okay tajuk entry kali more to perempuan okay, siapa rasa diri dia perempuan boleh baca, tapi kalau aku dah label anda tu perempuan, jangan nak tanggal kepala aku ni jadi penanggal, kuang ajaq namanya tu, faham dak? PLEASE TAKE NOTE yang terasa sangat tu..
Okay kenapa tajuk entry ni begini, sebagai perempuan aku dah merasa, dan seriously benda ni tak boleh amik remeh sangat kenapa? check it out :)
Firstly, girls kat luar tu patut tahu apa itu senggugut kan? well jangan nak malu sangat okay, this is for your health jugak okay, lantak la lelaki kat luar sana, nanti depa kahwin jugak kan, habis tu bila isteri depa kena kalut tak tahu nak buat apa, am i right? of course la aku betul okaayyyy
APA ITU SENGGUGUT ?
senggugut ni kesakitan yang dialami ketika haid, kenapa kita rasa sakit? disebabkan kuncupan rahim yang kuat dan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu endometrium, thats why la korang rasa sakit kan? Kuncupan rahim ni adalah disebabkan oleh sejenis hormon prostaglandin *okay teringat bio kat sekolah dulu* so ada yang rasa sakit kejap, ada yang sakit kuat sampai tergolek-golek, setiap orang berbeza okay, so tak payah nak pelik kalau kawan korang sakit tergolek-golek sampai menangis tu.. ^_^
JENIS SENGGUGUT
okay senggugut pon ada jenis tau, ingat makanan korang je ada macam-macam jenis ka, senggugut pon ada okay, senggugut jenis pertama ni dalam beberapa tahun pertama selepas akhil baligh , it like korang punya haid tak teratur lagi dan korang akan merasai senggugut selepas 2-3 tahun kena haid tu. IT'S normal actually so dont think it negatively okay :)
So senggugut ni kita tak boleh ambil remeh actually, mungkin ada jugak yang disebabkan ketidaksuburan , so kena take an action la, pergi jumpa doktor,, kalau korang rasa was2 sangat jumpa pakar , lebih senang dan lebih jelas tentang permasalahan korang okayy :)
Tapi senggugut ni boleh dikurangkan sebenarnya, kalau korang rajin tuam la dengan tuala panas ka, lebih lega actually , banyak kan excercise and makan la ubat tahan sakit tu kalau betul-betul tak boleh tahan okay, kalau boleh bertahan, tidur ke, at least lega sikit kan :)
No comments:
Post a Comment