Pengakhiran tahun 2012 menyingkap sebuah kebenaran, mungkin itulah realiti kehidupan yang patut aku tempuh. mmg benar bukan mudah untuk menerima sebuah hakikat kerana ia sememangnya menyakitkan.kadang-kadang hakikat yang menyakitkan itulah yang membuat kita kuat. Secara jujur dari hati aku memang seorang yang suka berahsia dalam segala hal peribadi, belum cukup kuat untuk meluahkan segala hasrat hati kerana belum mudah untuk melupakan, andai itu pilihan yang dibuat maka aku redha dan pasrah. Menyerah untuk tidak mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka, biarkan ia merupakan satu pengajaran supaya tidak mudah untuk menyerah tetapi jadikan ia sebagai kekuatan untuk liku-liku kehidupan pada masa akan datang, dan maaf pada rakan-rakan belum sampai masanya kalian mengetahui hakikat itu, biarkan kekuatan dikumpulkan terlebih dahulu kerana aku tak mahu air mata mengalir didepan mereka, maaf memang aku kecewa teramat sangat untuk pertama kali dalam kehidupan, mungkin ada hikmah dan aku menerima kebenaran ini sebagai pemangkin segala kegalauan hati.
moga segala kekecewaan ini memberi sebuah pengertian yang tiada kesudahan, seandainya mereka yang terlibat mengetahui hanya satu kata yang bisa diungkapkan, aku sangat kecewa namun semoga kekecewaan aku ini memberi Nur kepada mereka yang terlibat, memori yang menyakitkan perlu dihapuskan kerana ia merupakan batu penghalang kebahagiaan , untuk aku terus hanyut dalam kekecewaan yang tiada berkesudahan. Andai itu kebenaran nya diharapkan tiada insan yang lain menerima kekecewaan seperti aku lagi, hapuskan air mata kalian agar kalian tetap utuh mengharungi cabaran hidup :)
*rakan2 yang perasan akan perubahan saya, minta maaf sangat2 belum masanya*
No comments:
Post a Comment