Friday, 15 November 2013

Aku yang dulu Bukanlah yang sekarang

hyee awok-awok yang comel lote tu, sihat ka?
Alhamdulillah kalau sihat ye :)
 kalau tengok tajuk entry kali ni mesti korang teringat lagu ni

"aku yang dulu bukalah yang sekarang
 dulu ditendang sekarang ku disayang
 dulu dulu dulu ku menderita
 sekarang aku bahagia"

haaa actually tu lagu tegar si penyanyi cilik katanya la kannnn
based on my topic agak-agak apa ek?
well well well
disini ingin aku tegaskan, aku ada beberapa cerita yang menarik untuk dikongsikan mengenai seorang jutawan ni.

seolah-olah menarik aku untuk terima pelawaan anis liyana sebagai ajk program silent millionaire entreprenuership ni, and sekali gus semangat berkobar-kobar *acah2*

nak dijadikan cerita aku attend this seminar as AJK urusetia, memandangkan si penceramah datang awal so dia borak sekejap dengan kami dan baru lah tahu dia adalah ex student UUM, dengan perwatakan beliau aku nampak sifat humble pada diri beliau, once aku enter his seminar.

the Amazing one, dia cerita pasal life dia yang dulu hanya bekerja makan gaji, around 2000 every month gaji dia, once dia join investment in gold, his life change, no more every month salary, he quit his job then do a full time investment gold. Dari seorang yang memakai kereta lama beliau mampu memilik BMW 5 Series , gilerr ahhhh aku memang salute orang yang gigih macam dia tu, terbaik.

He asked us, kenapa awak nak kaya?
some people said : FREEDOM!
another one said : i can buy anything!

dan dia menceritakan kenapa perlu kaya, katanya orang kaya banyak pilihan
dia bagi situasi bila anak kita sakit, which one you prefer? public or general hospital?
and obviously people will choose private hospital BECAUSE?
but more expensive right?
so that, we you have money you have many solution, no need to worry about money

another one he said : bila anak kita nak belajar kita tak perlu pinjam PTPTN, tak perlu biasiswa, kita boleh hantar mana2 then of course kita nak anak kita better than us right??
OBVIOUSLY okay

last sekali orang kaya boleh bantu orang ramai,kalau kaya kita nak bantu orang pon tak ada masalah, kalau kita tak de duit tapi nak bantu orang tak boleh jugak, so kita boleh bantu orang dengan mudah.

bak kata Awie Rafael, "kalau aku kaya , hari-hari hari raya"

yeahhhh bila cerita dia hanya biasa2 menjadi luar biasa, it impressed me, how amazing he is.. yesss  i want to be a millionaire,,

semua orang nak kaya, how?
solution banyak sayang2 sekalian...

so memang salute2 habis lah!
okay cukup cukup , actually aku banyak lagi nak cerita pasal tokoh2, alhamdulillah banyak sangat aku jumpa tokoh2 pendorong ni, cuma sampai satu masa aku akan cerita lagi on entry akan datang, daaaaa :)





Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday, 16 October 2013

Menghargai dan dihargai~

Alhamdulillah berakhir sudah program dari exco kami, tahniah kepada geng SDC II yang berusaha keras untuk menjayakan perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini~

disebabkan kekangan masa, aku tak dapat la nak mengadap blog ni seperti dulu kan? busy sikit almaklumlah amanah harus dijalankan, hubungan sosial juga perlu dijaga bukan?

so bila time cuti raya ni tak balik rumah, so nak ambil masa untuk update blog ni, tak terlambat lagi nak ucap salam aidiladha kan?

so orang kata kita perlulah menghargai masa yang ada ni untuk buat perkara yang berfaedah bukan?
cakap punya cakap pasal menghargai dan dihargai ni, pernahkah kalian semua menghargai orang-orang disekeliling korang? Al maklumlah kadang-kadang kita terlepas pandang tu yang jadi salah faham bukan??


