Wednesday 16 October 2013

Menghargai dan dihargai~

Alhamdulillah berakhir sudah program dari exco kami, tahniah kepada geng SDC II yang berusaha keras untuk menjayakan perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini~

disebabkan kekangan masa, aku tak dapat la nak mengadap blog ni seperti dulu kan? busy sikit almaklumlah amanah harus dijalankan, hubungan sosial juga perlu dijaga bukan?

so bila time cuti raya ni tak balik rumah, so nak ambil masa untuk update blog ni, tak terlambat lagi nak ucap salam aidiladha kan?

so orang kata kita perlulah menghargai masa yang ada ni untuk buat perkara yang berfaedah bukan?
cakap punya cakap pasal menghargai dan dihargai ni, pernahkah kalian semua menghargai orang-orang disekeliling korang? Al maklumlah kadang-kadang kita terlepas pandang tu yang jadi salah faham bukan??


kita sebenarnya selalu ambil remeh tentang perkara-perkara macam ni , menghargai? ye menghargai..
kita selalu cakap kita menghargai orang sekeliling kita tapi pernah kah kita fikir bagaimana kita treat mereka?
ini based on pengalaman yang aku alami dan apa yang aku perhatikan. orang malaysia ni susah sangat nak appreciate orang kan? tak minta suruh awak tu bagi hadiah or so whatever, cukup sekadar kata-kata pon dah cukup. for example la kan~

salah ke seorang suami menghargai isterinya dengan memberikan kata-kata pujian seperti 'terima kasih kerana menjaga keperluan seharian saya' .ini tak apa yang kebanyakan orang buat, 'awak masak apa hari ni? saya lapar' then tak de la pulak nak puji isteri tu masak kan.. 
si isteri pulak salah ke nak cakap kat suami' terima kasih kerana menjadi pelindung keluarga'. See kita sendiri boleh nilai *untuk orang yang dah kahwin jela*

as a frenz pulak, salah ke nak cakap 'terima kasih menjadi sahabat saya' terima kasih terima kasih dan hanya terima kasih sahaja yang kita perlu ucapkan bukan? tak salah kita hargai orang macam tu then kalau rasa nak bagi something kat someone sebagai penghargaan tak salah langsung, tak perlu rasa segan, dan satu benda minta maaf andai kita terkasar bahasa pada mereka~

dengan kita menghargai mereka kita juga akan dihargai jugak, sebab kita selalu dengar what goes around comes around bukan? tapi kalau kita ni selalu sangat dihargai janganlah pulak naik lemak! jangan lah nak bangga diri sombong bongkak bagai! salah konsep tu awak awak sekalian, satu jer ingat balik apa yang kita dah sumbangkan dan apa yang kita terima adakah setimpal? jangan nak duk canang-canang orang tu hargai kita tapi orang tu tak hargai orang lain pulak, ingat tu !

secara rawaknya, jangan ambil remeh isu menghargai dan dihargai ini, sikap kita ni lah yang akan mencerminkan diri kita, belajar untuk lebih ke arah positif thinking ya sahabat sekalian :)






Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com