Friday, 26 April 2013

Congratez Ms Director!

Hye there, hari ni nak post tentang seorang rakan aku yang berjaya memegang title Ms.Director! first of all nak minta maaf sangat-sangat sebab aku tolak ajakan kau untuk jadi ajk kau atas sebab-sebab tertentu.

So program member aku ni bertemakan fantasy night! and it is awesome actually, so for those who are not attend sorry to say la rugi okayy.. so pada permulaan dia memang nervous but it is a learning process my dearest friend! hopefully you could be strong to be a director again :) 

pesanan untuk sahabat saya:
  • tanggungjawab itu berat namun beratnya sebuah tanggungjawab itu bergantung pada kita yang melaksanakannya
  • Jangan pernah menyesali apa yang telah berlaku tapi jadikan sebagai panduan untuk terus gagah maju kehadapan
  • Adat di dalam sebuah majlis pasti ada masalah yang akan menimpa jadikan masalah itu pemangkin semangat anda 
  • Usaha itu disusuli dengan doa, jadi mulakan segala-galanya dengan doa in shaa Allah pasti berjaya
  • Bangga lah dengan keupayaan diri kamu yang mampu menguruskan satu tanggungjawab yang telah kamu galas, kerana bukan semua orang sekuat diri kamu
  • Hargailah usaha yang telah kamu lakukan agar sentiasa menjadi titik semangat untuk kamu terus berusaha dengan lebih banyak

Busking is the best!!!!!! Tahniah Ms.Director!!! cc: Fatin Aznim Al Johari

that girl yang pakai baju batu2 tu warna dark blue adalah ms.Director kite dan yang pakai dress putih adalah pemenang bagi modelling?


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday, 10 April 2013

Lesson From Awan Dania The Movie

Hye guys and guys even cerita ni dah lama HADO aku KESAH? haha
okay mungkin bagi sesetengah pihak cerita macam entah pape kan?
 same goes to me la, Aku tak pernah suka dan terfikir nak tengok Awan Dania ni, tapi aku ni haa takdo koje jer cari je la pape cerita yang boleh tengok. Even cerita tak ada apa sangat yang menarik minat aku tapi at the end of this movie, aku dapat pengajaran yang sangat-sangat bermakna that's it:


  1. Jangan pernah terhegeh-hegeh untuk mendapatkan cinta seseorang.Biarkan ia datang sendiri. (
  2. Hati kena mau ikhlas ma, baru orang sayang kita takkan terluka.
  3. Memutuskan hubungan persaudaraan sesama islam demi orang lain adalah sangat tidak wajar dan nonsense.
  4. Bila ada orang yang selalu bantu kita dan sentiasa ada dengan kita dalam kesusahan, hargailah dia juga dalam waktu senang kerana dia benar-benar ambil berat tentang kita.
  5. Jangan pernah cuba nak mendajalkan dan menghancurkan hubungan sesama islam
  6. Jangan mudah percaya apa yang orang katakan, selidik dahulu perkara sebenar.
  7. Didalam adat pertandingan perlulah sentiasa adil dan saksama, tak perlu menggunakan cara kotor untuk memastikan kita yang bergelar juara.
  8. Jangan pernah ubah prinsip hidup demi orang lain.
  9. Berpura-pura untuk berkelakuan baik dihadapan orang lain namun hakikatnya munafik adalah sangat dibenci Allah.
  10. Perlulah saling beralah untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita agar hubungan yang renggang dapat dipulihkan semula.

That's all, kalau korang rasa cerita ni bosan sebenarnya tak la sangat, just why not cerita-cerita melayu sekarang ni trend al-Hijrah, wajib bertudung dan ikut syariat islam, Awesome gitu :)



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday, 23 March 2013

Cinta Hakiki Eps 7





Tok Madi hanya mendiamkan diri sahaja, dia lebih mengenali cucunya berbanding orang lain, benarlah kata pepatah mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ?

Tok Ketua : Tok Madi, macam mana ni? dah menghubungi ibu bapa si Nad?

Tok Madi : Sudah, saya lebih mengenali cucu saya, berikan masa untuk saya berfikir jalan penyelesaiannya.

Tok Ketua Tapi hal ni perlu diselesaikan malam ini juga, mulut orang kita mana boleh kita tutup, lagipun kami mempunyai saksi yang cukup.

Tok Madi : Nikahkan mereka, tapi tunggulah sehingga kedua orang tua Nadhirah sampai. saya akan menghubungi mereka untuk memberitahu perkhabaran ini.

Tok Ketua : Baiklah~

Tiba-tiba Nadhirah muncul~

Nad : Saya tak setuju, saya ada hak untuk pilih pasangan hidup saya, lagipun kami bukan buat pape, KOLOT!

Tok Madi : apa yang kamu cakap ni Nad, saksi cukup dan atok tak mampu untuk menghalang untuk jaga nama baik keluarga kita. Kasihankanlah Walid dan Ummi mu cu..

Nad : Kat KL perempuan lelaki bergaul sesuka hati tak de pon orang nak pandang pelik, kat sini ???? baru bincang berdua dah macam-macam fitnah ditabur kalau macam tu baik berdua betul-betul! baru puas hati semua pihak kan!!!!!!!!!!

Pangggggggggggggggggggggggg! semua pihak tergagam~

Nad : Walid!!!? sakitlah!

Walid : Walid ingat bila walid hantar kamu duduk dengan atok semakin eloklah perangai tu, tapi semakin kurang ajar!Walid tak kira kamu setuju atau tidak, kamu tetap akan bernikah dengan Nazri! Muktamad!!!Malam ini juga.



 Nazri cuba menenangkan Walid, dan Ummi mendapatkan Nad yang menangis teresak-esak~


Nazri : Walid tenangkan hati dahulu, segala permasalahan ini takkan terungkai selagi amarah menguasai diri, biarkan Nad menenangkan dirinya terlebih dahulu.

Walid : Maafkan walid Nazri sekiranya permintaan Walid membebankan kamu, sudikah kamu menikahi dan membimbing puteri Walid yang serba kekurangan tentang maharnya Walid hanya minta Senaskah Al-Quran sahaja.

Nazri : Mungkin Jodoh saya telah ditetapkan dengan Nur Nadhirah, saya terima jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini.

Walid memeluk erat tubuh Nazri ~

                                                           * * * * * * * * *

Walid: Aku nikahkan dikau Muhammad Nazri Bin Muhammad Ishak dengan anakku Nur Nadhirah Binti Muhammad Saufi dengan Mas Kahwin Senaskah Al-Quran dan sepersalinan telekung.

Nazri : Aku terima nikahnya Nur Nadhirah Binti Muhammad Saufi dengan Mas Kahwin senaskah Al-Quran dan sepersalinan telekung.

Walid : Sah?

Saksi : Sah...

Walid, Ummi, Tok Madi, Nazri : Alhamdulillah~~


Kini Nad sah bergelar isteri kepada Nazri, namun Nad mempunyai perancangannya sendiri untuk melepaskan ikatan pernikahannya dengan Nazri~



Walid : walid amanahkan kamu Nur Nadhirah, bimbinglah dia ke jalan yang diredhai, walid dan ummi tak mampu untuk membimbingnya lagi, walid yakin kamu lah yang akan mengubah kehidupannya.

Nazri : InshaAllah Walid, saya hanya berusaha, segalanya ketentuan Allah.


Nazri hanya mampu berharap agar perkahwinan yang tidak dirancang ini mampu mengubah kesedihan dalam kehidupannya~








Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com