Friday 31 August 2012

hamra oh hamra

Assalammualaikum wbt,
tajuk entry ni nak buat aku gelak non-stop sebab apa? jom baca

semalam aku keluar beli barang sekali gus pergi beraya rumah saudara-mara, so masa nak balik dari beraya tu, kepala aku dah oening giler masuk angin la katakan, dan masa tu barang tak cukup lagi, so aku ajak ayah pergi giant, then bila kat giant cari toilet nak muntah, so aku ajak la adik aku teman,


then masa jalan tu semua kat mall tu pandang hamra, then i wonder why?
tapi malas nak ambil kisah dah tak tahan pening,

suddenly aku pandang bawah, tengok selipar adik aku sebelah lain, mau tak sakit perot aku tahan gelak..


di ibaratkan begitu okay tapi tu contoh jer, dah sampai dalam giant tu aku tunjuk kat ibu aku, gelak sakan dia.. nasib baik tak de orang, malu jer :P

*abg cashier tu senyum jer tengok hamra*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday 30 August 2012

Memasak

Assalammualaikum wbt, okay hari ni merupakan jumaat terakhir dirumah, sedih dan memandangkan semua cuti kan kami satu keluarga sat lagi nak keluaq *siapa nak ikot tunggu bawah blok, hihi*

so masa aku tolong ibu lipat baju, ibu suruh masak*oh no dah la fail* haha
memandangkan nak keluar so aku masak simple je la , expresss *hehe*

Aku just masak sambal dengan sayur tumis  jer :)

simple kan?
dan adik aku boleh pulak menyampuk. she said "adik nak makan nanti , adik komen along masak mesti tak sedap!" *apa punya adik ntah*

so menu pertama sambal sardin jer, just add chili's and beberapa benda lain, kalau masak sardin je tak sedap! aku tak suka,,,

adik aku cakap , "ok la.." menyampah! tak de bagi semangat langsung :(


menu kedua sayur tumis jer, simple giler... 


dah3, orang kat rumah ni makan jer jangan complain, nak makan kat luar lambat sangat kan? kena tunggu ayah balik solat kan3?


*last memasak dirumah :'(


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Akhirnya Air Mata Ku Tumpah Jua

Gembira tak terkata saat melihat keputusan permohonan dimana aku ditawarkan bidang yang diminati di Universiti yang dikenali "best university of accounting" siapa tak bangga kan? setelah memerah otak kat matrik yang pada mulanya aku anggap sekadar asrama sekolah dan seolah-olah macam penjara kerana peraturan yang ketat namun sekrang hanya mampu tersenyum kerana matrik la yang mengajar segala erti kehidupan, walaupon suasana tidak seperti universiti tapi itu adalah titik permulaan supaya tidak terlalu kaget bila masuk universiti nanti, sekarang?

Hanya tinggal 3 hari untuk aku melangkah ke Bumi SINTOK, sejak seminggu lalu sayup jer hati ni, rasa macam tak nak pergi tapi dipendam supaya orang tak perasan, namun petang semalam terluah jugak kat ibu, 

Aku: sayup jer hati nak sambung belajar jauh-jauh.
Ibu : itu pilihan kau kan? 
Aku: erm..

then malam tu pulak nenek aku datang dengan pak su & mak su *panggil mak su la kan?*
ibu cakap dengan nenek, lagi lah aku sedih, haishhh..

dan pada malam tu jugak aku call seseorang, then unexpected ayat ni keluar dari mulut aku "sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa"
suddenly air mata mengalir laju jer, sampai nak cakap pon tak boleh, :'(

aku menangis sebab lepas ni
-tak de lagi dengar suara budak2 kat rumah
-tak de algi tidurkan dieorang
-tak de lagi dieorang kejut aku pagi2
-jauh
-rindu rumah nanti

ermmm, apakan daya agak lama aku menangis, dulu cakap lain, sekarang?
tuhan je la tahu sedihnya aku sekarang ni :'(

UWAAAAAAAAAAA!!!!!!


dahla tak dapat jumpa farahin, berambah2 sedih aku ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 29 August 2012

Persiapan Majlis perkahwinan Part 2

Assalammualaikum wbt, part 1 dah settle kan? so sekarang part 2 pulak.
part 2 malam sebelum majlis bermakna hari jumaat malam sabtu :)
masa tengah duduk borak-borak petang jumaat tu, orang lelaki sibuk tengok khemah dah siap pasang then kami yang settle bahagian hadapan tunggu pelamin yang dijanjikan pada pukul 6 tapi al-maklumlah macam-macam kan so malam baru siap pasang, so tengok gambar je la yer :)

Tengok pelamin yang bakal disiapkan

meja makan beradab :)

snap mane yang patut je kan?

penat ek kak? hihi

hampir siap

siap dahhhh, nice.. simple jer kan
terbayang-bayang in the future.. chewahhhh

another side

prepare untuk bacaan yasin

jealous!!

si akil ni memang 

Bacaac yasin dah habis, orang perempuan sambung marhaban

mak ngah nani tengah prepare telur :)


Dan masa tengah khusyuk tu boleh pulak ada accident, haishhh siapa salah tak tau la, dengar kisah langgar lampu merah, nasib la kau.so entry akan datang sepanjang berlangsung majlis tersebut :)


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Take 3!


CINTA AMAT MAHAL TAKRIFNYA..
ITULAH YANG DIFITRAHKAN OLEH ALLAH S.W.T..
KEPADA HAMBANYA..

CINTA HANYA TERTULIS PADA PERKATAAN
TETAPI....
GAGAL DILIHAT PADA ZAHIRNYA..

KERANA...

CINTA ITU TANGGUNGJAWAB...
DIMANA WUJUDNYA
KESETIAAN DAN KEJUJURAN
DIDALAMNYA...

