Saturday, 23 March 2013

Cinta Hakiki Eps 7





Tok Madi hanya mendiamkan diri sahaja, dia lebih mengenali cucunya berbanding orang lain, benarlah kata pepatah mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ?

Tok Ketua : Tok Madi, macam mana ni? dah menghubungi ibu bapa si Nad?

Tok Madi : Sudah, saya lebih mengenali cucu saya, berikan masa untuk saya berfikir jalan penyelesaiannya.

Tok Ketua Tapi hal ni perlu diselesaikan malam ini juga, mulut orang kita mana boleh kita tutup, lagipun kami mempunyai saksi yang cukup.

Tok Madi : Nikahkan mereka, tapi tunggulah sehingga kedua orang tua Nadhirah sampai. saya akan menghubungi mereka untuk memberitahu perkhabaran ini.

Tok Ketua : Baiklah~

Tiba-tiba Nadhirah muncul~

Nad : Saya tak setuju, saya ada hak untuk pilih pasangan hidup saya, lagipun kami bukan buat pape, KOLOT!

Tok Madi : apa yang kamu cakap ni Nad, saksi cukup dan atok tak mampu untuk menghalang untuk jaga nama baik keluarga kita. Kasihankanlah Walid dan Ummi mu cu..

Nad : Kat KL perempuan lelaki bergaul sesuka hati tak de pon orang nak pandang pelik, kat sini ???? baru bincang berdua dah macam-macam fitnah ditabur kalau macam tu baik berdua betul-betul! baru puas hati semua pihak kan!!!!!!!!!!

Pangggggggggggggggggggggggg! semua pihak tergagam~

Nad : Walid!!!? sakitlah!

Walid : Walid ingat bila walid hantar kamu duduk dengan atok semakin eloklah perangai tu, tapi semakin kurang ajar!Walid tak kira kamu setuju atau tidak, kamu tetap akan bernikah dengan Nazri! Muktamad!!!Malam ini juga.



 Nazri cuba menenangkan Walid, dan Ummi mendapatkan Nad yang menangis teresak-esak~


Nazri : Walid tenangkan hati dahulu, segala permasalahan ini takkan terungkai selagi amarah menguasai diri, biarkan Nad menenangkan dirinya terlebih dahulu.

Walid : Maafkan walid Nazri sekiranya permintaan Walid membebankan kamu, sudikah kamu menikahi dan membimbing puteri Walid yang serba kekurangan tentang maharnya Walid hanya minta Senaskah Al-Quran sahaja.

Nazri : Mungkin Jodoh saya telah ditetapkan dengan Nur Nadhirah, saya terima jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini.

Walid memeluk erat tubuh Nazri ~

                                                           * * * * * * * * *

Walid: Aku nikahkan dikau Muhammad Nazri Bin Muhammad Ishak dengan anakku Nur Nadhirah Binti Muhammad Saufi dengan Mas Kahwin Senaskah Al-Quran dan sepersalinan telekung.

Nazri : Aku terima nikahnya Nur Nadhirah Binti Muhammad Saufi dengan Mas Kahwin senaskah Al-Quran dan sepersalinan telekung.

Walid : Sah?

Saksi : Sah...

Walid, Ummi, Tok Madi, Nazri : Alhamdulillah~~


Kini Nad sah bergelar isteri kepada Nazri, namun Nad mempunyai perancangannya sendiri untuk melepaskan ikatan pernikahannya dengan Nazri~



Walid : walid amanahkan kamu Nur Nadhirah, bimbinglah dia ke jalan yang diredhai, walid dan ummi tak mampu untuk membimbingnya lagi, walid yakin kamu lah yang akan mengubah kehidupannya.

Nazri : InshaAllah Walid, saya hanya berusaha, segalanya ketentuan Allah.


Nazri hanya mampu berharap agar perkahwinan yang tidak dirancang ini mampu mengubah kesedihan dalam kehidupannya~








Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday, 11 March 2013

Fuhhhh Busy!

fuh fuh fuhhhhhhhhhhhhhhhh ' uhuk uhuk uhuk' Achemmmmmmmm!
berhabuk, ni sapa punya kerja tak reti reti nak bersihkan?? Dah tau buka tempat tak reti-reti nak kemas, esok lusa tutup baru tau!

hihi, long time no see ya :)
Busy la sayang sayang sekalian, kitak nampak kamik online bukan kamik mengadap :)
kamik drop by sebentar nak tengok tengok hilangkan tension, *sempat tau nak stalk lagi*

Memandai kan blog ni semakin berhabuk, ayuh ayuh cleaner cleaner mari kita bersihkan kasi kilat! 
Sampai resdung dibuatnya, so memandangkan dah tak update blog sekerap dulu, nak cerita sikit la apa yang busy sangat tu kan?

1) Assignment Individu yang sangat banyak i think , kenapa? sebab baru submit keep on dapat yang baru kadang-kadang belum submit dah dapat dah!

2) Grouping assignment seriously banyak gila, tak tau nak start yang mana, due date HAMPIR_HAMPIR je semua.

3) Quiz yang lecturer suka buat on the spot nak tak nak kena selalu prepare.

4) OH project ku yang memerlukan bajet yang sangat besar, sobs sobs pray for me please :'( *ANYONE YANG NAK BAGI SPONSOR BOLEH LAH CONTACT SAYA THROUGH FB*

5) Nak jumpa orang tu nak jumpa orang ni.

6) Busy siapkan tutorial kononnya nak lawan BEST STUDENT , si AKRAM! *eh kita tak salah bersaing ke jalan Allah kan?seriouslyy dia sangat pandai *

7) Struggle cari scholarship untuk support study ni, takkan nak harap duit ibu ayah , ptptn? mmg aku nk stopkan kalau ada yang sanggup bagi scholarship :)

guysss, hidup tak mudah. kita takkan selamanya bersenang lenang :) dan jangan sesekali membezakan darjat antara kita. for example kita cakap student dekat uni ni sekadar belajar jer tak perlu fikir apa kan? so think it deeply, kenapa kami masuk uni?

another example budak uni tak perlu nak cakap orang kat luar tu senang bekerja tak macam kita, sama er mereka macam kita usaha ke jalan Allah :)

so semester yang sangat memBUSYkan dah start, so CINTA HAKIKI will be updated soon :) wait ya :)

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com