Thursday, 31 January 2013

Sejadah Keinsafan



Hari keimanan teguh di hatimu
Bentangkan sejadah keinsafan
Setulus hatimu ke hadrot Illahi
Mohon maghfiroh bersujud padaNya

Betapa sepinya fatamorgana
Di dunia yang tandus keimanan
Nafsu amarah melingkari diri
Kerakusan manusia membawa sengsara

Lihatlah dunia hari ini
Pertumpahan darah di sana sini
Keegoan manusia meraja di hati
Sanggup berbunuhan tiada maruah diri

Terbitkan kembali kuntuman keimanan
Usah biarkan layu berterusan
Kembali segera ke panjang jalan
Moga mendapat syafaat Illahi


# A nice song




found this on youtube, enjoy it :)


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Tuesday, 29 January 2013

UUM dan UIAM diberi taraf autonomi

Hyee guysss sekarang tahun 2013, satu lagi sejarah dicipt bahawa dua buah lagi universiti diberi taraf autonomi iaitu universiti utara malaysia (UUM) dan universiti islam antarabangsa (UIAM). sebelum ni UKM,UM,USM,UPM dan UTM yang diberi taraf autonomi,sekarang bertambah lah IPTA yang diberi taraf tersebut.

Malahan IPTA yang diberi kuasa autonomi mendapat kelebihan dalam 4 bidang utama iaitu urus takbir,kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

Hopefully selepas pelbagai isu yang terjadi dengan UUM ni lepas ni lebih banyak peluang yang diberikan untuk memartabatkan negara.


uum


uiam



Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Thursday, 24 January 2013

Proud Of Her

Hyee guyssss, okay macam korang tahu aku ada join badan pelajar sekretariat rakan muda, so pihak SRM ada anjurkan satu program baksis disarawak, tak silap aku dalam 20 orang jer terlibat of course senior diutamakan , memang patut pun sebab rasanya dieorang yang bersusah payah untuk program tu , then pengarah program adalah kak ikin, seriously sangat-sangat teruja, aku bangga seyh dengan dia, nak tau kenapa tengok ni
yang tudung kuning tula kak ikin, kecik je kan die. okayy die memang sangat kecik orangnya tapi WOW berjaya sampai masuk paper seyhh program dia, proud of her, teringin sangat nak jadi macam dia, okay nak tau dia ni macam mana? die sangat komited dalam setiap tugas dan berani mencuba, i hope i can, she always said that "Berani untuk mencuba" mampukah aku? tapi dia bagi semangat pada kite orang yes we can, so dia  minta kami buat program gempak-gempak, teringin nyeri hope i can.. :)
Semakin membanggakan apabila beliau membawa nawa SRMUUM dimata semua pihak, confirm glamour akak ni nanti :)

#Kena bermula dari bawah kan semuanya, mesti bangga sangat parents dia :)


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Wednesday, 23 January 2013

Berakhirnya Semester 1

hye guys mungkin cerita ni ddah basi untuk aku update al maklumlah dah dekat seminggu cuti kan, tapi biaq pi la aku punya suka la, BELOG aku kann.. *lailailailai* so aku nak cerita sedikit flow aku sem 1 ni, pada mulanya aku berkawan dengan zati si budak kecik, okay dia sangat lembut , tapi aku tetap diri aku yang garang, sorry lah zati :)

Then Boleh TERkenal si Amina Tunnajah, borak borak ouh dia tu, kami satu tempat kerja, si Mina cakap Ouh dia tu kenal sangat kami kenal dari kecik 0kayy fine =.='
kami kenal orang yang sama, kawan dia satu tempat kerja dengan aku dulu, then berkenalan dengan budak kelas aku pulak even kiteorang jarang jumpe just certain2 jer yang banyak sama kelas, Nak list kan ke?
mereka sangat baik dan otak pon TING TONG
Anim, Amr, Atiqah, Fairuz Tyrah, Myra, Mazi, Aini, Kyra, Muz, Syaqira, Syahira, Wawa, Oga, Nazri, Akram , Hushrin, Syafiq (syasya), dan ramai lagi lah yang okay sangat, boleh lah masuk dengan depa ni, geng SRM pulak si faizul, kak ikin, abg Ijam, abg Daus, Kak Nurul , Kak Iera, Mira, Aisyah, Ain, Zuhai,Pami, Aliff, Amzar, Daus,dan banyak lagi lahh, walaupon program sangat packed kann, adanya mereka kadang-kadang hati terubat rindu pada keluarga tercinta.. hehe..

