oh well seperti yang anda sedia maklum saya disini bukanlah nak berbahas tentang siapa yang menguasai Malaysia kini? Isunya salahkah kita berpolitik? pada pandangan sesetengah bahawa berpolitik ini sememangnya suatu perkara yang wajib namun ada pihak lain mengatakan politik satu propaganda yang memecahkan umat manusia? Oh benar kah?
Dilihat semula objektif bagi setiap pakatan yang ditubuhkan, adakah ia sebenarnya menyatukan umat manusia atau semakin menghancurkan mentality manusia yang semakin ikut cakap pemerintah seolah-olah lembu dicucuk hidung? bukan menimbulkan spekulasi mahupun menyebelahi mana-mana pihak, Bila dilihat dari segi Barisan Nasional bagaimanakah pucuk kepimpinan mereka? Adakah ia telah mencapai dasar-dasar yang diinginkan sehingga banyak pihak pembangkang yang sering kali menimbulkan spekulasi untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan? Dimanakah penyatuan yang sepatutnya? persoalan takkan mampu terungkap sekiranya masih ada pihak yang bertelagah !
Kita sebagai rakyat yang sering kali ingin mengukuhkan parti politik yang kita sayang sehidup-semati kononnya berfikir ke tak sejauh mana politik kita? Adakah benar pilihan yang dibuat? Adakah kita telah melampaui batasan sebagai seorang rakyat? Sehingga Timbul isu BERSIH yang telah memecahkan ramai pihak, siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah kerajaan? Atau diri kita sendiri?
Anda yang tentukan sama ada berpolitik itu salah atau tidak sedangkan Islam tidak pernah melarang penganutnya berpolitik tapi kena pada caranya bukan? Bukan sekadar propaganda kosong yang kebanyakan Ahli politik sandarkan, sekadar kata janji yang tak mungkin terlaksana, Berpolitik itu biar kena pada caranya, kalau Anda ingin dipilih oleh rakyat bentuklah komuniti yang banyak memberi manfaat kepada rakyat bukannya diri anda sendiri yang seolah-olah memakan duit rakyat? MUngkin benar mungkin Tidak Waallahua'lam, anda yang tentukan.
PS:walaupon saya student saya tahu ape pon parti politik tetap cuba memberi yang terbaik, tapi biar kena pada cara, All the best ya kepada yang bakal bertanding :)
No comments:
Post a Comment