INGAT PADA YANG SATU
JUJUR PADA YANG SETIA
SETIA PADA YANG KASIH
KASIH PADA YANG RINDU
RINDULAH PADA YANG MENYAYANGIMU

KERANA ..
CINTA TAK AKAN DATANG KALAU TAK DICARI
CINTA JUGA TIDAK ADA KALAU TIADA YANG MEMBERI
TETAPI..
MENCARI BIARLAH PADA YANG SUDI
BUKAN PADA YANG SIMPATI

sincerely,
haziqah




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 28 August 2012

Cinta hakiki eps 3


Keesokan paginya~

Ummi: Nad, dah siap kemas semua baju-baju nad?

Nad: Nad tak nak lah Ummi

Ummi: Dengar je cakap walid, nanti Ummi datang tiap2 minggu lawat Nad okay?

Nad: Promise?

Ummi: Ummi janji.

Ummi membantu Nad mengemas pakaian Nad.

Sepanjang perjalanan ke kampung, Nad hanya diam

Walid: Nad marah walid?

Nad: siapa yang tak marah?

Walid: Hidup perlu sentiasa beringat Nad

Nad: yela Walid...

Nad memasang headphone melayan lagu kegemarannya~

                                                    * * * * * * * * * *


mereka tiba di kampung~

Walid: Assalammualaikum ..

Tok: Waalaikumussalam wbt..

Walid: Ayah sihat?

Tok: sihat alhamdulillah,masuk rehat dulu

Walid: Kejap je la ayah, petang ni kami nak balik dah, cuma nak amanahkan nad ni, ayah buat la apa yang patut

Nad: what? walid dengan ummi nak balik petang ni? nad nak ikut

Walid: Nad tinggal kat sini, jangan nak buat perangai

Nad: ummi please stay here, for a few day..please...

Ummi: ummi kena ikut walid balik

Nad keluar dari rumah tok dan ke tepi sungai..

                                                           * * * * * * * * * *


Nad termenong sendirian~

Tok:nad kenapa sedih?

Nad:bosan macam duduk dekat penjara

Tok: Nad! kenapa cakap macam tu?

Nad: Hidup Nad bukan macam Tok, biasa hidup dalam serba kekurangan, dengan ilmu agama, nad nak kebebasan!


satu tamparan hinggap di pipi nad, dia terdiam dengan perasaan yang marah~

Tok: Mulai sekarang ka.....

Assalammualaikum~

Tok : Waalalikumussalam wbt, oh nazri, masuklah

Nad masuk ke bilik tanpa menghiraukan tetamu yang hadir~

Nazri: maaf tok mengganggu, saya datang nak melawat Tok jer

Tok: tak mengganggu pon, dah selesai urusan kamu tu nazri?

Nazri: Alhamdulillah Tok, selesai , inshaAllah dalam 2 bulan lagi saya akan ditukar ke Kuala Lumpur

Tok: Tok pun tumpang gembira, dah lama kamu berbakti di kampung ni, sekarang masanya untuk kamu meluaskan lagi ilmu kamu di tempat orang

Nazri: inshaAllah tok saya akan cuba semampu saya, siapa tadi tu tok?

Tok: cucu tok nad

Nazri: ouh saya tak pernah nampak dia pon sebelum ni

tok madi hanya tersenyum~





Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tutorial Border Post

Assalammualaikum wbt,
ni first time aku buat tutorial ni, kerana apa, before ni just belajar dari pakar-pakar tapi setelah aku ni memandai-memandai2 dan tak puas hati dengan border blog aku, so aku memandai-mandailah edit. mostly yang pakar-pakar dah tau, so kalau tak puas hati dengan size border korang jom belajar kat sini

1.design---->edit HTML

2.tekan ctrl+F serentak dan search kod kat bawah ni



border: solid 3px $(post.border.color);




 merah: boleh ditukar ke (solid , dashed , dotted ) ikut pilihan masing-masing
Biru : tukar la saiz apa yang disukai :)

3. preview dulu, kalau dah jadi barulah save okay!

PERINGATAN: pada yang tak biasa lagi, download template dulu sebelum tukar, kalau jadi pape kat template korang TAK bertanggungjawab okay :)

selamat mencuba :)



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 27 August 2012

Kenali Diri Sendiri

Assalammualaikum wbt
terasa amat lah malas untuk menggerakkan jari-jemari menaip setiap butir huruf untuk dijadikan sebuah 'entry' di dalam blog ini.

tapi niat di hati yang berkobar-kobar dengan tajuk entry sejurus menembak kelemahan diri sendiri*aku pon ada kelemahan okay*

kenali diri sendiri? sejak beberapa ketika, aku cuba untuk kenal diri aku siapa dan siapa dan memang betul lah tanggapan orang terhadap diri aku, tapi disetiap pandangan mereka dan mereka tidak pernah tahu akan diri aku secara rohaninya. kenapa? aku bukanlah mudah untuk menceritakan segala masalah yang dihadapi dalam hidup kerana bagi aku memendam rasa itu lebih baik tapi..

tuhan tahu penyeksaan tu bagaimana.

so kepada keluarga, rakan -rakan belajar lah kenali diri sendiri bagaimana?

-Renungkan semula segala tindakan yang pernah kita ambil
-Ingat kembali setiap butir ayat yang kita zahirkan
-Tanya pendapat rakan karib kita tentang siapa diri kita sebenarnya, minta dia berterus-terang
-Tanya Pendapat Ahli keluarga kita
-Kalau Berani Tanya pendapat Rakan yang Tak suka pada diri kita
-Duduk depan cermin, dan fikirkan segala kebaikan kita, keburukan kita dan COMPARE kan mana yang lebih banyak?
-Catatkan sebanyak mungkin siapa yang kita lebih senang berkawan dan MUSUH kita?
-Nilai hati kita dari catatan yang dilakukan
-Nilai wang yang telah dilaburkan untuk perkara yang berfaedah & tidak berfaedah
-JUDGE DIRI SENDIRI & BUAT PEMBAHARUAN :)

itu dari pendapat aku, so kalau rasa ada cara sendiri just follow your style okay selagi tak memudaratkan korang la, i mean kalau tanya pendapat orang then korang sakit hati , berdendam la tak payah tanya orang, tanya diri sendiri je macam mane diri korang tu :)

