maka Allah telah berfirman:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."
dan Adam telah diajarkan nama-nama benda dan menjadi penghuni syurga, maka dihadiahkan Hawa untuk Adam sebagai peneman, maka sejajar dengan janji Iblis die telah memulakan kerjanya, dia telah memujuk Adam dan Hawa agar memakan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT, maka Allah telah mencela perbuatan mereka dan mereka menerima hukuman iaitu dicampak kebumi, maka Iblis telah melakukan kerjanya.
Pada zaman sekarang secara jelasnya boleh dilihat bahawa Manusia yang hanyut dengan keseronokan dunia telah termakan pujuk rayu syaitan dan mereka yang beriman tidak mudah terpedaya, maka sejajar dengan firman Allah bahawa orang yang beriman dan taat kepadaNYA tidak akan mudah termakan pujuk rayu Iblis dan syaitan.
*Andai aku adalah tergolong dari golongan yang terpedaya dengan tipu daya syaitan, lindungilah aku agar tidak semakin sesat dan semakin kukuh keimanan ku terhadapMU*
No comments:
Post a Comment