Monday 24 September 2012

ada apa dengan jawatan?

Assalammualaikum wbt, hye3 ..jam menunjukkan pukul 1.45 pagi, jam aku okay bukan korang :)
tengah membuat assignment sambil online, menghirup secawan nescafe panas,nikmat kot!
then tengok room mate aku yang sedang keletihan , biar la dia banyak kerja biarkan dia berehat ecehhhh!
dan aku pon baru lah ada masa untuk update blog ni kerana kekangan masa menyukarkan untuk aku update entry hari-hari,

stop berfalsafah bagai la kan, itu bukan diriku, :D
so disebabkan aku ni busy meeting sana sini , then dengan macam2 program yang aku join ,
bukan gila jawatan okay, just cari pengalaman yang sepatutnya, mostly aku sebagai ahli je pon, so ape benefit yang korang dapat kalau ada jawatan ni?

lets share my experience,
nak dikatakan experience aku tak la sebanyak mana tapi semua tu la yang membuat kita tahu akan realiti sebenar kehidupan, aku pernah pegang jawatan setiausaha dan korang pon tahu tugas setiausah ini tersangatlah berat kan, tapi masa tu aku masih suam2 kuku jer, baru bertapak dan aku pernah menghasilkan paper work yang di guide sedikit oleh cikgu,

aku pernah memegang jawatan bendahari, kebiasaannya orang panggil bendahari la kan, tapi dalam organisasi kami, digelar finance director, gempak tak? ecehhh poyo je lebih, dekat situ aku belajar macam mana nak manage akaun dan meminimumkan kos, dan akhirnya membawa keuntungan kepada organisasi kami hasil kerjasama setiap pihak yang terlibat

so aku nak highlight kan disini mempunyai jawatan itu bukanlah suatu yang memberi tekanan melampau kepada kita, ya benar jika terlampau obses maka akan membawa padah.

tapi jawatan merupakan satu alternatif bagi korang untuk menarik perhatian ramai

for example:

jawatan paling rendah pon kan ajk kan? then korang dispesifikasikan ke biro keceriaan secara automatiknya jawatan korang tu merupakan pengenalan kepada diri korang kenapa? kerana jawatan tersebut korang akan disebut2 seandainya berjaya memberi pencapaian yang baik, dari situlah bermula nya korang ke peringkat jawatan yang lebih tinggi, nampak tak permainan nya disitu

kat sini bukanlah nak bermanifesto supaya korang ni rebut jawatan tapi carilah alternatif untuk membina keyakinan diri, aku bukanlah seorang yang yakin tapi disebabkan aku ni suka sangat la buat-buat kerja macam ni, memang aku grab, setelah 2 tahun diam tanpa kata, hanya focus study so im back.

janganlah menilai jawatan itu sebagai propaganda sesetengah pihak untuk mencari keuntungan pada mereka, lihatlah dari segi lain yang perlu diaplikasikan kepada diri untuk masa depan sendiri.
benda ni bukan sekadar untuk diaplikasikan pada diri malah pada generasi masa depan, jadi rebut peluang sementara masih ada masa

*nak promote rakan muda punya festival*


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 19 September 2012

stress bermula

hye3, terasa macam jarang update blog kan? actually ni pon malas nak update kerana dan kerana kerja yang berlambak ni,tapi disebabkan kestressan yang sukar dibendung lagi , rasa macam nak meletup baik aku relaxkan otak yang tengah serabut ni 

kenapa dan kenapa? kerana dan kerana disebabkan satu assignment yang diluar bidang otak aku, IT! oh no satu subjek yang wajib then how aku nak buat?

ho to compare the processor, software bagai, hardware yang aku kurang faham, operating system lagi??? tolonglah sakit kepala ni rasa macam nak pecah jer!

dan satu kebanggaan bagi aku dengan menyusahkan diri ambil terlalu banyak nescafe, its around 3 sachet in one hours! sebab dan sebab tak boleh nak buat apa lagi!

andai ada salah sorang rakan aku yang expert tolong lah aku, dlm seminggu lebih je nak hantar ni!

i try my best!

*rasa nak tido je puas2*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 15 September 2012

uum life

Assalammualikum wbt,
entry kali ni tentang UUM life, sejak aku masuk uum ni, saat terindah ialah apabila kelas habis dan aku balik asrama. why? hari-hari balik dekat maghrib, haishh macam la busy sangat kan, okay lets read!