*ehem-ehem*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Persiapan Majlis perkahwinan Part 1

Assalammualaikum wbt, selepas raya ketiga kami sibuk siapkan apa yang patut untuk majlis perkahwinan, Lepas je balik dari perak malam tu terus pergi ke NSK mart sebabnya barang kat situ murah giler, then boleh la beli barang untuk kenduri, pada malam tu tak sempat la nak ambil gambar sebab masing-masing pon dah penat then ada yang pengsan meyh, i mean penat la kan, tapi balik je terus kaum-kaum ibu tu memasak, aku? haishh kalau aku masak untuk ramai-ramai takot cirit-birit pulak orang nanti, so keesokannya kami dan kami pre pare apa yang patut la kan, :)

so jom tengok gambar, gambar barang jer la tak boleh letak muka orang, al-maklumlah dalam rumah yang dihuni kaum perempuan kan :)

apa tu? haha telur la, telur yang direbus untuk diletakkan pada jaring bunga telur, haha
ada kisah pasal telur ni, masa nak ikat dalam plastik telur-telur ni aku gelak sorang-sorang, kenapa? lawak kot bentuk telurnya then kami pon nak rebus telur-telur ni kat luar rumah guna dapur masak yang letak kuali or periuk besar-besar tu, *aku tak tau namanya* then dah masuk tu, duduk-duduk kejap dengar bunyi macam gas, then mak teh aku kelam kabut keluar tengok getah paip tu dah tertanggal dan api mula menyambar, haishh nasib baik cepat kalau tak, ? sebenarnya dapur tu memang dah problem.

tu bunga telur tapi ada lagi satu pattern tak dan nak amik gambar , nampak harga pulak! haishhhhhhhhhhh



mug ni cantik-cantik belaka, aku dah cilok 1 hihi
lepas kenduri okay!


untunglah kome dapat beg ni, macam2 ada :)

so sikit je la dulu yer umtuk part ni, nanti-nanti kalau rasa TER rajin nak post lagi, teman post la lagi yer :)


*Aku lambat lagi kahwin, sedih!*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 22 August 2012

Majlis Nikah Ucu

Assalammualaikum wbt, finally dapat juga entry kali ni terhasil kerana raya kami busy dengan majlis perkahwinan, so masing-masing busy prepare hantaran dan sewaktu dengannya, pada raya ketiga kami dan kami ke chemor perak untuk majlis nikah ucu, nasib baik baju dah siap iron, dan masa nak pakai tudung tu, terperasan tudung tu pendek, adeh macam mane pulak tak perasan time beli maybe dah pukul 3.30 pagi masa beli tu, so dengan kelam kabut nya cari pashmina untuk di match kan, nasib baik ade, dan kami bertolak pukul 7.30 pagi tapi yang menghantar tak payah cakap dekat 12 biji kereta , dan majlis perkahwinan sebelah perempuan dilangsungkan sekali,
ucu tengah nervous tu :)

hihi

sarung cincin


bersama hantaran dari kami




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday 19 August 2012

Everything changed!

Assalammulaikum wbt, okay tak terlambat untuk wish selamat hari raya aidilfitri
raya pertama? semua rasa lain, pagi raya bermaafan dan terperanjat bila adik perempuan aku yang degil + keras kepala minta maaf sambil menangis, tersentuh seyh tapi aku tak tunjuk la, Then lepas makan satu family pergi kubur atok dan terasa sangat lain

Kelainan:
-petang raya atok tak tidur sebab die happy tengok cucu die
-malam pon sama, dia tengok tv then ikot orang kat tv tu takbir
-pagi raya kami berkumpul then after sembahyang raya ramai family datang
-keluar beraya bersama atok

This year:
-rasa lain sebab tak nampak atok tengok cucu dia
-malam raya & pagi raya tak dengar atok bertakbir
-sesi bermaafan automatik akan menangis bila tengok nenek then dia cakap "atok dah tak de" sebak seyh
-pagi raya pergi kubur atok sambil dengar nenek baca yasin teresak-esak, tengok keliling semua menangis, termasuk ayah aku.

totally different sekarang ni, rindu suasana raya dulu. :'(
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 18 August 2012

Preparation!

Assalammualaikum wbt,
actually just go back from KL, and its too late! betul la mane tak nyer mencari baju raya adik-adik yang tak pernah cukup ! semalam pulak pergi rumah nenek prepare semua juadah untuk hari ini! But , its feels different kerana dan kerana pada kebiasaannya kami akan dengar suara atok yang happy then nenek yang busy tapi tahun ni rasa lain, nenek macam sedih jer, yela siapa yang tak sedih kan? then bila masa berbuka rasa sunyi suddenly terbayang atok duduk kat tempat yang dia selalu duduk tu! haishhh, apakan daya just redha la kan?

then after berbuka nothing to do sebab semua dah siap, balik rumah then terus pergi KL.Bila kat KL tak payah cakap lelong habis la kan! walaupon dah ada 2 pasang jubah for raya tapi masa jalan2 berkenan dengan baju kurung, so beli je la kan. alang2 boleh pakai untuk wedding pak su this tuesday! haha

Masa kat KL pulak, haishhh tak perasan ada camera dari salah satu stesen TV, dirahsiakan la sebab tak nak public, dan dengan sepantas kilatnya, cuba untuk mengelak dari kamera tersebut, depa ni tak reti balik raya ka? 

Then jumpa 1 kedai ni dan berminat dengan 1 bag, pada asalnya berhajat untuk ambil warna merah , apakan daya takot tak match dengan semua baju so decide ambil warna coklat cerah, haishhh sedih T.T

so raya kali ini
2 jubah
1 baju kurung
1 new handbag
1 new wallet
new shoes
3 new 'tudung'

*macam over tak?*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday 16 August 2012

Kenali Sifat Lelaki

Assalammualaikum wbt, tajuk entry agak menyampah bagi aku la, kerana sifat lelaki perlu ke aku tau? tak perlu tapi adalah satu keperluan untuk rasa yang memerlukan, ini sekadar pandangan aku, silalah tinggalkan cacian anda sekiranya salah, amat lah dialukan oleh NUR HAZIQAH HUSSIN

Simple
Kenapa aku cakap lelaki ni simple?sepanjang aku kenal rakan2 aku yang berTITLE lelaki, mereka seorang yang simple, tak perlu nak over dalam segala hal kan?Dan korang nak buat apa tak payah nak berkias lebih2 dengan dieorang, bukan semua faham kiasan perempuan ni, so just straight forward, tak payah nak berpantun bagai memang dieorang tak faham, so nak borak dengan dieorang pon just guna ayat simple.

