Tuesday, 14 August 2012

berterus terang tentang status "virgin"?

Assalammualaikum wbt, sebelum ni entry aku 'virgin masih menjadi keutamaan?' dan semestinya penting bagi seorang perempuan. Disini aku jngin menyatakan sekiranya ada perempuan yang terlanjur, patut ke dia berterus terang terhadap lelaki yang dikahwini? persoalannya seandainya perempuan itu berterus terang terhadap lelaki yang bakal dikahwini nya atau yang telah menjadi suaminya apakah yang akan berlaku?

aku akui semakin ramai perempuan islam yang terjebah ke kancah penzinaan ,penghukuman itu sepatutnya dilakukan kepada pihak yang berkenaan kerana seandainya seorang perempuan itu telah sedar akan kesalahan nya dan bertaubat, patut ke dia di hukum? pengampunan tentang taubat nya hanya Allah yang tahu. wallahu'alam....

dan dalam kes sebegini perempuan -perempuan ini pasti rasa bersalah terhadap suami atau bakal suaminya kerana maruahnya telah tergadai. tapi ingat! dalam islam kita digalakkan menutup aib kita bahkan aib orang lain.

seandainya dengan perkhabaran itu akan merugikan si perempuan dan menyebabkan perceraian berlaku iaitu perkara yang Allah tak suka 'perceraian' patut ke niat murni perempuan itu untuk berterus terang diteruskan???

Dan seandainya seorang lelaki menyintai seorang perempuan kerana Allah, maka bimbinglah dia. Janganlah menghukum dia diatas kesalahan masa lampaunya. Niat lelaki menikahi perempuan adalah kerana Allah, jadi status dara itu penting bagi maruah lelaki?ya aku akui memang penting menjaga maruah itu tapi seandainya perkara itu telah berlaku janganlah diungkit lagi kerana perempuan itu telah berubah jadi lebih baik perkara itu dirahsiakan demi menjaga keharmonian rumah tangga.

*lebih baik elakkan hubungan yang terlalu sosial*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com