sentuh pada tajuk entry , korang dan korang pernah baca kisah aku kan? Seriously aku cakap aku drop post macam tu sekadar pengajaran , mungkin kita semua belum kenal erti hidup yang sebenar dan aku perlu tegaskan memanglah kita sebagai manusia banyak salah tapi bagaimana kita perlu mengubah corak hidup kita adalah lebih penting kan?
sebagai fitrah manusia memang kita akan rasa perasaan cinta sayang or so whatever la kan, tapi bagaimana kita menjaga perasaan itu supaya tidak melebihi batas, tapi fahamilah kita manusia yang sering saja buat orang tersinggung, kadang-kadang bila kita cuba untuk menegakkan apa yang kita pegang ia akan runtuh semula dek kerana hasutan syaitan yang menggunakan manusia sebagai kuda tunggangannya. Bukan aku nak cakap manusia tu syaitan tapi hasutan syaitan ni mane la kite dapat hindar kecuali dengan iman yang kukuh, dan disebabkan itu ada yang mengubah persepsi tak salah kita menyintai dalam diam tapi bagaimana kita mengawal perasaan itu persoalannya?
selagi hidup kita berpegang teguh pada kepercayaan dan dan pegangan islam itu, kita tak mudah untuk jatuh~sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa, doakan yang terbaik untuk si dia agar dia sentiasa berada dalam keberkatan, dan fahamilah perasaan cinta itu akan semakin subur kalau kita sendiri cuba untuk menghalalkan , islam tak pernah melarang kita mencintai tetapi bagaimana kita meluahkan rasa cinta itu persoalannya bukan? tak perlu ucapan 'i love you' 'saya cinta awak' tapi cukuplah ungkapan itu didiamkan sehingga dia benar-benar menjadi yang halal buat kita,luahkan saya cintakan ALLAH kan lebih baik dari meluahkan nya kepada orang yang belum tentu akan jadi pasangan kita kan?
jadi anda dan anda tolonglah fahami apa yang aku cuba sampaikan ni, bukan niat untuk riak, anda bantu diri anda dan saya sedang bantu diri saya, andai ada yang tak puas hati, maaf anda memang bukan yang terbaik, belajarlah menjadi yang terbaik kerana hukum islam itu lebih penting dari diri anda, andai anda mempraktikkan hukum islam, ketahuilah bahawa anda merupakan bakal khalifah yang menjadi tonggak dalam islam :)
No comments:
Post a Comment