Saturday, 5 January 2013

Aku seorang Doktor

hidupnya seakan-akan berada diambang kematian, 
tiada harapan untuk menyembuhkan luka yang telah mencalar hatinya, 
seakan-akan hilang arah tujuan untuk hidup,disaat mendengar panggilan telefon dari pihak hospital, hatinya seakan-akan mahu terkeluar dari jasad, nyawa bagai direntap, berita yang menyayat hatinya seolah-olah menggelapkan seluruh hidupnya, abangnya Hilmi telah pon mengadap Illahi, beliau telah terlibat dalam kemalangan, justeru menghancurkan segala harapannya selama ini~

Disaat melihat jenazah abangnya dia hanya mampu terpaku kerana hidupnya bukanlah seperti orang lain, kemahuannya selalu dibangkang oleh kedua orang tuanya, abangnya merupakan pendorong kepada dirinya, disaat ada yang mendokong pendiriannya , sekali lagi dia diuji dengan pemergian insan tersebut, seakan mahu mengikut sama, mengurung diri dalam bilik, mengasingkan diri dari sesiapa pon, itulah realiti kehidupan seorang gadis bernama suraya ~

Oleh kerana dia merupakan harapan kedua orang tuanya, menurut segala kemahuannya orang tuanya tanpa mengira hati yang terluka, keinginannya untuk menjadi seorang guru diperlekehkan oleh kedua orang tua mereka, apakah menjadi seorang guru itu lebih mulia? dia sendiri tidak pasti akan keputusan yang dibuat, menurut kehendak keluarga apakah tradisi bagi keluarga? atau meneruskan hasrat abangnya yang terkandas?

sering kali bermain difikirannya "abang nak jadi doktor sebab abang nak bantu orang?" kata-kata semangat yang sering diucapkan, namun baginya doktor tidak mampu menyelamatkan nyawa seseorang, andai telah tiba ajalnya pasti akan kembali jua, hakikat yang dipegang semakin kukuh apabila abangnya sendiri mengadap Ilahi~

Tahun pertama pengajiaanya di Universiti seakan pudar, tiada semangat juang yang dipegangnya, sekadar menggalas amanah yang diberikan, menjalankan tugas sebagai anak mahupun meneruskan perjuangan abangnya? itu yang membuatkan dia semakin bertahan di Universiti, tahun berganti tahun dan akhirnya suraya ditempatkan disalah sebuah hospital untuk melakukan praktikal, hatinya masih samar-samar untuk menerima kebenaran itu meskipun dia merupakan bakal doktor.

Tatkala diperkenalkan dengan staff di hospital dia terlihat akan seorang lelaki yang sedang berlumuran darah dikejarkan ke wad kecemasan, fikirannya melayang teringat akan abangnya yang pernah mengalami kemalangan suatu ketika dahulu, namun memori pahit itu cuba ditelan kerana hidupnya takkan berakhir semudah itu, dan disaat itu juga dia ditugaskan untuk merawat pesakit tersebut, terasa seakan-akan abangnya yang terbaring diatas katil tersebut, namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelatih, sia-sia usaha dia kalau tidak dihabiskan segera.

Akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya dan dia memilih untuk bekerja di Hospital swasta, kini dia telah digelar Dr.Suraya. Hari berganti hari, hatinya tetap tidak ikhlas, sehinggalah dia ditugaskan untuk merawat seorang remaja perempuan yang berumur 20 tahun, dari segala aspek dia titik beratkan agar pesakit tersebut tidak mengalami masalah yang lebih serious, namun pesakit tersebut semakin hari semakin parah dan dia yang ingin menjaga imejnya sering kali berasa risau akan keadaan tersebut.

pada suatu hari, pesakit tersebut bertanya kepadanya' kenapa doktor nak selamatkan saya?'
lalu jawapannya sangat menghampakan ' awak kan pesakit saya'
kelihatan sayu diwajah gadis tersebut. 
'doktor tahu tak, saya teringin jadi macam doktor' kata gadis tersebut
'kenapa' soal Dr suraya
Lalu remaja tersebut menceritakan segalanya~

linangan air mata dipipi suraya, namun segera diseka. lalu meminta untuk keluar dari wad tersebut, 
sedang asyik berjalan teringat akan kata-kata remaja tersebut. Sungguh mulia remaja tersebut.Secara tiba-tiba panggilan kecemasan dari wad gadis tersebut, Dr Suraya yang baru sahaja tiba dibiliknya segera berlari mendapatkan gadis tersebut, Walhal gadis tersebut elok sahaja bersembang dengannya tadi, tapi sebagai doktor dia faham akan tahap kesihatan gadis tersebut tidaklah sebaik mana, Gadis tersebut cuba berbicara dengannya namun dihalang supaya tidak bercakap, lantas dia cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan gadis tersebut, mungkin telah ditakdirkan gadis tersebut pergi mengadap Illahi, Dr suraya terpaku , dia sendiri tidak tahu akan perasaannya ketika itu, seolah-olah mahu menangis tapi ditahan dengan egonya, lantas disisi katil gadis tersebut, terdapat sepucuk surat untuk Dr Suraya.

"Dr terima kasih kerana merawat saya, ikhlaskan hati yer inshaAllah doktor akan menemui jawapan"

kata-kata tersebut seringkali bermain difikirannya, kini dia mulai sedar selama ini dia menolak hakikat sebagai seorang doktor disebabkan paksaan keluarga dan tragedi yang menimpa abangnya, mendengar kisah dari seorang gadis yang hanya mampu bermimpi dia seakan sedar dari lamunan dan dia mulai menerima hakikat bahawa dia sayang akan pesakit-pesakitnya, mahu membantu sedaya mungkin, itulah prinsip yang abang dan ayahnya pegang. Mungkin di takdirkan 'Aku Seorang Doktor'


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com