Saturday, 23 February 2013

Sem 2 Begin!

Hye actually dah lama nak update tapi apakan daya tak sempat nak buka laptop dan menaip dengan panjang sekali, facebook dan twitter terabai seketika hanya mampu terpampang diskrin handphone sahaja, sebab macam-macam nak kena buat, okay nak diceritakan tapi dah seminggu lebih rasanya dekat sintok ni kan? so disebabkan ada kecelaruan pada jadual aku, dengan jam kredit tak cukup terpaksa aku skip satu kelas untu buat add drop *ala satu kelas je pon tak luak langsung kan?*
eh jangan salah anggap begini ceritanya, aku ni pelajar akaun, so secara tidak langsung keinginan untuk merangkul degree dan professional course sangat membuak-buak, so aku decide untuk drop subjek etnik paper seribu yang senang dan aku add paper up lagi kononnya la kan, dua ribu je pon, so nak pergi tu punya la payah nak explain dengan organizer add drop, nak alasan munasabah last2, aku dapat la jugak dan jadual yang seperti dirancang sangat cantik sekali~~ nak tengok???


ni la jadual baru saya, bahagia semua class habis awal, hikhik pandai tak saya susun jadual sendiri? *okay ini semua poyo* dan seminggu ini tak de buku langsung, ingat nak cari buku intermediate accounting yang mahal sangat tu tapi my lecturer said, tak ada sampai minggu ke -7 , so macam mana kami nak belajaq nanti? emm sebab intermediate ikut standard FRS, professional so mana boleh mengharapkan nota kuliyah sangat~,, cari punya cari rezeki datang senior baik hati nak jual buku tu kat saya so dapat lah half price, inilah buku dia~


cantik lagi buku ni dari harga RM128 dapat murah , selamat duit aku tapi menjadi persoalan baucar nak dilaburkan ke mana? masih ada 2 buah buku yang terkandas, finance dan applied eco tak tau nak cari mana, haiyaaa somebody help me,

emmm so far subjek sem 2 sangat tough sebab totally standard international punya, jangan ditibai nanti merana =.='


*harap dapat maintain pointer lagi ..aammiiiinnn


Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 15 February 2013

Salahkah Berpolitik?

Hello ahli-ahli politik dan penyokong tegar politik, Adakah anda penyokong Barisan Nasional? mahupun PAS? DAP?MIC? MCA? atau pun bebas???

oh well seperti yang anda sedia maklum saya disini bukanlah nak berbahas tentang siapa yang menguasai Malaysia kini? Isunya salahkah kita berpolitik? pada pandangan sesetengah bahawa berpolitik ini sememangnya suatu perkara yang wajib namun ada pihak lain mengatakan politik satu propaganda yang memecahkan umat manusia? Oh benar kah?

Dilihat semula objektif bagi setiap pakatan yang ditubuhkan, adakah ia sebenarnya menyatukan umat manusia atau semakin menghancurkan mentality manusia yang semakin ikut cakap pemerintah seolah-olah lembu dicucuk hidung? bukan menimbulkan spekulasi mahupun menyebelahi mana-mana pihak, Bila dilihat dari segi Barisan Nasional bagaimanakah pucuk kepimpinan mereka? Adakah ia telah mencapai dasar-dasar yang diinginkan sehingga banyak pihak pembangkang yang sering kali menimbulkan spekulasi untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan? Dimanakah penyatuan yang sepatutnya? persoalan takkan mampu terungkap sekiranya masih ada pihak yang bertelagah !

Kita sebagai rakyat yang sering kali ingin mengukuhkan parti politik yang kita sayang sehidup-semati kononnya berfikir ke tak sejauh mana politik kita? Adakah benar pilihan yang dibuat? Adakah kita telah melampaui batasan sebagai seorang rakyat? Sehingga Timbul isu BERSIH yang telah memecahkan ramai pihak, siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah kerajaan? Atau diri kita sendiri?

Anda yang tentukan sama ada berpolitik itu salah atau tidak sedangkan Islam tidak pernah melarang penganutnya berpolitik tapi kena pada caranya bukan? Bukan sekadar propaganda kosong yang kebanyakan Ahli politik sandarkan, sekadar kata janji yang tak mungkin terlaksana, Berpolitik itu biar kena pada caranya, kalau Anda ingin dipilih oleh rakyat bentuklah komuniti yang banyak memberi manfaat kepada rakyat bukannya diri anda sendiri yang seolah-olah memakan duit rakyat? MUngkin benar mungkin Tidak Waallahua'lam, anda yang tentukan.

