Friday 29 June 2012

Cerita Cerita :)

Assalammualaikum wbt ,
Korang kan pernah tak tergelak sorang-sorang bila teringat gelagat korang masa kecik-kecik dulu?
well entry kali ni aku nak cerita bout' flow masa

Agak-agak kan korang masa umur setahun , 2 tahun tu macam mane ek?
ada tak macam ni?
-marah orang balik bila kena tegur sambil buat muka comel korang tu
-menangis tak henti kalau mak korang tak dokong
-lari keliling rumah sambil tersengih
-kutip benda-benda yang korang jumpa kat lantai
-semakkan rumah dengan mainan korang
-duduk dapur main pinggan mangkuk mak korang
-join sekaki bila kakak or abang korang duduk buat kerja sekolah
-ambil fon then letak kat telinga seolah-olah tengah on call?

it is a normal things but kalau aku cakap adik aku. 'adik angkat yang ibu aku jaga' tiap-tiap kali aku buka laptop die mesti join sekaki, baru setahun tapi dah pandai, lagi-lagi kalau die tengok aku menaip bagai, die akan tekan button enter, habis hilang segala-segala. tension.

kat sini aku nak tunjukkan macam mana pemikiran budak-budak zaman dulu dengan sekarang, masa kita dulu-dulu permainan pon ala-ala ajer tapi budak zaman sekarang otak dieorang genius, nampak tak budak setahun , dua tahun ni flow masa, ?ya memang agak tak logik bila difikir balik tapi dari research aku yang sikit-sikit ni, tu yang aku perasan la, perbezaan yang amat ketara, so sape yang rasa anak die genius tu, Alhamdulillah :) doa ibu termakbul tau.

*dyna dengan qaid  jangan kacau along online lagi,*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday 28 June 2012

Oh Nikon D3100!

Assalammualaikum wbt, mood aku geram geram dan geram,

kenapa dan kenapa? geram giler tengok Nikon D3100 terpampang kat merata-rata tempat, seriously aku suka sangat kamera tu, for me PERFECT!! why? korang google then cari kenapa aku suka sangat D3100 tu, nanti aku pulak jadi promoter explain semua tu,

kerana sakit hati tak dapat memilikimu then aku search la kat internet yang tengah slow giler2 ni, price die dah turun, promotion actually, hari tu search RM1899.00 (body je k) then aku search tadi price die RM1690.00 (lenses+bag+memory 8gb) , okay nampak taK ke'excited'an aku ni??? dannnnnnn aku pon bagi tau lah ayah tentang niat aku yang suci dan murni ni, he said 'tak payah' then aku mula la memuncungkan muka then dalam hati' tak pe, guna duit sendiri je pon mesti boleh punye'
dan tanda-tanda ayah aku nak bagi beli tu dah nampak, suddenly ibu said baik ayah beli TV, okay aku agak kegeraman disitu, tapi its okay, one day dia akan bagi beli jugak, eh TV? apa kaitan lak TV dengan camera, benda yang berbeza sangat kot, haishh sabar je la. slow2 mesti boleh punyer.. agak-agak kalau aku beli baru bagi tau ape ibu cakap? dia akan cakap'baik simpan duit tu untuk study' .. :'(

*sabar itu separuh daripada iman*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 25 June 2012

SubhanALLAH :)

Assalammualaikum wbt,
Hari ni entry aku menunjukkan bahawa Allah tu memang sentiasa menjaga hamba-hambaNYA,
cerita nya macam ni, aku kan sibuk mencari apa yang boleh dijadikan bisnes, dan memang durian runtuh bila kawan aku invite join infinity downline, dan aku berminat sangat, so cara aku nak cari orang dulu,

