana ayah aku suruh berhenti so aku berhenti je la. :D

3. Tanamera tropical spa product

then aku kerja kat sini sebagai promoter, pic aku tak nampak sebab berselindung di sebalik komputer, hihi
kerja ni tunang pak su aku yang offer, memandangkan die sorang so aku kerja la dengan tengah menganggur lagi kan, so aku decide kerja sini sampai aku kena panggil sambung study, :)best kerja sini wei, so dari sini la confident level aku naik, haha, means speaking, mane tak nyer kerana dan kerana hampir 90% pelanggan adelah orang luar,so i meet sorang 'mat salleh' ni seriously handsome giler, haha, dan aku teringat ade 2 0rang mamat jepun ni, penat aku explain macam-macam, nasib baik die bawa kamus bergerak dia, kalau ikutkan kat sini life aku kerja jer, tapi aku suka giler :) lepas 2 bulan lebih bekrja aku dipanggil sambung matrik , sedih wei sebab aku suka kerja ni, jumpa tourist terbaik kot :D

*so lepas ni aku nak cari kerja office pulak, lepas habis study la*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 2 July 2012

Petunjuk

Assalammualikum wbt,
korang dan korang ..
entry kali ni aku punya suka la nak letak ape kan tapi for me this is a nice thing because and because aku percaya akan keajaiban yang bakal manusia dan manusia (manusia ok bukan syaitan yg bertopengkan manusia)
alami dalam hidup mereka, ya its true mungkin ade sesetengah orang faham apa yang aku cuba sampaikan tapi masih ada segelintir manusia dan manusia ni yang tak faham bagaimana aturan yang telah diatur olehNYA, subhanAllah.


Yang aku nak tekankan kat sini Allah tu bagi petunjuk kepada hambaNYA pelbagai cara, bila kita dah berusaha untuk mengingatkan seseorang itu tapi dia 'salah tafsir' tentang niat kite tu, kita biarkan dulu, ade alternatif lain yang patut kita, kadang kala bukannya melalui percakapan tapi tindakan, kadang-kadang kita patut ignore ape yang menjadi isu hot dan mengakibatkan pertengkaran, just use another alternatif so that mereka-mereka akan faham dengan sendirinya, itulah petunjuk dari Allah , gerak hati seseorang itu sekiranya membawa kepada sifat mahmudah sangat digalakkan tapi jika ke arah mazmumah kita jauhi lah, 

harap-harap segala yang menjadi persoalan telah terungkai dengan petunjuk dari Ilahi :)

*hopefully we are meant to be together till jannah*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com