kita sebenarnya selalu ambil remeh tentang perkara-perkara macam ni , menghargai? ye menghargai..
kita selalu cakap kita menghargai orang sekeliling kita tapi pernah kah kita fikir bagaimana kita treat mereka?
ini based on pengalaman yang aku alami dan apa yang aku perhatikan. orang malaysia ni susah sangat nak appreciate orang kan? tak minta suruh awak tu bagi hadiah or so whatever, cukup sekadar kata-kata pon dah cukup. for example la kan~

salah ke seorang suami menghargai isterinya dengan memberikan kata-kata pujian seperti 'terima kasih kerana menjaga keperluan seharian saya' .ini tak apa yang kebanyakan orang buat, 'awak masak apa hari ni? saya lapar' then tak de la pulak nak puji isteri tu masak kan.. 
si isteri pulak salah ke nak cakap kat suami' terima kasih kerana menjadi pelindung keluarga'. See kita sendiri boleh nilai *untuk orang yang dah kahwin jela*

as a frenz pulak, salah ke nak cakap 'terima kasih menjadi sahabat saya' terima kasih terima kasih dan hanya terima kasih sahaja yang kita perlu ucapkan bukan? tak salah kita hargai orang macam tu then kalau rasa nak bagi something kat someone sebagai penghargaan tak salah langsung, tak perlu rasa segan, dan satu benda minta maaf andai kita terkasar bahasa pada mereka~

dengan kita menghargai mereka kita juga akan dihargai jugak, sebab kita selalu dengar what goes around comes around bukan? tapi kalau kita ni selalu sangat dihargai janganlah pulak naik lemak! jangan lah nak bangga diri sombong bongkak bagai! salah konsep tu awak awak sekalian, satu jer ingat balik apa yang kita dah sumbangkan dan apa yang kita terima adakah setimpal? jangan nak duk canang-canang orang tu hargai kita tapi orang tu tak hargai orang lain pulak, ingat tu !

secara rawaknya, jangan ambil remeh isu menghargai dan dihargai ini, sikap kita ni lah yang akan mencerminkan diri kita, belajar untuk lebih ke arah positif thinking ya sahabat sekalian :)






Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 20 September 2013

Cinta Hakiki Eps 8




Seminggu kemudian~~
Azan subuh berkumandang membangkitkan seluruh warga kampung untuk menunaikan solat fardhu yang wajib~

Nazri : Nad, bangun solat subuh *sambil menggerakkan kaki nadhirah*

Nad  : Cuti!!

Nazri : bangunlah, tak elok tidur lepas subuh, kan elok bangun pagi-pagi *sambil tersenyum melihat nad*

Nad : ish kalau aku cakap tak nak, tak nak lah! takkan tak faham bahasa lagi kot!! haa lagi satu kau jangan harap aku ni nak jadi isteri mithali macam ummi aku tu, ikut je cakap suami! sarapan kau pergi beli luar je!!

Nazri : Nad, sebagai seorang isteri nad patut akur dengan suruhan suami yang membawa ke arah kebaikan dan Nad perlu mengingkari arahan suami sekiranya ia membawa ke arah kemaksiatan *sambil tersenyum , cuba untuk menenangkan isterinya, dia akur perkahwinan ini tanpa kerelaan nadhirah*

Nad  :Dosa pahala pon kubur lain-lain! so kau tak payah nak ajar aku! aku tak de hati langsung dengan kau tau!  aku tak kira cukup sebulan aku nak tuntut cerai!

Nazri : Astaghfirullahala'zim... nad sedar tak apa yang nad cakap ni? bukankah perceraian adalah perkara yang dibenci Allah! banyakkan istighfar nad,janganlah kita keruhkan keadaan lagi , cubalah menerima takdir yang Allah tentukan ni Nad, terima saya dengan ikhlas sebagai suami Nad. 

Nad : sampai mati pon aku tak harap kau jadi suami aku !