dan aku pon meneruskan misi aku, then suddenly ada la seorang lelaki ni mesej aku, die budak sekolah aku dulu, tapi aku tak pernah tegur dia pon,dia tanya aku "ID tu actually haram" then aku punya lah terkejut, dan aku agak ambil masa nak search semua ni, then he explain to me everything about ID, kenapa haram, then boleh pulak kiteorang chat pasal bisnes, memang otak bisnes la lelaki tu, dan dari situ aku sedar Allah tu maha penyayang , dia kirimkan that guy untuk beri peringatan kepada Aku, Alhamdulillah.. dan korang rasa nak kenal kan dengan lelaki tu? haha, tak payah tak nak aku letak link fb die, kalau die tahu takut lain pulak jadinyer, btw aku tabik kat budak tu sebab sanggup tegur aku pasal tu, lelaki yang baik :)

*Even aku satu sekolah dengan dia, tak pernah bertegur even sekali, tapi he remind me pasal sesuatu yang related dengan islam*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 23 June 2012

Simple As That?

Assalammualikum wbt,

hari ini aku sebenarnya tak tau nak letak entry ape, bukan suka-suka jer kan nak letak entry ape, takot menyinggung mana-mana pihak, kenapa-kenapa dan kenapa? aku tulis macam tu? kerana dan kerana aku baru tahu ade jugak yang stalk blog aku, walawei, kalau terlebih ampun ya pak :)
tak bermaksud menyindir atau seangkatan dengan nyer sekadar memuhasabah kan diri yang tak berubah-ubah dari zaman paleoliotik sampai la ke zaman cyber.


dan entry aku simple as that? well, dalam hidup kerja mana ade senang, nak makan pon payah kan? nak dapat durian runtuh macam tu jer? mimpi 50 tahun pon susah la kalau usaha tak ade, tak kemana pon,dan mereka-mereka nak hidup macam king and queen tu jangan nak perasan sangat la kan, kerana dan kerana raja tu korang ingat kerja die simple as that ker?
nak memerah otak melayan masalah rakyat yang tak ade kesudahan, kita ni duduk mengutuk jer tahu, cakap senang, cuba kita dan kita ni diberi peluang memerintah negara? apa macam? berani ka?
bukan orang yang fikir 'simple as that' jer patot memerintah negara, tapi mereka mereka yang patot berfikiran jauh jer boleh ,memerintah negara kan? nak dijadikan cerita, kenapa dan kenapa Raja perlu bersilih ganti? kena guna banyak pemikiran la baru negara maju, macam negara kita ni, ingat senang ker nak capai tahap macam ni, orang dulu-dulu sibuk memperjuangkan kemerdekaan tapi kita? fikir la sendiri, bukan mudah untuk menjadi sesuatu perkara itu 'simple as that' tapi usaha ada, semua 'on' jer , 

*bukan luahan tapi kenyataan*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 20 June 2012

Tips ! Tips !

Assalammualaikum wbt,
hari ni mood agak baik dan sangat-sangat baik, so entry pon baik-baik la kan.
Sebenarnya tengah kerja tadi aku sebok jer fikir nak letak entry ape hari ini, dan memandangkan aku perempuan so terfikir la nak share sikit tips untuk perempuan-perempuan kat luar sana.nak kulit cantik kan?

Tomato
fyi, tomato ni banyak khasiat nyer ,nak kulit licin? makan tomato.., i mean kalau korang rasa lapar makan la tomato, elok sangat untuk kulit, kalau rasa tak suka makan tomato yang lembik ni, (isi kat tengah) korang jadikan mask, kalau aku lebih prefer makan,more better lagi banyak khasiat yang kita dapat kan?so why not cuba? *even masam sikit tapi aku suka*

Telur Putih

aku nak fokus pada telur putih, yang orang tau protein kat telur putih tu bagus untuk manusia, yela protein mana ade yang tak elok kan? selain tu korang tau tak putih telur tu boleh cantik kan kulit jugak. :)
tak percaya? try la, korang bukan makan telur putih tu, pakai kat muka ,jadikan mask then biar sampai kering nanti bila dah pakai korang akan rasa tegang jer kulit, lepas 10 minit cuci, korang boleh amalkan 2 kali seminggu, tu bagi yang nak ikut petua lama la, siapa yang geli tu tak payah la, tak pasal-pasal muntah pulak *aku dah try tapi disebabkan kemalasan aku nk buat masker so aku biar la,* :P