Jangan "push" mereka
kenapa aku tulis jangan "push" ? lelaki memang tak suka dipaksa, so korang tak payah nak push la dieorang ni sebabnya mau angin mereka ni, mungkin ada masalah ke masa tu so kena faham la sendiri okay? Mungkin ade yang ikut jer cakap korang tu tapi maksudnya korang tu "queen Control" understand? sampai satu stage mereka hilang kesabaran? tak dapat den nak menolong.

Mendiamkan diri
mendiamkan diri bermaksud lelaki ni kan, kalau korang duk gosip isu2 hot or sensitif tu depa tak amik port sangat, diam je la dengar korang cakap. then tak yah lah nak bergosip dengan dieorang tak de respon, dieorang tak minat nak amik tau hal orang, yang dieorang minat? hal lelaki la kan? so better korang tak payah bergosip langsung :)

Ego
pehal? ego lelaki secara jujur dari hati aku ni memang tinggi kalah gunung everest, kenapa aku cakap macam tu? cer korang selidik sendiri member2 lelaki korang. bercakap dengan dieorang habis nak menang ajer, lagi2 kalau dah terang lagi bersuluh dia yang salah ingat senang ka nak dieorang minta maaf? mungkin ada tapi susah la. jangan mara yer cakap benda betul je kan?

Setia
Setia yang dimaksudkan termasuk la buaya darat kat luar sana aku rasa la, kalau lah korang yang perempuan ni dah buat lelaki tu jatuh cinta kat korang, satu hari nanti kalau korang tak de ikatan bukan mudah untuk dia lupakan perempuan tu, ambil masa sebenarnya dan dia akan menitiskan air mata kerana perempuan tu, trust me.

Lebih banyak berahsia
Kenapa? mereka ni bukan mudah untuk menceritakan hal peribadi kepada rakan mereka, tak macam perempuan ada masalah cerita dengan member, lelaki ni lebih suka duduk bersendirian, cari hiburan untuk lupakan sekejap masalah tu, hanya rakan YANG DIPERCAYAI olehnya sahaja mampu membuat die membuka mulut sekiranya dia benar2 bersedia.


so sikit je la tak perlu banyak2 sebabnya kan nanti ada yang salah payah aku nak betul kan balik. itu hanya pada pandangan aku sahaja. bukan mudah untuk menafsir seseorang yang kita belum kenal sebenar-benarnya :)

*Aku tak suka tang EGO tu, rasa nak baling selipar je kalau berdebat*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 15 August 2012

Birthday Present!

Salam, petang tadi jumpa wani sebab nak bagi kuih MAZOLA yang dia minat sangat tu!

walaupon kuih aku tak sama dengan kuih yang kat luar tu tapi akhirnya aku buat hasil titik peluh aku sendiri okay! kat luar tu lain rasanya! dan sempena birthday wani aku bagi shawl untuk dia tapi tak sempat nak snap gambar shawl tu.

so saadddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd!
but masa jumpa wani she give me something, aku tak tengok pon tapi aku tengok beg dia, cantik sangat!!!!

itu beg kertas beliau dan sampai je la rumah kan aku tergelak sorang2, why and why?
wani bagi aku shawl, aku cakap kat dia untuk apa, she said birthday present sebab nanti tak jumpa lagi!
sedih la pulak aku dengar, haishhh al maklumlah aku jer tercampak nun ke utara sana.


nice shawl wani, dan macam tau jer ader colour purple tu :)
so thanks and happy birthday wani! yang lagi dua orang tu jangan lupa tuntut hadiah anda daripada saya yer :)

*lovethem




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 14 August 2012

berterus terang tentang status "virgin"?

Assalammualaikum wbt, sebelum ni entry aku 'virgin masih menjadi keutamaan?' dan semestinya penting bagi seorang perempuan. Disini aku jngin menyatakan sekiranya ada perempuan yang terlanjur, patut ke dia berterus terang terhadap lelaki yang dikahwini? persoalannya seandainya perempuan itu berterus terang terhadap lelaki yang bakal dikahwini nya atau yang telah menjadi suaminya apakah yang akan berlaku?

aku akui semakin ramai perempuan islam yang terjebah ke kancah penzinaan ,penghukuman itu sepatutnya dilakukan kepada pihak yang berkenaan kerana seandainya seorang perempuan itu telah sedar akan kesalahan nya dan bertaubat, patut ke dia di hukum? pengampunan tentang taubat nya hanya Allah yang tahu. wallahu'alam....

dan dalam kes sebegini perempuan -perempuan ini pasti rasa bersalah terhadap suami atau bakal suaminya kerana maruahnya telah tergadai. tapi ingat! dalam islam kita digalakkan menutup aib kita bahkan aib orang lain.

seandainya dengan perkhabaran itu akan merugikan si perempuan dan menyebabkan perceraian berlaku iaitu perkara yang Allah tak suka 'perceraian' patut ke niat murni perempuan itu untuk berterus terang diteruskan???

Dan seandainya seorang lelaki menyintai seorang perempuan kerana Allah, maka bimbinglah dia. Janganlah menghukum dia diatas kesalahan masa lampaunya. Niat lelaki menikahi perempuan adalah kerana Allah, jadi status dara itu penting bagi maruah lelaki?ya aku akui memang penting menjaga maruah itu tapi seandainya perkara itu telah berlaku janganlah diungkit lagi kerana perempuan itu telah berubah jadi lebih baik perkara itu dirahsiakan demi menjaga keharmonian rumah tangga.

