Friday, 20 September 2013

Cinta Hakiki Eps 8




Seminggu kemudian~~
Azan subuh berkumandang membangkitkan seluruh warga kampung untuk menunaikan solat fardhu yang wajib~

Nazri : Nad, bangun solat subuh *sambil menggerakkan kaki nadhirah*

Nad  : Cuti!!

Nazri : bangunlah, tak elok tidur lepas subuh, kan elok bangun pagi-pagi *sambil tersenyum melihat nad*

Nad : ish kalau aku cakap tak nak, tak nak lah! takkan tak faham bahasa lagi kot!! haa lagi satu kau jangan harap aku ni nak jadi isteri mithali macam ummi aku tu, ikut je cakap suami! sarapan kau pergi beli luar je!!

Nazri : Nad, sebagai seorang isteri nad patut akur dengan suruhan suami yang membawa ke arah kebaikan dan Nad perlu mengingkari arahan suami sekiranya ia membawa ke arah kemaksiatan *sambil tersenyum , cuba untuk menenangkan isterinya, dia akur perkahwinan ini tanpa kerelaan nadhirah*

Nad  :Dosa pahala pon kubur lain-lain! so kau tak payah nak ajar aku! aku tak de hati langsung dengan kau tau!  aku tak kira cukup sebulan aku nak tuntut cerai!

Nazri : Astaghfirullahala'zim... nad sedar tak apa yang nad cakap ni? bukankah perceraian adalah perkara yang dibenci Allah! banyakkan istighfar nad,janganlah kita keruhkan keadaan lagi , cubalah menerima takdir yang Allah tentukan ni Nad, terima saya dengan ikhlas sebagai suami Nad. 

Nad : sampai mati pon aku tak harap kau jadi suami aku !

Nazri berlalu meninggalkan Nadhirah untuk mengambil wudhu, tanpa sedar air mata berlinangan dipipi nazri, lantas dia mengesat air mata tersebut, dia sedar dia harus lebih kuat menahan dugaan yang Allah berikan ini, berat sungguh baginya untuk mendidik seorang perempuan yang kini bergelar isterinya, namun dia ikhlaskan hati kerana Allah ~


********************************


pada sebelah petang, Nad keluar ke pekan tanpa meminta keizinan suaminya~

Nazri : Nad... Nad...

Nazri memanggil Nad tapi tiada sahutan yang diterima, nazri tersenyum hampa~

Di pekan~~
Nad mengomel seorang diri 

Nad : Arghh tensionnya, tak pasal2 jadi bini ustaz tu, dah laaa ni tak boleh tu tak boleh! boleh mati aku macam ni ikut rules die tu!

Semasa menyeberang....
Nad dilanggar kereta~

Kebetulan pada masa kejadian ada jiran di kampungnya menyaksikan kejadian tersebut segera bantu Nad 

tuk tuk,,, pintu rumah nazri diketuk

Iqbal : Assalammualaikum wbt, nazri oh nazri

Nazri : Waalaikumussalam, sekejap ye*lalu membuka pintu*

Iqbal: Nazri... isteri kau.. *sambil tercungap-cungap

Nazri : Kenapa dengan Nadhirah?

Iqbal: Nadhirah kemalangan di pekan tadi , sekarang dia dalam wad kecemasan.

Nazri : Astaghfirullahalazim~Ya Allah selamatkanlah Nad

Iqbal: Jom kita ke Hospital cepat

Nazri : Iyelah*tanpa sedar air mata nazri mengalir

Setibanya di hospital

Nazri : macam mana keadaan isteri saya doktor?

Doktor: Marilah kebilik saya, ada beberapa perkara yang saya nak bincangkan dengan encik berkenaan isteri encik.

Nazri : Baiklah

setibanya dibilik doktor 

Doktor: Jemput duduk encik Nazri

Nazri : Terima kasih doktor, bagaimana keadaan Nadhirah?

Doktor : Sebelum tu saya nak minta maaf sebab kami tidak dapat menyelamatkan kandungan Puan Nadhirah.Diharap encik Nazri bersabar

Nazri : Kandungan? nadhirah mengandung? Astaghfirullahalazim*sambil mengusap dada kerana terkejut*

Doktor: kandungan Puan Nadhirah sudah 2 bulan 2 minggu, malah sekarang beliau sedang koma. kemungkinan besar Isteri encik juga akan lumpuh sementara.

Nazri : Astaghfirullahalazim, sungguh berat dugaan kau pada hambamu ini .Kalau tak ada apa apa lagi saya boleh melawat Nadhirah ye doktor?

Doktor: boleh, silakan encik Nazri

Nazri masih terkejut kerana mendengar berita yang Nadhirah mengandung kerana penikahannya baru sahaja berlangsung, namun dia redha mungkin ini dugaan yang dia terima untuk mendidik hamba Allah yang benar-benar telah hanyut 

Di wad kecemasan

Nazri: *sambil mengusap dahi Nad* Ya Allah, jadikanlah isteriku ini mentaati perintahMU ya Allah, sesungguhnya amanah Mu pada ku ini sangatlah berat. Aku redha, sembuhkanlah dia agar dia bisa bertaubat kepadaMU ya Allah..*tanpa disedari air mata mengalir lagi*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

1 comment:

Unknown said...

nice entry.. keep it up !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com