Baby Oil
korang selalu dengar iklan baby oil ni elok untuk kulit kan? korang pernah cuba tak? confirm tak kan?
so tips ni mak lang aku yang ajar aku, kalau korang rasa kulit korang bermasalah, guna la. caranya korang guna tiap-tiap malam sebelum tidur, then bangun pagi korang cuci. kalau korang cuci muka guna pencuci muka after that korang perasan muka korang berminyak, stop guna pencuci muka tu, so every day korang kust guna baby oil, jangan guna ape pon even bedak :) sanggup? normally orang tak sanggup sebab nyer kena buat 3 bulan, inshaAllah ade hasil nyer kalau tak de tu maybe ade la problem pape, aku just bagi tau sebab aku dah buat dan alhamdulillah muka aku yang berjerawat time awal2 sekolah menengah dah tak de, so why not korang cuba? ini untuk orang yang benar2 boleh sabar la , lelaki pon boleh buat :)
lepas 3 months korang rasa dah ade hasil boleh la guna ape yang korang nak tapi make sure sesuai dengan kulit dan teruskan guna minyak tu :)

okay tak? tu serba sikit tips yang aku amalkan sebenarnya, actually banyak lagi, so kalau nak cuba jangan malu-malu yer ::)

*Mr.MNH guna baby oil kejap jer lepas tu die malas*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 19 June 2012

Demam Bola !

Assalammualikum wbt,
memandangkan sekarang ni musim Bola la kan, UERO2012 so aku rasa entry aku ni agak follow trend la, demam bola? well, korang jangan nak menipu kalau musim bola macam ni tak de yang sanggup stay up sampai pagi semata-mata nak tengok bola. lagi-lagi lelaki kat luar sana , berkorban apa saja demi bola,

nak dijadikan contoh, ayah aku . dah elok-elik tidur boleh pulak aku dengar televisyen on tengah-tengah malam, cerah je mata dia tengok bola, tak tau ke kerja esok? haiya demam sudah...
one day tu, aku berdebat dengan ayah aku pasal nak tengok tv, aku nak tengok drama melayu ayah aku nak tengok bola, berdebat habis la.. 

lagi satu, status kat facebook semua bola, gila bola betul mereka mereka ni, kawan aku pon sama tapi boleh dikawal dan die seorang perempuan :)
can u believe it? haha, aku percaya jer kerana dan kerana minat terhadap bola pon dah ada dalam diri aku, kalau korang tanya fav team member aku tu mesti die akan jawab 'GERMANY" and of course aku pilih germany sebab dan sebab aku pernah tengok skill dieorang main bola tu, so untuk aku GERMAN layak ke final ! 

*MR.MNH anda pon sokong GERMAN kan?*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 18 June 2012

Kami Berlima :)

Assalammualaikum wbt ,

Memandangkan aku semakin lost idea untuk menghasilkan karya yang semakin membosankan diri, so tak dela aku drop entry baru dan memnyibukkan diri dengan touch-up belog :)
boleh pulak aku dapat idea nak drop pasal kawan-kawan aku ni, tak salahkan dan sangat-sangatlah digalakkan .

memandangkan mereka mereka ni dah jauh dari aku, so perasaan rindu tu makinlah menebal kan?
so aku tergerak hati pulak nak cerita macam mana aku dan mereka-mereka ni boleh rapat :)

