Wednesday, 8 August 2012

pengalaman seram kem!

Assalammualaikum wbt, sebenarnya aku tengah khusyuk baca post kat group matrikulasi 1 malaysia, "pengalaman seram dimatrik" macam2 la cerita aku baca kelakar pon ada kan. tapi sebenarnya hantu ni di kategorikan sebagai pengacau untuk menakutkan manusia, hantu? sebenarnya anggapan orang melayu dan ketaksuban terhadap title 'hantu' ni sejak zaman dahulu lagi,ia sebenarnya tipu daya iblis, syaitan dan jin untuk menyesatkan manusia.

memang tak dinafikan ia menyerupai pelbagai bentuk untuk menakutkan manusia salah satunya aku,nak tau?

CAMPING

camping memang tak boleh dilarikan dengan pengalaman seram, kenapa? disitu la istilah melayu sering digunakan "tempat Jin Bertendang". Masa aku form 3 aku di wajibkan menyertai kem kepimpinan perdana, aku diwajibkan untuk menyertai kem ni sebab nyer nak sematkan sifat kepimpinan dalam diri. aku punyalah excited nak pergi kem kan, al maklumlah ibu selalu cakap aku ni lasak + degil. hari pertama di sana aishhh macam2 la kononnya fasilitator tu cakap, but aku just follow la tak nak berlaku pape kan?
pada malam kedua camping tak silap aku la, Kami diminta untuk melakukan aktiviti "JUNGLE TREKKING" aku memang suka masuk hutan ni kan. the best part is pukul 2 rasanya kami berkumpul. memang mengantuk tahap giler2 la kan?tapi nasib baik aku nampak abg daus*menggedik kejap*.Tak de makne lah wei... aku tengah ngantuk depa ajak survey hutan pulok. aku duk kat mana? 2nd last memang budak belakang aku kesian tapi cool la belakang dia budak lelaki.. :P
sedang asyik bercekarama dalam hutan tu stop bagai la, rehat la kan, kepenatan. elok2 aku pandang satu pokok ni . amik kau! nampak baju putih rambut panjang tengah pandang aku, haha. aku buat ape? buat bodo je la.mengantuk mengatasi ketakutan ku! dan tiba2 budak belakang aku

S: awak2
Aku: apa?
S: nampak tak tu? *sambil tunjuk kekanan*
Aku: emm nampak, dah la buat tak tau
S: takot
Aku: duk diam2*padahal aku tak nampak pon*

dan masa nak gerak tu akku biar je la, suddenly tengah jalan boleh pulak stop ttbe, memang tak la kan tersentak la aku, Budak kat depan sekali tak nak jalan. alasan "benda" tu sebelah die, haishh sabar je la aku. aku tak tau macam mana budak tu ditenangkan.

then kami pon meneruskan perjalanan!
depan aku sara, budak kelas sebelah , ada kat satu tempat tu aku terlepas pegang sara, then die yang pegang torchlight. then die cakap.
sara: haziqah kau tengok darah kat pokok ni
Aku: memang ada , dah la jangan tegor jalan.

sara tu memang la kan boleh pulak dalam hutan die tegor, aku dah ngantok.. dan apabila kami tiba ke khemah aku mandi terus mana taknyer pukul 5 dah weii... memang tak la nak sambung tidur. memang happy kan masuk tidur.

PADA KEESOKKAN HARI DI SEKOLAH

Aku: Sara kau ni selamba jer tegor darah kat pokok.
Sara: bila pulak?
Aku: masa jungle trekking
Sara: eh, mane ade.
Aku: haa? tipu.
Sara: yer, aku nak tunjuk semut kat pokok tu tapi kau jauh.
Aku: masa terlepas pegang bahu kau?
Sara: ye la kot
Aku: okayyyyyyyy! sape cakap dengan aku?
Sara: mane aku tau

*perbualan lebih kurang macam tu la*

kan????? dengan siapa aku cakap tu? misteri tak dapat dirungkai dan bila aku pergi tusyen, cikgu math aku tu sebenarnya ada kawan kat kem tu dan die kata tempat tu keras*hutan biasa la kan*

ahaishhhhh siapa lemah semangat jangan masuk hutan, aku ni bukan jenis berani sangat pon :P

*sabo je aku*
Kekuatan Hati Adalah Akal Yang Waras

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ciksombonggila.blogspot.com