Nazri berlalu meninggalkan Nadhirah untuk mengambil wudhu, tanpa sedar air mata berlinangan dipipi nazri, lantas dia mengesat air mata tersebut, dia sedar dia harus lebih kuat menahan dugaan yang Allah berikan ini, berat sungguh baginya untuk mendidik seorang perempuan yang kini bergelar isterinya, namun dia ikhlaskan hati kerana Allah ~


********************************


pada sebelah petang, Nad keluar ke pekan tanpa meminta keizinan suaminya~

Nazri : Nad... Nad...

Nazri memanggil Nad tapi tiada sahutan yang diterima, nazri tersenyum hampa~

Di pekan~~
Nad mengomel seorang diri 

Nad : Arghh tensionnya, tak pasal2 jadi bini ustaz tu, dah laaa ni tak boleh tu tak boleh! boleh mati aku macam ni ikut rules die tu!

Semasa menyeberang....
Nad dilanggar kereta~

Kebetulan pada masa kejadian ada jiran di kampungnya menyaksikan kejadian tersebut segera bantu Nad 

tuk tuk,,, pintu rumah nazri diketuk

Iqbal : Assalammualaikum wbt, nazri oh nazri

Nazri : Waalaikumussalam, sekejap ye*lalu membuka pintu*

Iqbal: Nazri... isteri kau.. *sambil tercungap-cungap

Nazri : Kenapa dengan Nadhirah?

Iqbal: Nadhirah kemalangan di pekan tadi , sekarang dia dalam wad kecemasan.

Nazri : Astaghfirullahalazim~Ya Allah selamatkanlah Nad

Iqbal: Jom kita ke Hospital cepat

Nazri : Iyelah*tanpa sedar air mata nazri mengalir

Setibanya di hospital

Nazri : macam mana keadaan isteri saya doktor?

Doktor: Marilah kebilik saya, ada beberapa perkara yang saya nak bincangkan dengan encik berkenaan isteri encik.

Nazri : Baiklah

setibanya dibilik doktor 

Doktor: Jemput duduk encik Nazri

Nazri : Terima kasih doktor, bagaimana keadaan Nadhirah?

Doktor : Sebelum tu saya nak minta maaf sebab kami tidak dapat menyelamatkan kandungan Puan Nadhirah.Diharap encik Nazri bersabar

Nazri : Kandungan? nadhirah mengandung? Astaghfirullahalazim*sambil mengusap dada kerana terkejut*

Doktor: kandungan Puan Nadhirah sudah 2 bulan 2 minggu, malah sekarang beliau sedang koma. kemungkinan besar Isteri encik juga akan lumpuh sementara.

Nazri : Astaghfirullahalazim, sungguh berat dugaan kau pada hambamu ini .Kalau tak ada apa apa lagi saya boleh melawat Nadhirah ye doktor?

Doktor: boleh, silakan encik Nazri

Nazri masih terkejut kerana mendengar berita yang Nadhirah mengandung kerana penikahannya baru sahaja berlangsung, namun dia redha mungkin ini dugaan yang dia terima untuk mendidik hamba Allah yang benar-benar telah hanyut 

Di wad kecemasan

Nazri: *sambil mengusap dahi Nad* Ya Allah, jadikanlah isteriku ini mentaati perintahMU ya Allah, sesungguhnya amanah Mu pada ku ini sangatlah berat. Aku redha, sembuhkanlah dia agar dia bisa bertaubat kepadaMU ya Allah..*tanpa disedari air mata mengalir lagi*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday, 22 June 2013

BAKSIS 'Jelajah Mahsuri' LANGKAWI

Hye there, long time no see, hehe~~

walaupun cerita ni dah agak basi *mungkinlah* tapi aku tak kira nak update jugak sweet moment dekat sini!
Aku tak ingat tarikh program ni, tapi this is for the first time aku join baksis dekat UUM, BAKSIS stand for bakti khidmat siswa means program kemasyarakatan, yela kann apa guna jadi mahasiswi kalau khidmat masyrakat pon tak nak join kan? sebelum ni bukan tak nak tapi asyik FULL jer, geram den dibuatnya, bila dapat peluang ni , itupon sebab atas kelab aku so peluang memang besar sebab fully sponssored, kena bayar around RM15 jer untuk transport , murah gilerrr,, soo nak cerita flow program banyak sangat, so letak gambar pon dah cukup sangat kan??