Nurul Farahin Osman 

okay ni farahin, depan family die aku panggil nurul, kadang-kadang aku panggil far, first time aku kenal die masa sekolah rendah darjah 3 tapi masa tu aku tak rapat pon dengan dia, just kawan biasa but masa aku darjah 5 rasanya on the first day of school dekat sekolah agama la kot, aku duduk sekali dengan die dan hafisah , dari pada situ la aku rapat giler dengan die, masa form 1 pulak aku dengan die terpisah kelas, so die pulak dapat asrama , then tinggal lah aku keseorangan. :(
one day, dia bagi tahu aku yang die nak keluar asrama, Allah je la tahu macam mane aku happy giler masa tu, then aku dengan die stay together in the same class sampai la kiteorang form 5, masa cuti lepas spm tu pon kerja sekali gak, macam belangkas , dan aku selalu teringat our math teacher puan hamidah selalu confused antara aku dengan far .. agak pelik disitu sebab aku rasa muka tak sama pon kan.sekarang ni farahin belajar kat uitm dan aku pulak dapat matrik , memang terpisah la kan tapi aku dengan die still contact :)

Nur Hazwani Ghazali



okay ni wani,dia ni ala-ala ustazah gitu, i mean cara dia cakap ,pakaian dia, memang ciri-ciri ustazah pulak aku tengok, untung siapa dapat dia ni :)
aku kenal dia masa form 1, masa tu aku tukar kelas ,mula-mula tu aku tak dela tegur die pon, aku selalu dengan 3 dara ni umirah, fazlin dan shafiyyah, memandangkan dengan dieorang je la aku boleh rapat kan selepas pemergian farahin ke asrama *eceh*.
if i not mistaken lah,  aku kena tukar tempat duduk rasanya la, from there aku selalu jugak lah borak dengan wani ni, yang aku ingat pasal aku dengan die handphone aku same dengan die,, dan bila farahin masuk balik smks4KD baru aku tahu yang farahin dengan wani ni dah kenal lama, satu sekolah rendah tapi wani pindah sebelum aku masuk sekolah tu . kecilnya dunia. wani pon matrik jugak tapi die amik sains la , kiteorang still contact kat facebook la memandangkan die ni sejak cuti rajin bebenor online nyer :)

Farah Sherina Abedol Malik

ni farah budak yang sangat2 baik la katakan, serious die ni baik giler, aku pon lagi kejam dari die , ala-ala perempuan melayu terakhir gitu :)
die tak suka letak gambar die, tapi memandangkan topik aku ni pasal friends tak salahkan aku mempamerkan muka die yang cute ni.
Aku kenal die pon masa form 1 tapi dari wani jugak lah, aku satu kelas dengan die dari form1 -form3. form 4 aku terpisah la, die decide tak nak amik akaun so die just amik pure science. aku, wani , farahin pulak decide teruskan die kelas yang agak tough pure science + akaun . masa ni la aku dengan die tak banyak bercerita kerana dan kerana kiteorang jumpe waktu pagi, rehat dan balik, itupon kalau sempat, kelas tak sama kan nak buat lagu mana, die ni pulak suka sangat melukis, aku ingat lagi die bagi surat kat aku bawah sekali mesti die lukis anime dan letak nama aku, aku simpan lagi kot surat tu, nak tunjuk kat anak cucu aku , hehe 
sekarang die baru habis foundation di UNISEL, so die dengan aku degree sekali la, dan walau apa pon, still friend sampai bila2.

Nuril farahin osman


adakah anda confused? haha, ini nuril .nama dia sama kan dengan nurul farahin osman? adakah mereka kembar? cari sendiri la okay :) untuk mengelakkan kekeliruan aku decide panggil nuril , tak de la dua2 pandang sekali bila aku panggil, die ni agak funny dan cute, aku kenal dia masa sekolah rendah tapi tak kawan pon, lain kelas kan, bila sekolah menengah tu aku tak tahu pulak die dapat asrama, die pon macam farahin jugak dapat asrama then patah balik, dari situ la aku rapat dengan die, satu kelas sampai form3 jer, form 4 die sekali dengan farah, die ni dengan farah macam belangkas, berdua jer.. minat pon same kan , sekarang die di UITM , course same dengan farahin, dieorang ni semua nak samakan? haha, aku jarang contact die kerana dan kerana die pon busy :)