*lebih baik elakkan hubungan yang terlalu sosial*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

jodohku atau bukan?

Assalammualaikum wbt, this entry? sebenarnya tak de topik lagi dah tengah2 malam ni, mood "malas" menaip menular tapi apakan daya, line internet slow giler2 sakit hati aku, so menggagahkan diri untuk menaip entry yang tak seberapa  ini!

Manusia ini dijadikan untuk saling melengkapi *mesti lain2 jantina kay!*maka pernahlah kita sebagai manusia mendengar kisah romeo and juliet?*merepek la* sepatutnya kisah Adam & Hawa dijadikan teladan, pernah suatu ketika dahulu Adam dipisahkan dengan Hawa dan korang pon tahu kan perasaannya , sepasang suami isteri yang terpisah, takk percaya pergi tanya mak ayah korang kalau dieorang jauh dari pasangan masing-masing  berbulan-bulan, bagaimanakah perasaan nya? *aku tak tau sebab belom kawen* senang cerita tengok budak-budak zaman sekarang, cinta bagai sampai tak boleh nak berenggang, hari-hari nak jumpa, kalau tak tak boleh hidup konon! *merepek disitu,selama ni korang hidup camne?* dan seandainya la ditakdirkan untuk kita berpisah dengan pasangan kita jangalah sesekali menyalahkan takdir kerana yang pasti Allah maha mengetahui, dan seandainya orang yang korang benci jadi pasangan hidup korang, maka terima lah dengan hati yang terbuka kerana die merupakan pemilik rusuk atau dia merupakan rusuk korang yang hilang tu :)
kenapa? tak percaya ker? kalau budak-budak baca memang gelak la kan apa da kita ni rusuk tapi kalau yang dah 13.14 tahun tu tak tau mau jer den lempar dengan penyapu, berCINTA tau pulak!

seperti yang kita tahu, Hawa dijadikan daripada rusuk Adam kan? so begitu jugalah kita, memanglah kita dari mak ayah kita , tapi itu lah asalnya kita sebagai manusia untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

dan hang pa ni sebagai manusia patut tau semua tu, kerana disaat anda ditinggalkan oleh si dia maka tak de la bersedih sangat, *aku sedih sebabnya persahabatan sebelum tu putus lagu tu ja* so tahap mana pon korang cinta bagai kat pasangan korang tu tapi kalau dia bukan jodoh korang, apakan daya? menangis, menangis la janji tak bunuh diri sudah :)

pernah dengar tak, Allah temukan kita dengan orang yang salah dulu baru temukan kita dengan orang yang benar2 layak untuk kita? itu betul tak percaya? cuba tanya mereka yang berpengalaman! ada yang bercinta 5 tahun tapi apa tak jadi, bila baru kenal dengan orang lain dalam 2, 3 bulan dapat dah undangan walimatulurus!

kerana kita diuji, memang benar ada yang terus menemui cinta sejati nya buat kali pertama, maka untuk jadi begitu, bukan mudah, Allah itu tahu apa yang direncanakan.Aku akur la, aku pernah jumpa orang yang bukan jodoh aku *sebab aku muda lagi kan jauh lagi perjalanan, so fokus study je sekarang*  dari situ aku belajar untuk membaiki kesilapan kerana setiap yang berlaku itu patut dijadikan pengajaran, kita tak berhak menentukan siapa yang terbaik untuk kita kerana rupa, harta pangkat tu hanya sementara.
nak dijadikan cerita, katakanlah korang dah terjatuh hati dengan seseorang ni, muka ada, harta ada, otak? bijak.. memang perfect la kan, agama? bagus.. dan korang pon dah cintan habis dekat dia tapi kalau dia terima korang pon, if one day dia dijodohkan dengan orang lain? takkan korang nak kacau life dia kan, bukan mudah untuk semua tu tapi percaya, kalau dia bukan jodoh korang think positively "andai dia bukan jodohku maka aku lepaskan nya kerana MU ya Allah" tetapkan niat korang macam tu.

seandainya dia jodoh korang, maka niatkan lah dalam hati "Aku mencintai dan mengasihi dirinya kerana MU ya Allah"

ingat dugaan kita sebagai manusia bukan umpama kena jentik, umpama batu yang menghempap kita, semua akan melaluinya maka cinta kita kepada seseorang itu merupakan ujian Allah kepada kita, andai benar lah diri telah terpaut dengan seseorang make an istikharah, minta petunjuk dari situ kita akan dapat jawapannya, sama ada dia jodoh kita atau bukan? so terimalah hakikat itu kerana hati kita memang tersangat mudah mengasihi seseorang, teringat kata-kata syahira "kalau nak zauj yang soleh maka jadilah perempuan yang solehah"
korang jangan runsing2 okay, perempuan kat luar tu pandailah Adam nak cari balik tulang rusuk dia tu okay? tak mau menangis lagi kerana air mata kita sangat berharga.dan ingat andai kita jumpa orang yang salah janganlah membenci dia , pimpinlah dia agar menemui kebenaran.

Untuk seseorang yang sangat aku sayang, dia pemberi semangat, dia lah yang aku kenal bertahun lama nya, dia lah peneman kala duka, ingat tabahkan hati anda,, Allah sedang menguji tu . jangan bersedih kerana air matamu itu sangat berharga, simpanlah air mata agar air mata itu menjadi air mata tanda kegembiraan :')

*Lelaki soleh digalakkan menikahi perempuan tak solehah, tetapi perempuan solehah tak digalakkan menikahi lelaki tak soleh*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Janji Iblis kepada Allah SWT

