Friday, 16 November 2012

Dimana belas Ehsan mereka??

Disaat kita sedang lena dibuai mimpi,
Bergembira menikmati juadah bersama keluarga,
Tersenyum riang menjalani kehidupan seharian tanpa masalah,
Hati tenang mendengar gelak tawa mereka tersayang

TAPI !!!!!!!!!!!!!!

masih ada insan yang berjuang untuk mendapatkan makanan,
masih ada insan yang bermati-matian menyelamatkan keluarga tercinta,
masih ada insan yang berjaga demi keamanan negara,
dan ,masih ada insan yang menjalani kehidupan dengan tangisan..



Tragedi Gaza diserang bermula lagi! ramai manusia yang tidak berdosa menjadi korban! ramai anak-anak kecil yang baru melihat dunia menjadi mangsa! dimana belas ehsan mereka? dimana sifat perikemanusiaan mereka? mengapa dimusnahkan umat islam yang mulia? mengapa? adakah penghapusan umat islam sebagai tanda kemenangan pada mereka?Adakah itu kepuasan bagi mereka? Tidakkah mereka terfikir setiap nyawa yang mereka korbankan bakal menjadi khalifah yang akan memimpin umat manusia? dimana letaknya akal mereka yang waras?

persoalan ini tidak dapat dirungkai oleh mereka sendiri seandainya tidak cuba meloloskan diri dari belenggu kejahatan.

Inilah hakikat sebuah kehidupan manusia yang sangat kejam! membunuh sesuka hati tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain, namun Allah itu maha Adil , setiap perbuatan mereka pasti akan dibalas, Bahkan mereka juga telah melihat keajaiban itu tapi dimanakah hati nurani mereka? dimanakah kesederan mereka?? inilah hidup kalai bertuankan syaitan, kejahatan dianggap sebagai kekuasaan! Malahan mereka sendiri tidak pernah terfikir seandainya mereka adalah penduduk Gaza yang dibunuh! Laknatlah ke atas Israel!


Maka dengan kekuasaan Allah akan terjadilah perkara yang diluar jangkaan,

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

✔ Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada

 Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

✔ Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

✔ Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

✔ Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

✔ Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

✔ Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.



Sesungguhnya Allah membantu hambanya yang taat kepadanya didalam kesusahan!

*marilah kita berdoa sebagai usaha menyelamatkan bumi palestine*




Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com