Friday, 18 January 2013

Hot Issue: Listen Listen Listen

Hyeee finally habis jugak exam, mood cuti dah datang la walaupon sekejap dan pada masa kami tengah berjuang untuk final exam boleh pulak sekali lagi hot issue melanda universiti kami, yeahhhh aku pelajar UUM dan aku tahu ada student kami yang pernah menggegarkan nama UUM atas isu gangnam style tapi isu itu telah settle dan pada pihak yang terlibat mungkin insaf dah, sekali lagi nama UUM gegar! dengan siapa? well dengan presiden wanita 1 malaysia, bagi menjawab persoalan bawani tu, biaq aku jawab na, isu yang dikatakan negara argentina tu kan? memang la mereka diberi pendidikan percuma tetapi masih ada kos tersembunyi yang perlu dibayar pelajar, negara apa lagi? Sri Lanka? well tau kan macam mana Sri Lanka ? mereka mempunyai penduduk yang kurangya pendidikan, boleh dikatakan terlalu sedikit yang berada ditaraf universit, tetapi yang menjadikan isu ni HOT bukan sebab persoalan yang diutarakan oleh Bawani tetapi sikap hormat ? well memang la aku dengar cerita ada yang cakap dia tanya masa nak habis kan? tetapi yang menjadi persoalan dia mempersoalkan sikap hormat miss Bawani terhadap dia, Rajin tengok ni what happen..

Dan sebagai kesannya ramai orang luar yang tak boleh terima dan sekali lagi maruah kami sebagai pelajar dicalar, dicalar oleh sikap mereka yang tak faham tentang situasi yang sebenarnya, sampai aku tengok ada yang tak nak hantar anak mereka ke UUM disebabkan MPP tak bertindak mempertahankan miss bawani, pada mulanya aku juga berfikir kenapa sebagai YDP tak back up miss Bawani, bukankah sikap menyerang begitu sekali lagi melabelkan kami tak reti hormat orang tua? dan pada pandangan aku speaker ni tetap salah, miss Bawani hanya bertanya tiada niat untuk bersikap kurang ajar, sedangkan dia belum menghabiskan hujahnya spekaer tu hanya tau cakap LISTEN LISTEN LISTEN! dia menunjukkan rasa hormat kepada orang tua sebab dia masih meminta izin dengan berkata 'IM NOT FINISH YET' well kalau diikutkan boleh jer dia nak go on benda tu, bila speaker cakap "let me speak" boleh jer dia tinggalkan dewan macam tu sahaja, tetapi dia masih mampu tersenyum kan? malu yang ditanggung kerana dikatakan kurangnya pendidikan hanya Tuhan sahaja yang tahu, maruah ibu bapa dia turut dicalarkan seolah-olah parents dia belum memberi pendidikan yang sempurna?Dan pelbagai video yang keluar sekarang ni, yang menarik minat aku video matluthfi ni, just watch ~


Dan dalam ni jugak lah memberi seribu pengertian situasi sebenarnya, SIAPA TAK HORMAT SIAPA? rakusnya manusia kerana "REMOVING SHARK FINS" macam dia menagalihkan microphone semasa miss Bawani bercakap? Maaf jika saya berkata akhlak yang awak tunjukkan kepada orang bukan islam sangat memalukan umat islam yang lain, sedangkan khalifah Umar Al-khattab mampu dan mendengar sehingga tamat hujahan rakyat dan mengaku salah beliau, Tak salah kita berhujah biar kena pada caranya dan silalah tampilkan diri memohon maaf agar kemelut ini dapat diselesaikan bukannya disimpan berlanjutan dan hilang macam tu sahaja? Sebagai seorang islam jugak , anda pasti tahu bahawa dosa yang dilakukan terhadap manusia harus diselesaikan dengan manusia bukan? jadikan cerminka islam yang sebenarnya bukan bertunjangkan sikap ego dan akhirnya akan memakan diri.


*Selesaikan cara baik agar tak ada yang masih berdendam dengan anda, sebagai seorang yang islam kepada miss bawani, kami memohon maaf diatas ketelanjuran saudara seislam kami yang menilai anda sebegitu*

Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com