SO kat sini aku bagi tips sikit la kan memandangkan aku dah terlampau rajin sangat menelaah :
mula-mula korang kena ada bajet la kan. takkan nak sediakan bajet setakat rm200-rm300 kan? kalau macam tu beli compact camera jer, sekarang murah dah.SO anggaran bajet bergantung pada korang la what kind of camera yang korang nak.kebiasaannya kena ada rm2000++ . bila dah ada bajet korang search la sikit pasal DSLR kat internet. korang boleh tengok-tengok kat sini . kat sini ada yang jual DSLR tapi korang boleh survey dulu, kat link tu ada DSLR yang dah guna then dieorg jual balik, korang boleh tanya pape info kat situ.
tapi kalau korang ni jenis penganggur macam aku ni, rajin kanlah diri pergi kedai2 yang DIIKTIRAF yer.. sekarang ni kan banyak penipuan.
Then pada kebiasaannya korang-korang yang serious ni perlu tahu model dan jenis camera. kenapa? yela takkan nak main tibai je kan? mesti la korang nak yang memuaskan hati korang kan.Korang prefer la jenama yang korang ada orang nak rujuk. Al maklumlah budak baru belajar.tak pon korang ikut aku nikon. haha :P
another important thing korang kena tahu sebahagian daripada DSLR tu, for example battery grip, tripod, remote, speedlight dan benda2 lain lagi lah. korang boleh check kat link ni (aksesori DSLR) . bagi korang yang baru nak mula macam aku ni, hahaishh cukup body, lense, tripod, speedlight,bag kot. aku rasa la.. baru lagi kan tak expert macam pakar kan?
dan aku nak ingatkan, DSLR ni ada shuttercount, al maklumlah setiap benda kalau pakai pasti perlu ditukar atau diservis kan. setiap DSLR shuttercount berbeza meyh. kalau nak shuttercount banyak kena keluar modal lebih la kan, shuttercount ni bile dah sampai limit die better tuka la kan, ke korang nak beli camera baru? boleh kalau duit ada, untuk yang basic2 ni nak tukar tak de la semahal tahap professional. korang boleh pergi kat kedai camera tanya then dieorang pasti akan explain okay
memandangkan dunia semakin canggih, orang guna memory card la kan untuk store gambar2 ni. ade lagi orang guna film? terbaik la .. nostalgia tu. utuk korang yang basic2 ni terserah la nak beli berapa GB tapi agak2 la. tak payah la pulun macam tahap pro tu. agak2 korang dah pro baru beli lagi kan kalau ade bajet lebih. kalau tak better simpan untuk future. kot2 nak tambah aksesori DSLR korg kan.
korang survey dulu sebelum beli pape , kadang2 seller ni suka amik kesempatan sebab kita tak tau pape pasal DSLR ni. so jangan main beli jer, bila terkena menangis tak berlagu.
*hahaishhh bila aku nak pakai ni*
No comments:
Post a Comment