Tatkala Allah swt menciptakan Adam daripada tanah, maka Allah memerintah para malaikat agar sujud kepada Adam, begitu juga diperintahkan terhadap Iblis , namun diatas keangkuhannya dia tidak mahu bersujud kepada Adam kerana baginya darjatnya lebih tinggi dari Adam,Iblis merasakan die lebih mulia daripada Adam sedangkan Adam dicipta daripada Tanah tapi Iblis? daripada Api, maka diatas keangkuhan Iblis yang tidak mahu akur atas perintah Allah swt maka dia diusir dari barisan malaikat, diusir dari syurga dengan kutukan dan laknat Allah swt, dinyatakan juga Iblis menjadi penghuni neraka. Iblis menerima hukuman itu namun meminta agar dia dikekalkan hidup sehingga hari kebangkitan maka diperkenankan permintaan Iblis laknatullah itu, dengan tidak berterima kasihnya Iblis menyatakan dia akan menyesatkan Adam dan keturunannya

maka Allah telah berfirman:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah." 

dan Adam telah diajarkan nama-nama benda dan menjadi penghuni syurga, maka dihadiahkan Hawa untuk Adam sebagai peneman, maka sejajar dengan janji Iblis die telah memulakan kerjanya, dia telah memujuk Adam dan Hawa agar memakan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT, maka Allah telah mencela perbuatan mereka dan mereka menerima hukuman iaitu dicampak kebumi, maka Iblis telah melakukan kerjanya.

Pada zaman sekarang secara jelasnya boleh dilihat bahawa Manusia yang hanyut dengan keseronokan dunia telah termakan pujuk rayu syaitan dan mereka yang beriman tidak mudah terpedaya, maka sejajar dengan firman Allah bahawa orang yang beriman dan taat kepadaNYA tidak akan mudah termakan pujuk rayu Iblis dan syaitan.

*Andai aku adalah tergolong dari golongan yang terpedaya dengan tipu daya syaitan, lindungilah aku agar tidak semakin sesat dan semakin kukuh keimanan ku terhadapMU*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Kad raya pertama telah tiba :)

tengah baring-baring sambil lelapkan mata tengah hari tadi, *tidor la kan* boleh pulak ibu aku letak satu kad kat muka aku *taktik nak kacau aku,faham sangat dah* dan ibu aku cakap 'along, kat muka kau tu ape?'
yang aku ni pulak dah tau sangat la taktik die tu, same jer dengan ayah, so aku buka mata terpamapang tulisan selamat hari raya, dalam kepala otak aku ni ha aik, sape pulak yang bagi ni? so melihat la nama beliau, Azmirah rupanya , *kad raya kau aku rasa raya baru dapat kot* hihi

so dengan mamainya aku letak kat almari dulu, sambung tidur, tak sampai 5 minit dah kena kejut bangun, baru nak bermimpi, so ambil kad tu semula dan baca la segala-gala yang tercatat, begini la rupanya, poskad raya namenyer :)

 page depan, sweet2 :D



 dan inilah isi kandungan nya, alamat kat sebelah tu, excited dapt kad raya , lama tak dapat lepas tak sekolah ni, :)

*thanks azmirah*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 13 August 2012

nasyid pembakar semangat!

Assalammualaikum wbt, sedang khusyuk mencari lagu untuk blog ni terJUMPA la pulak satu lagu nasyid yang membakar semangat aku sebagai pelajar, al maklumlah dulu belajar asyik main-main kan? bila dengar nasyid ni confirm nak berusaha untuk cemerlang! kenapa? sebab lagu ni dah sebati dengan aku sejak sekolah rendah lagi , si fitri dan feesah yang selalu nasyid lagu ni time sekolah rendah, then bila dah masuk sekolah menengah ni lelaki aje la yang menguasai dunia nasyid, dan nasyid ni tak pernah lekang dari ingatan aku sebagai student, tajuk die SUMBANGSIH, kenapa ia amat bermakna? hayati lirik nya

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati... 
Jasa dan bakti kekal abadi



dan korang boleh dengar lagu ni macam mana, tapi aku rasa lagu ni terlampau famous!

 dan everytime aku duduk sorang tengah belajar or buat homework masa sekolah menengah dulu confirm aku nyanyi, al maklumlah fanatik dan pembakar semangat, tapi bila di matrik aku dengar lagu ni, aku nyanyi sorang2 confirm menangis, jasa dieorang yang bantu aku ke matrik sekarang ni, bukan mudah sebenarnya kita nak pelajari ilmu Allah kalau tak de guide dari mana2 guru kan? :) *hargailah guru anda!*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Alhamdulillah

Assalammualikum wbt, sebagai manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan marilah kita beristighfar agar sentiasa beringat dan ucapkan lah alhamdulillah kerana kurniaan yang maha ESA untuk kita semua.

maka dibulan yang mulia ini Allah telah memberi rahmat kepada hambanya yang istiqamah untuk berubah, dan aku bersyukur diatas kurniaanNYA kerana memperkenankan doa hambaNYA yang sering kali melakukan kekhilafan, maka telah ringanlah beban yang ditanggung oleh beliau kerana berkat doa kedua orang tuanya dan juga oleh ahli keluarganya. sesungguhnya kebenaran itu membuka mata semua pihak dan kebenaran itu sering kali menewaskan kemungkaran sejajar juga dengan kuasa yang maha ESA sering kali syaitan laknatullah tewas!

di bulan yang mulia ini, seribu kemaafan diberikan kepada hambaNYA yang bertaubat maka sekali lagi Allah menunjukkan keajaiban kepada hambaNYA, tanpa diduga ujian dari yang maha ESA sungguh berat bagi beliau tapi atas kepercayaan kepada kebenaran dan keteguhan imannya kepada yang maha ESA , diperkenankan doa beliau, Maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia, maka tidak boleh disangkal lagi kebesaran yang maha ESA, sesungguhnya ALLAH itu menepati janjiNYA terhadap hambanya dan atas dasar bersyukur terhadap nikmatNYA maka kita sebagai manusia perlulah menunaikan janji kita kepada yang maha ESA.

Alhamdulillah sekali lagi, saat dikhabarkan oleh beliau hati sungguh tersentuh dan ternyata Allah maha Adil.