1st day class
bangun awal sangat dah, then tunggu kawan dekat setengah jam aku tunggu  .. then naik bus*nak jalan kaki memang tak la kan dalam 6 or 7 km jugak la kan* memang tak la wei, naik bus berebut kot takut lambat, mungkin disebabkan nak permudahkan urusan aku, dalam bas ada sorang ni tegoq 'tengok sat jadual?,sama dengan kami'
so aku ajak dia sekali ke kelas, then kami terlewat 30 minit, tetapi lecturer yang baik hati lagi budiman sangat memahami kerana DPP kami berada di kachi, di luar kampus. Alhamdulillah kelas seterusnya okay

2nd day class
ni yang tak boleh bla.. lambat , aku dah bising2 dah, dah habaq awal2 kan tapi biar la.. cari kelas tak jumpa wei, tanya dekat 6,7 orang.. senior aku tanya termasuk la mak cik dan pak cik yang tengah sapu sampah, dalam hati aku ni haishhh senior ni nak kenakan kami*memang ada segelintir yang macam tu okay* dengan tak puas hati lagi aku tanya sorang mak cik ni dan dia merupakan seorang penunjuk arah yang baik, haha .. dan jumpa kelas, tapi dan tapi aku dah lambat 1 jam kerana dan kerana cari tak jumpa, akhirnya aku cakap kat kawan aku, berani nak masuk tak? macam tegas jer lecturer , keputusan sepakat kami, SKIP kelas tu sebab takut.. haha

3rd-5th day
kelas macam biasa saje la, ke hulu ke hilir aku, UUM besar giler, sakit kaki aku berjalan sana sini, kelas sikit ja tapi disebabkan jarak yang terlalu jauh menjadikan kami tabah, haha..

6th day
hari ni best, aku join seminar CDC, pada mulanya terasa macam nak balik sambung tidur tapi disebabkan abang2 dan akak2 fasi yang sporting giler, kami punye seminar jd sempoi jer, dan automatically aku jadi ahli CDC, wow! best giler aktiviti die, kot2 ada jodoh dapat pakai baju korporat setaraf senior, haha,,

7th day
merupakan hari ini, dan aku bangun lambat sikit la dalam pukul 6.30 kan,,, bersiap-siap untuk ke kelas ko-k.. aku masuk leadership tapi rasa macam nak tukar, bila kelas start, hamikkk kau, lecturer speaking habih, tak bagi kiteorang cakap melayu pon, dan dia suruh kiteorang introduce diri kan depan dewan, mak haihhhhh memang gementaq la dengan sejuk nya, dan volunteer seorg demi seorg, since tak de orang nak bangun untuk seterusnya, aku dengan gagahnya bangun ke depan dewan, haishhhh tuhan tau bedebaq na.. tapi one of the team member give a support to me , he said 'come on' and now he is a president of my club. haha apa ntah nama die..

so nak tau lagi? esok2 dah la..

*hahaishhh*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday 13 September 2012

Orientation Week

Assalammualaikum wbt, hari ni merupakan minggu kedua aku digelar mahasiswi Universiti Utara Malaysia, well korang rasa tak famous kan? kalau korang ikut isu semasa korang tau la famous tak famous Universiti ni, and for your information, uni ni  terkenal sebagai "UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" dan bangga kerana memang impian pon kan.. :P

so lets that for the first day, kami mencari UUM dan
itu sepintas lalu jer, aku bukan masuk kampus pon, asrama aku luar kampus kot, nasib badan la kan tapi pengalaman semua tu

sesi mendaftar? erm aku ambil kunci jer , then naik bilik dan aku dapat tingkat 4, haishh lama2 kurus aku, dan selepas parents aku keluar baru la aku mendaftarkan diri , macam2 masalah tapi terima kasih la kan pada akak2 dan abang2 fasi yang sentiasa alert dengan masalah kami, orientasi aku ? ceramah sajer dan macam ni la keadaan dewan MUADZAM SHAH semasa orientasi 

sangat ramai dan aku dan berbagai pengalaman baru yang aku bakal hadapi, dan setelah aku melafazkan ikrar sebagai pelajar UUM, air mata kegembiraan kerana aku masih diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda perakaunan, dan selepas tamatnya majlis ikrar satu kejutan buat kami semua, iaitu Aaron Aziz datang ! then aku terperanjat sebab orang duk jerit2 sakit telinga tapi biasa la perempuan kan, dan perkara itu dirahsiakan , well dia sangat tough, haha.

After that kami teruskan pula dengan video confront dengan TUN Mahathir, alhamdulillah, dia banyak memotivasikan kami, for the next day kami dipertemukan dengan Anak beliau iaitu Dato' Mukhriz dan dia sangat sporting, sempoi jer..


for the next day kami bersukan!



semangat aku bagi sokongan kat team aku sampai tak de suara nak bercakap, haha

then malam tu merupakan malam aspresiasi diri , setiap wakil dewan penginapan pelajar perlu membuat persembahan, dan ini gambar bagi persembahan kami

walaupon tak jelas but masa persembahan kami suddenly lampu ditutupkan dan aku tak tau siapa tutup, kami sebagai penyokong perlu sokong k, dan setiap orang turut semangat, kami diberi anugerah khas juri, tahniah..

the next day kami melakukan khidmat bakti siswa, alhamdulillah berjaya akhirnya :)

thanks fasi yang tak pernah marah kite orang even kita orang lambat, siap bagi permission pada kami untuk tidur kalau terlalu mengantuk, then bila mereka tertinggi suara pada bebrapa orang at that time jugak die orang akan minta maaf, salute them! 


*ingat sampai bila, especially seseorang tu, haha*






Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com