tengah membuat assignment sambil online, menghirup secawan nescafe panas,nikmat kot!
then tengok room mate aku yang sedang keletihan , biar la dia banyak kerja biarkan dia berehat ecehhhh!
dan aku pon baru lah ada masa untuk update blog ni kerana kekangan masa menyukarkan untuk aku update entry hari-hari,
stop berfalsafah bagai la kan, itu bukan diriku, :D
so disebabkan aku ni busy meeting sana sini , then dengan macam2 program yang aku join ,
bukan gila jawatan okay, just cari pengalaman yang sepatutnya, mostly aku sebagai ahli je pon, so ape benefit yang korang dapat kalau ada jawatan ni?
lets share my experience,
nak dikatakan experience aku tak la sebanyak mana tapi semua tu la yang membuat kita tahu akan realiti sebenar kehidupan, aku pernah pegang jawatan setiausaha dan korang pon tahu tugas setiausah ini tersangatlah berat kan, tapi masa tu aku masih suam2 kuku jer, baru bertapak dan aku pernah menghasilkan paper work yang di guide sedikit oleh cikgu,
aku pernah memegang jawatan bendahari, kebiasaannya orang panggil bendahari la kan, tapi dalam organisasi kami, digelar finance director, gempak tak? ecehhh poyo je lebih, dekat situ aku belajar macam mana nak manage akaun dan meminimumkan kos, dan akhirnya membawa keuntungan kepada organisasi kami hasil kerjasama setiap pihak yang terlibat
so aku nak highlight kan disini mempunyai jawatan itu bukanlah suatu yang memberi tekanan melampau kepada kita, ya benar jika terlampau obses maka akan membawa padah.
tapi jawatan merupakan satu alternatif bagi korang untuk menarik perhatian ramai
for example:
jawatan paling rendah pon kan ajk kan? then korang dispesifikasikan ke biro keceriaan secara automatiknya jawatan korang tu merupakan pengenalan kepada diri korang kenapa? kerana jawatan tersebut korang akan disebut2 seandainya berjaya memberi pencapaian yang baik, dari situlah bermula nya korang ke peringkat jawatan yang lebih tinggi, nampak tak permainan nya disitu
kat sini bukanlah nak bermanifesto supaya korang ni rebut jawatan tapi carilah alternatif untuk membina keyakinan diri, aku bukanlah seorang yang yakin tapi disebabkan aku ni suka sangat la buat-buat kerja macam ni, memang aku grab, setelah 2 tahun diam tanpa kata, hanya focus study so im back.
janganlah menilai jawatan itu sebagai propaganda sesetengah pihak untuk mencari keuntungan pada mereka, lihatlah dari segi lain yang perlu diaplikasikan kepada diri untuk masa depan sendiri.
benda ni bukan sekadar untuk diaplikasikan pada diri malah pada generasi masa depan, jadi rebut peluang sementara masih ada masa
*nak promote rakan muda punya festival*
No comments:
Post a Comment