HARI PERTAMA

Tu diaaa kami kat jeti kuala perlis, belakang tu Anim dengan Piqah, Aku sebelah Anim, disebabkan aku ni pendek so tak nampak dilindungi oleh Amzar *sakai*


Haa hok ni kami dah sampai kat jeti Langkawi, weeeeeeeeeee ~~ aku di lindungi sekali lagi kerana kependekan diriku ini *sobssobs*
kan aku dah cakap aku paling pendek, nampak tak ? nampak ke tak? *kuang ajaq pasaipa ampa tinggi sangat?*
yea yea dah sampai kampung! hikhik *mantan2 srm*
Dinner Yummmmyyyyy hikhikhikhik *ketam fresh giler*


On the first day, sesi berkenalan dengan keluarga angkat lagi pon kami sampai pon dah tengahari ,settle2 semua balik rumah family angkat then beramah mesra *yeahhhh

HARI KEDUA
Seronok ye abang-abang ni main parang, *penat cantas semak lettew*

We're sister, shima syidah, syiqin , aku plak? emm syiqah? mcm pelik je bunyi *Nice*
Kak Mai wakil JBS

Acara tiup tepung, *sukanekan weiii* habih muka aku, aku yang mana? ce teka~~

Abg sorang ni nak mengelak dari kena campak dalam pantai, akhirnyaaaa

hehe, para peserta~

Tarik Upih, tarik jangan tak tarik

adik kau pose dengan upih, kelass kauu

abang hok tengah tu, tak tau nama dia, tapi dia sangat lahhhhh pemanis, hikhik *tersenyum je bile terserempak dengan sesiapa*

Sambil sambil berkelah dengan family angkat

khusyukkkk naaaaaa, lagi-lagi aku, hahahahahaha

Kak nisa, shima dan amzarrr

Cik Sue, pegawai JBS bersama hot stuff, hikhik Ayeen, DAus, Amzar dan Sabe

Abang syazwan aka Abg black semangat ouhhhh
pada sebelah malam pulak, ada malam kebudayaan
ni ayah angkat aku, syok jer tengok die main violin 
Adik-adik pulau Tuba yang semangat buat persembahan, *tebal make up tu dik, santekk*

memang aktiviti hari ni pack, tapi sangatttt besttttt

HARI KETIGA

 nak balik dahhh, *sobssobs*
island hopping

sedih muka tu bang, berat hati nak tinggalkan family yerr

rindu sotong segar ni, even teruk satu badan gatal2



dalam bot, tata ~~ *nampak tangan aku jer* hikhik malaihh nak gerak sebab takut, haha

Kenangan dengan mereka, they are awesome ~~ dulu masing2 malu malu sekarang? 


Okay masa last day, aku borong coklat banyak giler, dengan mangkuk untuk ibu, kain batik untuk ibu, keychain untuk cousin and adik-adik :)

Rindu nak makan ketammmmm!!!!











Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday, 9 May 2013

Rakan Muda Jiran Muda Self-Development Camp


hye guysss, tepi sikit tepi sikit pengarah muda nak lalu, hehe~
Jangan marah yer bajet sikit sikit jer dalam blog kite jugak kan ? :)

So kekusutan aku akhrinya telah berakhir, Alhandulillah aku berjaya menggalas jawatan sebagai pengarah program, okay tugas yang amat berat terutama sekali dalam membuat keputusan, so aku lebih banyak berdiam dari memberi jawapan kerana? Aku perlukan masa, tapi alhamdulillah mereka hormat aku, so nak tengok sepanjang perjalanan program?
Kita biarkan gambar-gambar ni la ek bercakap :)
Ini adalah first time aku run program yang agak besar melibatkan kekuatan mental dan fizikal :)

selamat datang adik-adik

haa tu diaaa emcee kita duk ketaq sangat katanya, takot

barisan fasilitator kecuali yang baju hitam dia bendahari saya  :)
Bincang dik bincang

abang helmi kita dengan group dia

ni lah banner nukilan king fahmi :D cayalahh brooo

Jaga elok2 dik barang amanah tu, eh adik makan ek biskut tu?