Dan room mate saya nama dia Kak Yan , nak tengok ni la pic dia
room mate saya yang pakai tudung CEKELAT tu, comei je kecik-kecik je orangnya , dia lah banyak bagi tunjuk ajar tentang UUM semasa aku di semester 1, dan die jugak lah yang telah mendermakan buku-bukunya untuk subjek teras kepada diriku,hehe, lagi 2 sem je dengan die ni then i got a new room mate :)

sepanjang semester 1 ni la aku baru kenal kehidupan universiti, yeahhh aku akui kehidupan dimatrik sangat menekankan pelajaran umpama budak asrama yang terikat dengan pelbagai peraturan, yeahh memang suck giler.. hehe..

tapi kehidupan disemester 1 sangat mencabar, bila kita sesuaikan diri dengan room mate yang senior, dengan aku yang keseorangan tanpa rakan yang rapat lagi lagi bila terpaksa mengharungi panas dan hujan sebab asrama jauh dari Kampus. Masa semester 1 jugak lah ada pelajar yang menggegarkan nama UUM dengan isu gangnam style, itu diakui oleh kami bahawa mereka yang terlibat salah, tetapi isu yang kedua tentang pelajar jurusan undang-undang bukan lah merupakan salah sebelah pihak sahaja. 

Dan dan dan masa semester 1 la Aaron Aziz datang, seriously dia sangat tough dan handsome tapi aku bukanlah macam pelajar perempuan yang lain terjerit sana sini.. *peace*

pengalaman dibaling tepung oleh geng-geng bising aras 4 block G memang tak dilupakan lah kan, mula2 tak kena finally haiyaaa hamikk, masing kena setempek, semua mandi tengah malam, pengalaman aku jirus air kat kepala zati lepas kiteoranh balik meeting, masa tu birthday dia dan die lupa sangat, hamikkk kau jirus depan orang ramai sebab baru turun bas kan,, habis basah dia.. 


Semester 1 mengajar aku untuk lebih tabah, nak sangat jauh dari family kan? Hamikk kau..

Berterima kasih pada lecturer semester 1 Dr.Rosli, Dr.Akram, Dr.Mudzamir, En.Wahab, Puan Zurida dan En.Saifoul walaupon macam-macam ragam tapi mencurahkan ilmu :)

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 18 January 2013

Hot Issue: Listen Listen Listen

Hyeee finally habis jugak exam, mood cuti dah datang la walaupon sekejap dan pada masa kami tengah berjuang untuk final exam boleh pulak sekali lagi hot issue melanda universiti kami, yeahhhh aku pelajar UUM dan aku tahu ada student kami yang pernah menggegarkan nama UUM atas isu gangnam style tapi isu itu telah settle dan pada pihak yang terlibat mungkin insaf dah, sekali lagi nama UUM gegar! dengan siapa? well dengan presiden wanita 1 malaysia, bagi menjawab persoalan bawani tu, biaq aku jawab na, isu yang dikatakan negara argentina tu kan? memang la mereka diberi pendidikan percuma tetapi masih ada kos tersembunyi yang perlu dibayar pelajar, negara apa lagi? Sri Lanka? well tau kan macam mana Sri Lanka ? mereka mempunyai penduduk yang kurangya pendidikan, boleh dikatakan terlalu sedikit yang berada ditaraf universit, tetapi yang menjadikan isu ni HOT bukan sebab persoalan yang diutarakan oleh Bawani tetapi sikap hormat ? well memang la aku dengar cerita ada yang cakap dia tanya masa nak habis kan? tetapi yang menjadi persoalan dia mempersoalkan sikap hormat miss Bawani terhadap dia, Rajin tengok ni what happen..