*andai dugaan yang lebih berat menimpa, persiapkanlah diri anda, sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNYA melebihi batasan sebagai manusia*


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday 11 August 2012

Kata Hati

Bukan mudah untuk mengikut segala kata hati, hanya manusia yang yakin akan pada dirinya akan mempercayai apa yang diinginkan dalam kehidupannya. Aku? sama seperti manusia lain yang inginkan segalanya berjalan lancar namun andai diturut sahaja kata hati maka binasalah diri kan? namun aku hanya manusia biasa yang sering kali membuat kesilapan tanpa niat(niat? kadang2 kot) tapi andai kata hati aku benar patut ke aku ikut? kekeliruan menguasai diri! peace! so aku perlukan seseorang untuk memberi nasihat dan semestinya orang tu mempunyai ilmu agama yang mendalam! tapi siapa??? yang benar2 layak? andai kata hasrat hati aku tak dapat dilaksanakan disebabakan kekeliruan aku, pasti suatu hari nanti perkara yang tak diingini berlaku. wallahu'alam. aku tak minta musibah sekadar berjaga-jaga supaya tiada penyesalan diri. konflik hati memang merumitkan dan memeningkan  kepala, lama2 botak kepala aku !

hati kata mau, otak kata perlu ker?
macam mana ni?
someone help me!

*terseksa wei kalau mcm ni*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday 8 August 2012

pengalaman seram kem!

Assalammualaikum wbt, sebenarnya aku tengah khusyuk baca post kat group matrikulasi 1 malaysia, "pengalaman seram dimatrik" macam2 la cerita aku baca kelakar pon ada kan. tapi sebenarnya hantu ni di kategorikan sebagai pengacau untuk menakutkan manusia, hantu? sebenarnya anggapan orang melayu dan ketaksuban terhadap title 'hantu' ni sejak zaman dahulu lagi,ia sebenarnya tipu daya iblis, syaitan dan jin untuk menyesatkan manusia.

memang tak dinafikan ia menyerupai pelbagai bentuk untuk menakutkan manusia salah satunya aku,nak tau?

CAMPING

camping memang tak boleh dilarikan dengan pengalaman seram, kenapa? disitu la istilah melayu sering digunakan "tempat Jin Bertendang". Masa aku form 3 aku di wajibkan menyertai kem kepimpinan perdana, aku diwajibkan untuk menyertai kem ni sebab nyer nak sematkan sifat kepimpinan dalam diri. aku punyalah excited nak pergi kem kan, al maklumlah ibu selalu cakap aku ni lasak + degil. hari pertama di sana aishhh macam2 la kononnya fasilitator tu cakap, but aku just follow la tak nak berlaku pape kan?
pada malam kedua camping tak silap aku la, Kami diminta untuk melakukan aktiviti "JUNGLE TREKKING" aku memang suka masuk hutan ni kan. the best part is pukul 2 rasanya kami berkumpul. memang mengantuk tahap giler2 la kan?tapi nasib baik aku nampak abg daus*menggedik kejap*.Tak de makne lah wei... aku tengah ngantuk depa ajak survey hutan pulok. aku duk kat mana? 2nd last memang budak belakang aku kesian tapi cool la belakang dia budak lelaki.. :P
sedang asyik bercekarama dalam hutan tu stop bagai la, rehat la kan, kepenatan. elok2 aku pandang satu pokok ni . amik kau! nampak baju putih rambut panjang tengah pandang aku, haha. aku buat ape? buat bodo je la.mengantuk mengatasi ketakutan ku! dan tiba2 budak belakang aku

S: awak2
Aku: apa?
S: nampak tak tu? *sambil tunjuk kekanan*
Aku: emm nampak, dah la buat tak tau
S: takot
Aku: duk diam2*padahal aku tak nampak pon*

dan masa nak gerak tu akku biar je la, suddenly tengah jalan boleh pulak stop ttbe, memang tak la kan tersentak la aku, Budak kat depan sekali tak nak jalan. alasan "benda" tu sebelah die, haishh sabar je la aku. aku tak tau macam mana budak tu ditenangkan.

then kami pon meneruskan perjalanan!
depan aku sara, budak kelas sebelah , ada kat satu tempat tu aku terlepas pegang sara, then die yang pegang torchlight. then die cakap.
sara: haziqah kau tengok darah kat pokok ni
Aku: memang ada , dah la jangan tegor jalan.

sara tu memang la kan boleh pulak dalam hutan die tegor, aku dah ngantok.. dan apabila kami tiba ke khemah aku mandi terus mana taknyer pukul 5 dah weii... memang tak la nak sambung tidur. memang happy kan masuk tidur.

PADA KEESOKKAN HARI DI SEKOLAH

Aku: Sara kau ni selamba jer tegor darah kat pokok.
Sara: bila pulak?
Aku: masa jungle trekking
Sara: eh, mane ade.
Aku: haa? tipu.
Sara: yer, aku nak tunjuk semut kat pokok tu tapi kau jauh.
Aku: masa terlepas pegang bahu kau?
Sara: ye la kot
Aku: okayyyyyyyy! sape cakap dengan aku?
Sara: mane aku tau

*perbualan lebih kurang macam tu la*

kan????? dengan siapa aku cakap tu? misteri tak dapat dirungkai dan bila aku pergi tusyen, cikgu math aku tu sebenarnya ada kawan kat kem tu dan die kata tempat tu keras*hutan biasa la kan*

ahaishhhhh siapa lemah semangat jangan masuk hutan, aku ni bukan jenis berani sangat pon :P

*sabo je aku*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

whatever!

kau menyampah? who cares? ya actually cares , ye la kan kadang2 manusia ni memang ade perasaan tak puas hati walaupon sebesar zarah kan? kenapa? tepuk dada tanya minda, orang membebel dekat blog sendiri pon nak kecoh

'eeii die ni menyampah aku baca blog die, asyik2 nak cerita kisah cinta die la, gado dengan bf die la'

hello pak cik, mak cik, akak, abang, adik2 diluar sana...tak payah la korang nak sibuk sangat, blog die , die punya suka la kan, bukan nak marah korang , dia pon tak mengharap sangat yang korang ni baca blog die, luahan die biarla.. tak nak baca biar je la.dan kalau korang rasa tak suka dia bagi tau la tak payah hipokrit okay,depan2 kunun simpati la kan? belakang haiyaaa kutuk habis apa pon tak boleh.