makan dik makan sampai kenyang hehe


Calon suami ni, hikhik Abang syuk dgn abg aliff guide adik2 baca yassin yer

Tu dia abang Sabe duk tunjuk siapa tu, hehe

Cikgu fokus bagi markah yer, hehe saya nak cikgu baju putih boleh? :P

Tu diaaaaa barisab fasilitator dan pengarah ! Yeahhhh!!

Wahhh Along cantik posing kan, seronok kenakan budak2? hehe

Jap dik kak anim nak ikat ni, hehe


Langkah dik langkah ada longkang tu, hikhik

Sekarang kalian berada dekat dengan hutan sintok, hikhik

okay Syuk kau macam nak tahiyat Akhir jer, hikhikhik
Okay gambar syok sendiri pengarah dengan abe-abe Fasi, Ayeen dan Hazwan

Tamat sudah program!!!!!! sedih pengarah tak de pon :'(






Okay kalau nak diikutkan banyak sangat gambar ni haaa, nak tengok semua ? boleh dalam facebook berlambak, hehe.. so malam muhasabah diri tu gambar depa tak dak pada saya so akan di update semula kemudian, By the way, lega sangat program berjaya , jom saya mention sorang-sorang fasilitator dan AJK!!

Ahli Jawatankuasa program :
Pemantau : Kak Iera/ Kak Ikin/ Kak Faraha
Pengarah  : Haziqah aka cik sombong
Timb.Pengarah: Sha
Setiausaha : Anim
Bendahari : Daus Shukor

Fasilitator: 
Shabirin(KF)
Aliff (ustaz)
Azhreen (menceriakan suasana)
Hazwan (muka garang tapi sempoi)
Along (Senyum sokmo)
Helmi (Komitmen tinggi)
Syukri (Gila-gila)
Amina (ustazah)
Anis (Akak cute)

AJK:
Siti
Ziha
Umi
Ana 
Aatiqah
Paien
King Pami
Efizul
Rawaida



SOOOOOOOOOOOOO
WAITING FOR THE NEXT SECTION :D







Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 26 April 2013

Congratez Ms Director!

Hye there, hari ni nak post tentang seorang rakan aku yang berjaya memegang title Ms.Director! first of all nak minta maaf sangat-sangat sebab aku tolak ajakan kau untuk jadi ajk kau atas sebab-sebab tertentu.

So program member aku ni bertemakan fantasy night! and it is awesome actually, so for those who are not attend sorry to say la rugi okayy.. so pada permulaan dia memang nervous but it is a learning process my dearest friend! hopefully you could be strong to be a director again :) 

pesanan untuk sahabat saya:
  • tanggungjawab itu berat namun beratnya sebuah tanggungjawab itu bergantung pada kita yang melaksanakannya
  • Jangan pernah menyesali apa yang telah berlaku tapi jadikan sebagai panduan untuk terus gagah maju kehadapan
  • Adat di dalam sebuah majlis pasti ada masalah yang akan menimpa jadikan masalah itu pemangkin semangat anda 
  • Usaha itu disusuli dengan doa, jadi mulakan segala-galanya dengan doa in shaa Allah pasti berjaya
  • Bangga lah dengan keupayaan diri kamu yang mampu menguruskan satu tanggungjawab yang telah kamu galas, kerana bukan semua orang sekuat diri kamu
  • Hargailah usaha yang telah kamu lakukan agar sentiasa menjadi titik semangat untuk kamu terus berusaha dengan lebih banyak

Busking is the best!!!!!! Tahniah Ms.Director!!! cc: Fatin Aznim Al Johari

that girl yang pakai baju batu2 tu warna dark blue adalah ms.Director kite dan yang pakai dress putih adalah pemenang bagi modelling?


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com