memandangkan kiteorang kenal pon dari form 1 so agak lama berkawan dengan dieorang ni and setelah lama tak berjumpa kiteorang decide nak jumpe. aku tengok muka wani berseri2 dapat berkumpul macam dulu :)
so entry ni kira special giler untuk dieorang, farahin jangan reply entry ni ya, wani jangan marah ya, farah pulak sorry saya letak picture awak, setelah lama tak berjumpa , alhamdulillah.


*harap dapat jumpe lagi*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 12 June 2012

cerita yang membosankan

Assalammualikum wbt, memandangkan aku dah lama tak mengupdate blog diatas sebab-sebab terlalu penat dan kering idea, terpaksa lah aku menghentikan bebelan luahan rasa yang entah pape ini, agak skema disitu, but i don't care, who are you to judge me? okay just kidding, actually aku sempat online facebook je pon itu pon just tengok2 untuk menghilangkan rasa bosan, dan penat i think la.

memandangkan dah dekat sebulan aku kerja aku rasa 'bila la nak sambung study lagi ni? tak tahan dah nak tunggu bulan 9' well tu la aku, bila dah kerja nak study, bila study sebok nak kerja, haishhh mane tak nyer aku rasa terlampau busy kot bila kerja ni ,mane tak nyer dengan kerja yang banyak, semua nak cepat, nak rehat pon malam jer, bila balik kalau dah pukul 11 ,12 tu haishh mata berat jer, kalau tak 3,4 pagi pon segar-bugar je kot.


dan aku pon tengah kekeringan idea sekarang :)

so, aku rasa better aku bebel jer ape yang aku nak kan? and sebenarnya dalam hati 'bila nak berhenti kerja ni'  :) jangan di tanya kenapa dan kenapa , tapi tak kerja agak susah nak beli ape yang aku nak kan? nak tak nak kena la kerja sementara waktu ni, takkan nak jadi pengganggur terhormat pulak kan? memang tak la kan, duduk rumah bangun tengah hari bila matahari tu dah terpacak atas kepala baru nak bangun tidur? memang tak la.. tak pasal-pasal kena reject jadi menantu.. :P

setelah berfikir dan fikir lagi, aku decide nak kerja sampai la aku dipanggil untuk sambung, but soalan ni mesti selalu dalm otak aku 'matrik kenapa habis awal sangat? kenapa tempoh rehat tu lama sangat?' gila lah aku ni, dulu sebok nak habis matrik, bila dah habis, kerja membebel jer tanpa henti, okay korang tak dengar, mereka mereka yang tertentu dengar la, :) 

dan aku nak stop bebelan aku yang agak mebosankan yer :P

*kalau dapat jadi akauntan, senyum lebar la aku*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday 3 June 2012

spend time with family at 'templer park'

hari ini hangout dengan family di templer park, penatnyer tuhan jer tahu, so aku nak letak la gambar jer, malas nak cerita lebih :)























haaaa bnyk sangat tak dapat nak upload, eh gambar mereka jer?? aku???????????
habis tu dah duk jadi camera girl, depa punye gambaq je la banyak. 

sooooooooooo aku amik gambar aku sendiri je la... 