Dan sebagai kesannya ramai orang luar yang tak boleh terima dan sekali lagi maruah kami sebagai pelajar dicalar, dicalar oleh sikap mereka yang tak faham tentang situasi yang sebenarnya, sampai aku tengok ada yang tak nak hantar anak mereka ke UUM disebabkan MPP tak bertindak mempertahankan miss bawani, pada mulanya aku juga berfikir kenapa sebagai YDP tak back up miss Bawani, bukankah sikap menyerang begitu sekali lagi melabelkan kami tak reti hormat orang tua? dan pada pandangan aku speaker ni tetap salah, miss Bawani hanya bertanya tiada niat untuk bersikap kurang ajar, sedangkan dia belum menghabiskan hujahnya spekaer tu hanya tau cakap LISTEN LISTEN LISTEN! dia menunjukkan rasa hormat kepada orang tua sebab dia masih meminta izin dengan berkata 'IM NOT FINISH YET' well kalau diikutkan boleh jer dia nak go on benda tu, bila speaker cakap "let me speak" boleh jer dia tinggalkan dewan macam tu sahaja, tetapi dia masih mampu tersenyum kan? malu yang ditanggung kerana dikatakan kurangnya pendidikan hanya Tuhan sahaja yang tahu, maruah ibu bapa dia turut dicalarkan seolah-olah parents dia belum memberi pendidikan yang sempurna?Dan pelbagai video yang keluar sekarang ni, yang menarik minat aku video matluthfi ni, just watch ~


Dan dalam ni jugak lah memberi seribu pengertian situasi sebenarnya, SIAPA TAK HORMAT SIAPA? rakusnya manusia kerana "REMOVING SHARK FINS" macam dia menagalihkan microphone semasa miss Bawani bercakap? Maaf jika saya berkata akhlak yang awak tunjukkan kepada orang bukan islam sangat memalukan umat islam yang lain, sedangkan khalifah Umar Al-khattab mampu dan mendengar sehingga tamat hujahan rakyat dan mengaku salah beliau, Tak salah kita berhujah biar kena pada caranya dan silalah tampilkan diri memohon maaf agar kemelut ini dapat diselesaikan bukannya disimpan berlanjutan dan hilang macam tu sahaja? Sebagai seorang islam jugak , anda pasti tahu bahawa dosa yang dilakukan terhadap manusia harus diselesaikan dengan manusia bukan? jadikan cerminka islam yang sebenarnya bukan bertunjangkan sikap ego dan akhirnya akan memakan diri.


*Selesaikan cara baik agar tak ada yang masih berdendam dengan anda, sebagai seorang yang islam kepada miss bawani, kami memohon maaf diatas ketelanjuran saudara seislam kami yang menilai anda sebegitu*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Monday, 7 January 2013

Pendam~~

Luahan yang membawa seribu pengertian, harap mengerti~

Aku yang mengejar bayang cinta, 
kian terbiar
terpendam kata
tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah ku sendiri tanpa kasih dihati

aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah aku pergi tiada hampa dihati


*mungkin melepaskan seseorang cara yang terbaik untuk lebih kuat*
 


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Let's Begin!!

moshi moshi~
watashi wa haziqah desu~
watashi wa mareenshiajin desu~

wink wink , so this time lets learn japanese language, why?
kalau diikutkan aku memang lebih prefer jepun dari korea, even agak susah la nak belajar tapi cara sebutan sangat unik kan?
kenapa jepun? bukan bahasa cina?
well kenapa tak pilih bahasa cina, orang kata peluang besar kalau tahu bahasa cina ni kan,
tapi dalam hidup ni kita ada hak untuk memilih, memang aku teringin nak belajar bahasa lain selain english dan arab tapi kenapa aku pilih bahasa jepun, kerana..
seperti yang korang tahu kan, mostly penduduk jepun agak sukar untuk berbicara dalam bahasa inggeris kerana bagi mereka bahasa mereka indah dan mereka bangga menggunakan bahasa mereka, sedangkan kita sibuk nak belajar bahasa inggeris, memang tak dinafikan bahasa inggeris penting tapi untuk aku tak salah aku nak mendalami bahasa jepun ni, bukan mudah nak berkomunikasi dengan mereka kan?

so harapan sebenarnya, kalau boleh nak kerja kat jepun, kenapa? Suka cara hidup orang jepun even dia pernah menjajah kita, masa ni la kita nak gunakan segala kelebihan yang kita ada, masuk negara mereka tengok life mereka dan adaptasikan dalam kehidupan kita di Malaysia, mereka menjajah guna senjata kita kenalah menjajah guna otak dan akal yang bijak kan? tapi kalau tak dapat , praktikal kat sana 6 bulan pon jadi la, *walaupun sekadar mimpi*


so jangan gelakkan aku pulak

Arigatou gozaimasu
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Saturday, 5 January 2013

