so memandangkan aku ni berpuasa dan tak nak la hilang free2 jer kan pahala puasa , entry aku kali ni more too islamic sedikit la. so apa yang dimaksudkan dengan entry aku kali ni? lets see..
korang selalu tak layan drama TV kononnya perempuan tu jahil giler then bertaubat? so ada yang bagi tanggapan kat situ 'biasa la tu dah buat dosa taubat balik' ada yang bagi tanggapan 'sesungguhnya hidayah itu datang tanpa diduga'
your choice..
then korang tau kan pasal cerita orang koma ni, ?
Versi 1:
Si A ni dulu punyalah jahil giler then buat semua kemungkaran la, minum arak, zina, kurang ajar dengan orang tua dan segala-gala sifat terkutuk tu dia buat la, nak dijadikan cerita one day dia nak pergi clubbing, so hang out dengan kawan2 dia, balik rumah pukul 3 pagi dalam keadaan mabuk , suddenly dia tak boleh nak kawal pemanduan terbabas dan ACCIDENT pon berlaku *cerita biasa kan?* so kalau dah accident takkan nak campak dalam gaung kan? mestilah hantar kat hospital, then doktor sah kan keadaan dia serious, KOMA la jawabnya kan? then dalam tempoh memerangi maut tu, masa tu ALLAH tu nak buka hijab dia. tercampak pada zaman dan tempat yang tak diketahui*aku tengok drama je ni* tak tentu hala je diri dia tu, then datangnya satu suara yang menyatakan apa yang dia lakukan, ditunjukkan pulak azab yang diterima oleh dia , dibakar la badan2 dia, menjerit bagai minta ampun dari ALLAH,
dan dia akan lalui pengalaman tu sepanjang dia koma, family dia yang menunggu tu dah risau giler sanggup lepaskan anak dia tu, dan si A ni pulak otak die tak berfungsi, bergantung pada mesin jer, tempoh pantauan seminggu jer, kalau tak de respon disahkan meninggal, alih2 masa berjalan sampai la ke hari ke 7, tiba2 si A ni tak terkawal ,ingatkan dah sedar tapi no respon, sampai masa doktor nak sahkan dia meninggal boleh pulak jantung dia berfungsi *keajaiban kan?* dia sedar menangis teresak2 la budak tu minta ampun kat parents die, since dia koma Allah dah buka hijab tu, dia dah nampak semua tu dulu, so bali pangkal jalan la die tu kan *alhamdulillah*
dan aku sebenarnya penat nak cerita versi 2 pulak
Versi 2:
Situasinya sama jer macam si A tu , si B buat maksiat then berlaku something2 then dia koma,, tapi situasi si B ni dalam tempoh dia koma tu, macam2 jadi, setiap pelawat dia akan terbau hangit kesan macam terbakar la,dan dalam tempoh koma tu pulak diminta dia bertaubat tapi dia enggan , dugaan dia tak seberat versi 1 tadi just tercampak ditempat lapang yang menyeru dia kembali kepangkal jalan, finally dia disahkan MENINGGAL DUNIA setelah otak dan jantung gagal berfungsi, semasa mayat nak dimandikan tiba2 bau busuk yang terlampau sangat smpai termuntah orang , lepas tu saat nak ditanam seolah2 bumi tak nak terima mayat tu, muncul la ular besar la itu la ini la. dia terseksa atas dosa2 nya
sebenarnya korang pon dah tau cerita2 macam ni just aku nak kaitkan dengan tajuk entry aku, dan korang pon dah lali dengar kan cerita2 macam ni just nak diberikan gambaran kite hidup sentiasa ade peluang kedua cuma kite je pandai ke tak pandai nak cari peluang tu, takkan nak tunggu sakratulmaut baru menyesal kan? Allah tu maha adil maha pengasih dia takkan hukum hambanya macam tu, pengajaran akan diturunkan untuk hambaNYA walaupon bukan terus kepada kita sendiri, faham kan?
No comments:
Post a Comment