Manusia ini dijadikan untuk saling melengkapi *mesti lain2 jantina kay!*maka pernahlah kita sebagai manusia mendengar kisah romeo and juliet?*merepek la* sepatutnya kisah Adam & Hawa dijadikan teladan, pernah suatu ketika dahulu Adam dipisahkan dengan Hawa dan korang pon tahu kan perasaannya , sepasang suami isteri yang terpisah, takk percaya pergi tanya mak ayah korang kalau dieorang jauh dari pasangan masing-masing berbulan-bulan, bagaimanakah perasaan nya? *aku tak tau sebab belom kawen* senang cerita tengok budak-budak zaman sekarang, cinta bagai sampai tak boleh nak berenggang, hari-hari nak jumpa, kalau tak tak boleh hidup konon! *merepek disitu,selama ni korang hidup camne?* dan seandainya la ditakdirkan untuk kita berpisah dengan pasangan kita jangalah sesekali menyalahkan takdir kerana yang pasti Allah maha mengetahui, dan seandainya orang yang korang benci jadi pasangan hidup korang, maka terima lah dengan hati yang terbuka kerana die merupakan pemilik rusuk atau dia merupakan rusuk korang yang hilang tu :)
kenapa? tak percaya ker? kalau budak-budak baca memang gelak la kan apa da kita ni rusuk tapi kalau yang dah 13.14 tahun tu tak tau mau jer den lempar dengan penyapu, berCINTA tau pulak!
seperti yang kita tahu, Hawa dijadikan daripada rusuk Adam kan? so begitu jugalah kita, memanglah kita dari mak ayah kita , tapi itu lah asalnya kita sebagai manusia untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
dan hang pa ni sebagai manusia patut tau semua tu, kerana disaat anda ditinggalkan oleh si dia maka tak de la bersedih sangat, *aku sedih sebabnya persahabatan sebelum tu putus lagu tu ja* so tahap mana pon korang cinta bagai kat pasangan korang tu tapi kalau dia bukan jodoh korang, apakan daya? menangis, menangis la janji tak bunuh diri sudah :)
pernah dengar tak, Allah temukan kita dengan orang yang salah dulu baru temukan kita dengan orang yang benar2 layak untuk kita? itu betul tak percaya? cuba tanya mereka yang berpengalaman! ada yang bercinta 5 tahun tapi apa tak jadi, bila baru kenal dengan orang lain dalam 2, 3 bulan dapat dah undangan walimatulurus!
kerana kita diuji, memang benar ada yang terus menemui cinta sejati nya buat kali pertama, maka untuk jadi begitu, bukan mudah, Allah itu tahu apa yang direncanakan.Aku akur la, aku pernah jumpa orang yang bukan jodoh aku *sebab aku muda lagi kan jauh lagi perjalanan, so fokus study je sekarang* dari situ aku belajar untuk membaiki kesilapan kerana setiap yang berlaku itu patut dijadikan pengajaran, kita tak berhak menentukan siapa yang terbaik untuk kita kerana rupa, harta pangkat tu hanya sementara.
nak dijadikan cerita, katakanlah korang dah terjatuh hati dengan seseorang ni, muka ada, harta ada, otak? bijak.. memang perfect la kan, agama? bagus.. dan korang pon dah cintan habis dekat dia tapi kalau dia terima korang pon, if one day dia dijodohkan dengan orang lain? takkan korang nak kacau life dia kan, bukan mudah untuk semua tu tapi percaya, kalau dia bukan jodoh korang think positively "andai dia bukan jodohku maka aku lepaskan nya kerana MU ya Allah" tetapkan niat korang macam tu.
seandainya dia jodoh korang, maka niatkan lah dalam hati "Aku mencintai dan mengasihi dirinya kerana MU ya Allah"
ingat dugaan kita sebagai manusia bukan umpama kena jentik, umpama batu yang menghempap kita, semua akan melaluinya maka cinta kita kepada seseorang itu merupakan ujian Allah kepada kita, andai benar lah diri telah terpaut dengan seseorang make an istikharah, minta petunjuk dari situ kita akan dapat jawapannya, sama ada dia jodoh kita atau bukan? so terimalah hakikat itu kerana hati kita memang tersangat mudah mengasihi seseorang, teringat kata-kata syahira "kalau nak zauj yang soleh maka jadilah perempuan yang solehah"
korang jangan runsing2 okay, perempuan kat luar tu pandailah Adam nak cari balik tulang rusuk dia tu okay? tak mau menangis lagi kerana air mata kita sangat berharga.dan ingat andai kita jumpa orang yang salah janganlah membenci dia , pimpinlah dia agar menemui kebenaran.
Untuk seseorang yang sangat aku sayang, dia pemberi semangat, dia lah yang aku kenal bertahun lama nya, dia lah peneman kala duka, ingat tabahkan hati anda,, Allah sedang menguji tu . jangan bersedih kerana air matamu itu sangat berharga, simpanlah air mata agar air mata itu menjadi air mata tanda kegembiraan :')
*Lelaki soleh digalakkan menikahi perempuan tak solehah, tetapi perempuan solehah tak digalakkan menikahi lelaki tak soleh*
No comments:
Post a Comment