Aku seorang Doktor

hidupnya seakan-akan berada diambang kematian, 
tiada harapan untuk menyembuhkan luka yang telah mencalar hatinya, 
seakan-akan hilang arah tujuan untuk hidup,disaat mendengar panggilan telefon dari pihak hospital, hatinya seakan-akan mahu terkeluar dari jasad, nyawa bagai direntap, berita yang menyayat hatinya seolah-olah menggelapkan seluruh hidupnya, abangnya Hilmi telah pon mengadap Illahi, beliau telah terlibat dalam kemalangan, justeru menghancurkan segala harapannya selama ini~

Disaat melihat jenazah abangnya dia hanya mampu terpaku kerana hidupnya bukanlah seperti orang lain, kemahuannya selalu dibangkang oleh kedua orang tuanya, abangnya merupakan pendorong kepada dirinya, disaat ada yang mendokong pendiriannya , sekali lagi dia diuji dengan pemergian insan tersebut, seakan mahu mengikut sama, mengurung diri dalam bilik, mengasingkan diri dari sesiapa pon, itulah realiti kehidupan seorang gadis bernama suraya ~

Oleh kerana dia merupakan harapan kedua orang tuanya, menurut segala kemahuannya orang tuanya tanpa mengira hati yang terluka, keinginannya untuk menjadi seorang guru diperlekehkan oleh kedua orang tua mereka, apakah menjadi seorang guru itu lebih mulia? dia sendiri tidak pasti akan keputusan yang dibuat, menurut kehendak keluarga apakah tradisi bagi keluarga? atau meneruskan hasrat abangnya yang terkandas?

sering kali bermain difikirannya "abang nak jadi doktor sebab abang nak bantu orang?" kata-kata semangat yang sering diucapkan, namun baginya doktor tidak mampu menyelamatkan nyawa seseorang, andai telah tiba ajalnya pasti akan kembali jua, hakikat yang dipegang semakin kukuh apabila abangnya sendiri mengadap Ilahi~

Tahun pertama pengajiaanya di Universiti seakan pudar, tiada semangat juang yang dipegangnya, sekadar menggalas amanah yang diberikan, menjalankan tugas sebagai anak mahupun meneruskan perjuangan abangnya? itu yang membuatkan dia semakin bertahan di Universiti, tahun berganti tahun dan akhirnya suraya ditempatkan disalah sebuah hospital untuk melakukan praktikal, hatinya masih samar-samar untuk menerima kebenaran itu meskipun dia merupakan bakal doktor.

Tatkala diperkenalkan dengan staff di hospital dia terlihat akan seorang lelaki yang sedang berlumuran darah dikejarkan ke wad kecemasan, fikirannya melayang teringat akan abangnya yang pernah mengalami kemalangan suatu ketika dahulu, namun memori pahit itu cuba ditelan kerana hidupnya takkan berakhir semudah itu, dan disaat itu juga dia ditugaskan untuk merawat pesakit tersebut, terasa seakan-akan abangnya yang terbaring diatas katil tersebut, namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelatih, sia-sia usaha dia kalau tidak dihabiskan segera.

Akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya dan dia memilih untuk bekerja di Hospital swasta, kini dia telah digelar Dr.Suraya. Hari berganti hari, hatinya tetap tidak ikhlas, sehinggalah dia ditugaskan untuk merawat seorang remaja perempuan yang berumur 20 tahun, dari segala aspek dia titik beratkan agar pesakit tersebut tidak mengalami masalah yang lebih serious, namun pesakit tersebut semakin hari semakin parah dan dia yang ingin menjaga imejnya sering kali berasa risau akan keadaan tersebut.

pada suatu hari, pesakit tersebut bertanya kepadanya' kenapa doktor nak selamatkan saya?'
lalu jawapannya sangat menghampakan ' awak kan pesakit saya'
kelihatan sayu diwajah gadis tersebut. 
'doktor tahu tak, saya teringin jadi macam doktor' kata gadis tersebut
'kenapa' soal Dr suraya
Lalu remaja tersebut menceritakan segalanya~

linangan air mata dipipi suraya, namun segera diseka. lalu meminta untuk keluar dari wad tersebut, 
sedang asyik berjalan teringat akan kata-kata remaja tersebut. Sungguh mulia remaja tersebut.Secara tiba-tiba panggilan kecemasan dari wad gadis tersebut, Dr Suraya yang baru sahaja tiba dibiliknya segera berlari mendapatkan gadis tersebut, Walhal gadis tersebut elok sahaja bersembang dengannya tadi, tapi sebagai doktor dia faham akan tahap kesihatan gadis tersebut tidaklah sebaik mana, Gadis tersebut cuba berbicara dengannya namun dihalang supaya tidak bercakap, lantas dia cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan gadis tersebut, mungkin telah ditakdirkan gadis tersebut pergi mengadap Illahi, Dr suraya terpaku , dia sendiri tidak tahu akan perasaannya ketika itu, seolah-olah mahu menangis tapi ditahan dengan egonya, lantas disisi katil gadis tersebut, terdapat sepucuk surat untuk Dr Suraya.