PS:walaupon saya student saya tahu ape pon parti politik tetap cuba memberi yang terbaik, tapi biar kena pada cara, All the best ya kepada yang bakal bertanding :)
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Friday, 8 February 2013

Result : Dean List

hyeee lately memang tak de topic nak drop, mungkin dah terlampau taksub kepada twitter? hihi,
so result aku dah keluar so for those reader yang mungkin sengaja baca atau terbaca topic ni, harap maaf jika anda bertanya berapakah pointer saya, saya takkan jawab kerana dan kerana, saya ada sebab sendiri, anda hormat saya, saya hormat anda. :)

sebabnya:
1-prinsip nak kekalkan pointer biar naik jangan turun, so diam lebih baik
2-nak parents jer tahu
3-Pointer sekarang bukan pointer akhir
4-Tak nak ada yang membandingkan dan dibandingkan
5-Tak nak ada yang saling merendah-rendah kan
6-Ilmu bukan pada pointer
7-selagi belum akhir sem belum tentu kita di atas

yang aku boleh nyatakan kat sini, Alhamdulillah seriously sangat2 takut bila nak tengok result dengan pening kepala, susah hati, nak termuntah semua ada la, al maklumlah kecewa sebab ade 3 , 4 paper yang tong tang kann, susah kot.. tough2 kalau diberi pilihan agaknya mesti ada yang nak tukar course macam member aku sebab tak tahan, tapi minat punya pasal go on la, tapi aku rasa semua course sama je kalau tak baca buku tong tang jugak kan, dengan result mid sem aku yang entah pape tu, dengan penuh debarnya, keluar dekat skrin laptop tapi aku tutup skrin sebab takut, kuatkan hati tengok jugak result, semua sibuk dah tanya kat twitter IM kat fb tapi aku cakap tak check lagi, so slowly buka skrin benda pertama aku buat?

Aku terus sujud syukur masa tu juga,dah tak fikir ape lagi dahhh, Alhamdulillah dekan, aku bahagia sebab orang kata course aku susah nak jumpa budak melayu dekan, haishh takut kot. lepas tu kawan2 tanya aku cakap jer tak Dekan sebabnya orang pertama bukan dieorang, aku terus call ibu then dengan nangis-nangis nyer bagi tau ibu dengan ayah, Masih diberi kesempatan untuk kekalkan dekan macam matrik dulu, So aku buktikan kat lecturer matrik aku kami budak matrik pon mampu perform , Alhamdulillah~~ tapi kawan2 aku sorg pon tak tau pointer aku, so harap anda hormat saya yer, saya perlukan masa 3 tahun lagi untuk bagi tau anda , doakan yang terbaik,

*Tahniah buat sahabat2 yang dapat DL tu , yang tak dapat, jom start dunia baru next sem :)
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Sunday, 3 February 2013

Beto Khusyairy

kepada pembaca setia sangat la tu kan, well biaq pi la ampa nak baca ke dak, kami tak heran tapi yang baca tu thanks :') terharu sangat-sangat ni *sobsob* hihi~

memandangkan lama la sangat macam tak  update tapi merenung dashboard tak tau nak post ape, just wanna share sesuatu de ngan korang, "SAYA PEMINAT BETO" diulangi bahawa "SAYA PEMINAT BETO" apa? tak jelas, okay lastly "SAYA PEMINAT BETO" .

tak nak tahu? ade kesah ? ini blog bukan antum yang punya ini blog "HAZIQAH ALBAB" yang punya~
hewhew abang hot sentap, kakak bajet comel, mak cik dan pak cik yang awet muda jangan marah jangan bengang kita hidup kena banyak bersabar~

soo,anda ada masa 5SAAT sahaja untuk meneruskan pembacaan anda~

5~
4~
3~
2~
1~
0~

walaupun entry ni tak berapa nak menarik let's check it out


Nama sebenar: Nurkhusyairy Zakuan Bin Osman
Nama panggilan: Beto Khusyairy
Tarikh Lahir: 19 February 1980
Umur: 32 tahun
Pekerjaan: Pelakon
Kelulusan: Diploma perhotelan Universiti Teknologi Mara


so korang tak perlu tahu banyak-banyak la kan pasal dia, bukan korang peminat dia kan? kenapa aku minat dia? 
Aku suka cara dia bercakap, muka nampak confident, dan muka dia sangat unik, aku tak tau kenapa tapi muka dia macam something different. Aku start minat dia bila first time tengok dia berlakon, orang lain beranggapan beto je pon~~ but for me, he is better than Aaron Aziz~ opssss terlepas, sebab aku lagi minat dia dari Aaron aziz, teringin jumpa Beto ni, tapi apakan daya, ssyira telah menemui nya terlebih dahulu,, hikhik.. 

*ini entry suka-suka punya so biarkan sahaja :P





Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com