'Haishh tak habis2 nak bagi nasihat kat orang, diri sendiri pon tak betul lagi' 

haa ni lagi satu jenis manusia yang tak reti bersyukur, kalau korang tak nak terima nasihat dia, its okay but tolonglah jangan nak mengata belakang ke depan ke, dalam al-quran pon dah nyata kan kita perlu saling menasihati kan? so tak kisah la orang tu jenis macam mana, jangan lah sebab kesalahan dia  yang kecil korang nak mempertikaikan semua tu? unfair kan? aku tak marah cuma geram dengan orang yang macam ni!


'belagak famous la tu, padahal muka pon entah pape'

eh2 mai sini nak lempang sikit mulut tu. kenapa? bak kata pepatah melayu kerana mulut badan binasa . jangan lah sebab die tak handsome tak cantik tak comel tak gebu korang nak cakap macam tu? kadang2 korang jer terasa dia famous, dia biasa jer... so janganlah judge macam tu.Allah tu adil setiap hambanya mempunyai kelebihan. kalau korang HOT sangat why not cuba jadi famous. ini tak buat kerja tak nak, nak nama jer, apa daaa


kenapa aku tulis entry ni? tepuk dada tanya minda! jangan tanya selera la wei, semua kau tibai.. 


*yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday 7 August 2012

Pening!

Assalammualaikum, haishh pening kepala dengan busy nak prepare dokumen untuk universiti, nak buat wedding card pak su lagi, oh my! pening dan kusut, dengan ptptn punya dokumen aku tak settle lagi! ceh nak menangis nih!dengan yuran tak pergi bayar lagi, dengan jpa line busy memanjang, well thats y la korang nampak aku online ajer.. alang2 menyeluk perkasam dan free ajer ni lah padahnyer, haishhh nak nangis nh!dengan aku call pihak universiti tak reti berangkat dari last week lagi aku call baru hari ni angkat! dugaan memang dugaan bila dah jawab orang tu suruh call orang ni, orang ni suruh call orang nun! adeh sakit kepala aku, tengah elok2 cakap boleh pulak kredit habis! pergi topup then cakap lagi dengan puan tu agak2 die mesti tension tapi aku lagi tension call tak sampai 2 minit kredit habis lagi! okay memang telan kredit banyak la kan... ni pulak macam2 lagi ni nak buat,, tension!

sabo je la aku!

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday 6 August 2012

Aku hanya manusia biasa

Assalammualaikum wbt, erm entry kali ni semata-mata diari hati aku, kenapa perlu aku post disini, kerana luahan hati aku sekadar mainan pada mereka, kenapa aku hanya manusi biasa yang tiada kelebihan pada mata mereka,
sejujurnya sekiranya aku menulis didalam sebuah buku, tanpa aku sedar air mata akan keluar dengan sendirinya, kenapa? aku hanya manusia biasa, yang sentiasa khilaf dalam melakukan apa sahaja,ya mungkin selama ni orang lain melihat aku seolah2 happy bahagia, tapi aku bukannya jenis membuka aib orang, mungkin ada yang terasa seolah2 aku membuka aibnyer, tapi itu hanya salah faham semata-mata.

Andai diberi pilihan saat roh aku dihidupkan dalam kandungan ibu, aku tak nak lahir ke dunia kerana dunia penuh dengan penipuan, semua kata-kata manusia hanyalah dusta, tapi apakan daya lahirnya aku sebagai manusi biasa didunia  ini yang sering kali di sakiti, kenapa? bukan aku psycho.. langsung tak,, tapi sebagai manusia aku masih ada perasaan, manusi mana yang tak nak hidupnya sentiasa dilimpahi kebahagiaan , dugaan pasti datang walau macam mana pon, tapi aku? seolah2 kebahagiaan aku hanya diberi dalam pelajaran, berkawan? mereka kisah pasal aku ker? aku hanya mampu tersenyum. keluarga ? biarlah aku sendiri yang merasa kebahagiaan dan kepahitan itu, andai di beri pilihan sekali lagi, alangkah indahnya kalau tuhan itu memberi aku balasan syurga dikala nyawa aku ditarik ketika masih bayi. satu kepuasan bagi aku! aku bukan nak menentukan takdir malah bahagia, masih ada yang support aku.. tapi hati mana yang tak terguris acapkali dipersalahan? ya aku akui itu mungkin berpunca dari aku sendiri, aku yang tak reti menjaga mereka di sekeliling tapi AKU HANYA MANUSIA BIASA

*taip benda ni sampai menangis2*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday 5 August 2012

Finally I got "youth club sim"

apa?apa? tajuk entah pape kan? who's care? blog aku kan3? so, selama ni kan aku selalu jer tukar no maxis aku kerana daan kerana kredit aku asyik dipotong, diganggu olrh makhluk Allah yang tak dikenali . ecehhh sebenarnya begini, no maxis aku yg first telah selamat menjadi buangan manusia yang tak sedar diri kerana hp aku hilang.. sobsob... then aku ade spare no lagi , tapi sayang la kan no yang hilang tu youth club punyer plan.. then guna la no biasa, masa tu dah tak de pon youth club, then something happen kan aku terpaksa la patahkan sim semata2, then beli no baru, dan owner sebelom aku tu memang hati nya baik la kan, ape ke benda ntah die buat, tiap2 kali topup hampehh, kredit aku kena telan, dan beli lagi no baru tapi jarang digunakan sebab mesej pon setaraf je aku mesej celcom ke maxis , baik aku pakai celcom kan? but now i got a new simcard, ya its quite expensive but expired date lambat kan.. so berbaloi sangat!

tak de la tukar no lagi, nanti kena marah lagi, malas nak dengar.. haha!




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday 3 August 2012

miss~

Ahaiii apa ke buang tebiat aku pagi2 buta ni,

tadi download lagu ni,




Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

ahaiii teringat wei.. adeh sabar je la aku.. sejak akhir2 ni... :'(

*cepatlah aku study untuk busykan diri*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com