"Dr terima kasih kerana merawat saya, ikhlaskan hati yer inshaAllah doktor akan menemui jawapan"

kata-kata tersebut seringkali bermain difikirannya, kini dia mulai sedar selama ini dia menolak hakikat sebagai seorang doktor disebabkan paksaan keluarga dan tragedi yang menimpa abangnya, mendengar kisah dari seorang gadis yang hanya mampu bermimpi dia seakan sedar dari lamunan dan dia mulai menerima hakikat bahawa dia sayang akan pesakit-pesakitnya, mahu membantu sedaya mungkin, itulah prinsip yang abang dan ayahnya pegang. Mungkin di takdirkan 'Aku Seorang Doktor'


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Selamat Bertunang :)

hyee guysss , entry ni khas untuk sahabat saya , Mohd Shafiq Redzuan, even dia tak tau, do i care? of course la no kan? so memang tersangat lah terkejut kan dia dah bertunang dengan pilihan hati dia kan , well seriously still excited sampai sekarang, well kami masih muda kan so banyak benda yang perlu kite orang teroka , tup tup dengar dia dah tunang, happy untuk dia jugak, orang kata elok awal-awal ni , barakah katanya :)
so hopefully korang berbahagia hingga ke syurga yer, cepat2 lah kahwin, dapat baby boleh panggil aku aunty~ mesti cute baby tu kan.. hihi


macam majlis kahwin plak aku tengok, belum lagi si shafiq ni pakai baju melayu ke, memang nampak kahwin dah tu, pape pon tahniah :)

*aku bila lagi, gatai na*


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 4 January 2013

Kisah Aya-Kitou

Hye guysss kali ni just nak bagi pedoman sedikit dari kisah seorang remaja yang aktif, korang pernah dengar kisah Aya tak? Dia merupakan seorang remaja yang berumur 14 tahun pada ketika itu, seorang yang aktif dan ceria disamping keluarga, namun dia telah diberi dugaan apabila disahkan mengidap penyakit spinocerebellar atrophy, penyakit yang menyukarkan pegerakannya secara perlahan-lahan, penyakit ini tiada ubat ketika zaman tersebut dan secara perlahan-lahan Aya mengalami kesukaran untuk bergerak secara normal, dia cuba menceritakan perjuangannya meneruskan kehidupan yang dicatat dalam bukunya, dan kisah gadis ini sangat menyayat hati, kalau korang pernah tengok cerita yang dilakonkan semula iaitu '1 litre of tears' *mungkin ramai tahu pasal ni* sebenarnya cerita benar yang dilakonkan semula untuk menunjukkan perjuangan Aya menghadapi kesukaran semasa mengalami penyakit tersebut, Aya mempunyai sahabat yang menemaninya sehingga la dia meninggal dunia, iaitu Haruto, seriously masa aku tengok ber'litre' air mata keluar, just imagine that macam mana seorang gadis yang diuji dengan penyakit macam itu untuk meneruskan kehidupan? Untuk aku dia sangat kuat sebab masa umur macam tu la most of the teenagers nak bergembira, join kelab itu, kelab ni, tapi dia masih muda masa tu mampu tersenyum kerana bagi dia, dia tak akan mampu berpatah balik, memang dia mempersoalkan kenapa penyakit itu memilih dia? tapi lama-kelamaan dia menerima hakikat tu, so for those yang tak pernah dengar korang google la ek, tak pernah tengok movie dia lagi cari sendiri, kalau nak minta kat aku pon boleh, bak mai pendrive ampa ~~


ni Aya-kitou yang sebenar nya :)



just imagine dia yang aktif tak mampu nak buat pape lagi, sedihnya :'(




hihi ni pelakon 1 litre of tears yang memegang watak Aya-kitou, comel kannnn ???



*no matter la kita ni siapa kalau penyakit tu nak uji kita, tabah macam dia okay, be strong!! *


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com