Monday, 31 December 2012

Maaf Saya Kecewa :)

Pengakhiran tahun 2012 menyingkap sebuah kebenaran, mungkin itulah realiti kehidupan yang patut aku tempuh. mmg benar bukan mudah untuk menerima sebuah hakikat kerana ia sememangnya menyakitkan.kadang-kadang hakikat yang menyakitkan itulah yang membuat kita kuat. Secara jujur dari hati aku memang seorang yang suka berahsia dalam segala hal peribadi, belum cukup kuat untuk meluahkan segala hasrat hati kerana belum mudah untuk melupakan, andai itu pilihan yang dibuat maka aku redha dan pasrah. Menyerah untuk tidak mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka, biarkan ia merupakan satu pengajaran supaya tidak mudah untuk menyerah tetapi jadikan ia sebagai kekuatan untuk liku-liku kehidupan pada masa akan datang, dan maaf pada rakan-rakan belum sampai masanya kalian mengetahui hakikat itu, biarkan kekuatan dikumpulkan terlebih dahulu kerana aku tak mahu air mata mengalir didepan mereka, maaf memang aku kecewa teramat sangat untuk pertama kali dalam kehidupan, mungkin ada hikmah dan aku menerima kebenaran ini sebagai pemangkin segala kegalauan hati.


moga segala kekecewaan ini memberi sebuah pengertian yang tiada kesudahan, seandainya mereka yang terlibat mengetahui hanya satu kata yang bisa diungkapkan, aku sangat kecewa namun semoga kekecewaan aku ini memberi Nur kepada mereka yang terlibat, memori yang menyakitkan perlu dihapuskan kerana ia merupakan batu penghalang kebahagiaan ,  untuk aku terus hanyut dalam kekecewaan yang tiada berkesudahan. Andai itu kebenaran nya diharapkan tiada insan yang lain menerima kekecewaan seperti aku lagi, hapuskan air mata kalian agar kalian tetap utuh mengharungi cabaran hidup :)

*rakan2 yang perasan akan perubahan saya, minta maaf sangat2 belum masanya*



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday, 25 December 2012

Kenali Saya :)

hyeee, tension tak? tension kan mengadap management namun apakan daya ikhlaskan hati inshaAllah everuthing okay la kan :D

so tengah rehat untuk management sebelu sambung next chapter yeahhh fightinggg so take time dalam 5 minit je rasanya sebab dah ada tajuk nak letak kann, so who am i? well mostly belum kenal siapa saya sebenarnya  , sebab tak pernah kot rasanya drop entry tentang diri lagi kan? so check it up~~

WAKTU KECIL

okay ni tak tau time bila so, masa ni aku kecil lagi entah umur pon tak tahu berapa, ibu cakap aku kuat menangis~ lailailailailai comel tak? *perasan jak*
so bila aku dah meningkat ke umur 5 , 6 tahun macam tu aku memang seorang yang hyperaktif
*percayalahhh* kenapa aku cakap macam tu ek? dulu aku ni jahat tau tau, masa kecik-kecik aku kalau main tak hengat dunia, nak kawan dengan lelaki jak, perempuan tak mau cengeng katanya padahal diri sendiri sama jak =.=' so masa kecik kecik aku ni memang suka panjat pokok tapi tak da la tinggi sangat, lepas tu aku suka kenakan orang tau, aku bakar kertas lepas tu kena marah dengan atok , aku cakap adik aku buat, tak patut kan? then bila orang baling batu kat aku, aku campak mercun, jahat dak? lepas ketegaq pon ada dah nak petang baru balik, kena kejar dengan nenek, aku masuk rumah kunci nenek dari dalam *wink wink*


SEKOLAH RENDAH

Gambar sekolah rendah tak dak, lailailai malas nak selongkaq mana-mana, time ni aku baik sikit , pergi sekolah susah nak ponteng tau, siap dapat anugerah lagi tau masa darjah 5, tapi orang kata anak sulung ni ketegaq , keras kepala memang aku jenis keras kepala pon, cakap ibu dengan ayah haishhaishhh la jawabnya aku nak dengar~~

SEKOLAH MENENGAH



silah cari saya, yeahhh ni masa sekolah menengah form 5 laaaaa, baru jak 2 tahun lepas punya gambaq, masa sekolah menengah saya sangat pendiam tau, percaya tak? sebenarnya malas nak bising bising ni, semak seyhhhhhhh, baik diam kan, tapi akademik masa ni haihshhhhh okay jar, tak de la sampai tahap best student kan, cuma aku pegang title tu masa form 4 itu pon untuk subjek akaun jer, then masa ni aku berkhidmat sebagai pembimbing rakan sebaya ala-ala kaunselor gitu tapi kami dilatih guru, so tak da sijil pengtauliahan tu kan? tapi masa ni aku masih ketegaq jugak, ibu ayah cakap aku dengar lagi, kalau adik-adik aku cakap jangan harap la, anak sulung kan mane lah adik-adik die boleh over dari dia :P

DI MATRIKULASI


yeahhhh gadis-gadis , siapa nak buat calon isteri mai habaq kat aku, aku ada no depa, lailailailai~~ heee
okay ni kat matrik, masa kat matrik agak la aku ni diam lagi sebab nya aku tak boleh adapt dengan mereka, kenapa yer? tapi ada yang aku okay la, aku suka buat hal aku tapi still bersosial la, al maklumlah hidup kena bersosial la jugak kan, so kat matrik akademik aku tiptop, *bolehlaaa , alhamdulillah* tapi aku tak suka sangat penyertaan dalam kelas ni, bosan okay belajaq pon main-main ja dalam kelas tapi masa ni aku kenal erti sahabat susah senang, maksud aku kami kan duduk jauh so bila sakit mereka lah menjadi keluarga aku, :)

SEKARANG DI UUM



sekarang aku di UUM, nak tengok gambaq ka? tapi kat sini, im totally different, yeahhh aku seorang yang slumber je, nak berkomunikasi dengan orang tu payah, tapi aku cakap ikut suka ja, serious ni! betul ni, dan mengenali sahabat di UUM ni wow mereka sangat baik walaupon agak hingar tapi aku suka, sebab tiada yang dieorang nak sorok-sorak dari aku, so aku kat sini agak ni sikit la, kalau tak tegor tu jangan tanya aku kenapa angin tak tentu pasai memang dah ada yang kena ^_^
sorrylah~~ belajaq jadi sopan ni tau :)



aku rasa tak perlu kot nak cerita banyak-banyak , tak penting untuk ampa pon kan?



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday, 24 December 2012

Rindu pada dia~

tengah malam menangis sorang-sorang, ibu tak dak untuk dipeluk, nenek tak dak untuk dipeluk~ Ya Allah aku rindu atok sangat-sangat, aku masih terkilan sebab masih tak dapat jumpa dia buat kali terakhir, ,  , tersangat terkilan, malam ni aku tengah berjuang untuk final exam tapi aku tak mampu untuk fokus ya Allah,,,

teringat akan kegembiraan mukanya, suara dia yang bising tu, pagi-pagi ada depan mata aku waktu dulu, malam-malam dengar dia merintih kesakitan, Ya Allah aku rindu dia sangat, di saat aku berjuang untuk PSPM 2 dahulu la dia pergi mengadap Illahi, aku masih belum ikhlas atas pemergiannya, keran tidak berkesempatan untuk melihat mukanya Ya Allah, Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .. amiinnn
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com