*penat tapi happy sangat*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 2 June 2012

hangout di i-city bersama family dan family :)

Assalmmualaikum wbt, semalam kan cuti am + dengan cuti sekolah so family aku hangout di i-city, well even pernah pergi before ni, tapi ade improvement dan improvement , so aku tak de benda nak cerita dan cerita sangat just drop gambar dan gambar mereka(family aku)











then another picture pasal si nurul dengan hamra enjoy the superswing, sorry there is no pic of me, sebab asyik jadi camera girl jer :)




the funny part when it is gettinh higher and higher nurul tutup mata dia :)

dan kat situ aku nampak macam 2 gelagat, ade pasangan couple ni, gf die tanya macam mane nak on flash cam DSLR, then ger boyfriend just take it the camera the 'muka masam mencuka' time dieorang jalan bf busy dengan picture and picture, gf die tinggalkan jer die :)

*enjoy that night*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Mencari Cinta Abadi

Assalammualaikum wbt
okay malam ni ni aku agak gila sikit, tapi i think dah pagi kot dan tak reti-reti nak tido,
facebook pulak sape je yang online kan? so aku buka la youtube, firstly aku just tengok video matluthfi, dah lame sangat tak tengok kan? then bile semua video dah habis aku tengok, macam biase la shahrin pulak,, suddenly aku ternampak pulak satu video ni dari aiman azlan, just a simple question that he can answer actually, 'cinta sms'

dulu aku kurang sikit tengok video die, tapi entah kenape nak tengok sangat kan? then dalam video tu bukan pasal tajuk tu most of the time, die selitkan dengan dakwah, dann aku tertarik nak tengok lagi, then another topic that attract aku nak tengok video aiman azlan ni love story
 then mula2 aku agak biasa2 jer dengar but lama2 tu agak fokus la kan, bila bila video tu habis aku duk termenung kejap, 'kalau lah aku macam perempuan tu, ada kekuatan macam tu'? but agak sukar nak kumpul kekuatan macam perempuan tu kan? then boleh pulak terkeluar satu video pasal sham kamikaze ni , teringat pulak aku si haqim cerita kat aku pasal sham ni,

bila dah seronok dengar kisah-kisah macam ni sampai aku tak perasan dah pukul 4 pagi but then aku tengok pulak video pasal wardina saffiyah dan aku tak pernah tau pon pasal kisah die, agak menitis la air mata, nasib baik tak de yang nampak kan, :)


aku tak sangka langsung macam tu kisah sebenarnya, :) SubhanALLAH
dasyat sungguh hidayahNYA
then aku tergerak pulak nak tau pasal catriona ross yang ni lagi sorang aku pon tak sangka dia macam tu dulu but Alhamdulillah she already change hopefully dieorang sentiasa bahagia la kan
memang aku tak sangka langsung behind there ada episod yang tragis, beruntung sangat dieorang yang dapat hidayah ni :)
hopefully aku pon boleh jadi macam dieorang sebabnya aku bukannya baik sangat.

about aiman azlan tu, aku agak tersentuh dengan cerita yang dia sampaikan, love after married but can i do that? he said 'it is not easy' but from his video i got a message that find the truth, memang kita akan menyakitkan hati seseorang itu but i actually got a great message from there, i;m not quite tough already, hopefully aku akan dapat kekuatan yang dimaksudkan,,

* try to be a good muslimah , but still rasa kekosongan dalam diri, i hope he understand what im trying to do, not for myself only, but for him too*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday 1 June 2012

change blog to diary! it is better :)

Assalammualaikum wbt wbt

aku baru jer balik tapi buka lappy terus jer online! tadi kat mall mengantok sakan sampai kena tegur dengan adik aku si hamra tu, entahla... gila online kot,

entry kali ni just short and simple not short and sweet, why not la kan change this blog to diary? is it okay? haha not for me even aku tahu agak ade yang tersentap sakan dengan entry aku buat sampai aku pon diblocknyer but what can i do?


tak tau la kan, maybe ade techinal problem or what ever la..:) 

but perlu ke aku jadikan macam diary? tak kot, suka hati la kan.. sesetengah orang tu memang tak kesah, sebabnya dia rasa 'sharing is caring' hihi
for me tak la kot kalau aku tukar la kan, lost topic nak cerita kan, it is better dari hati aku sendiri nak post entry ape kan? blog aku, aku punye suka la :)
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com